fbpx
Now Reading
“Rasa Segar Selepas Wuduk” – Doktor Kongsi Kebaikan Berwuduk Dari Perspektif Sains

“Rasa Segar Selepas Wuduk” – Doktor Kongsi Kebaikan Berwuduk Dari Perspektif Sains

Antara kebaikan berwuduk dari sudut sains adalah mencegah jangkitan, reset sistem saraf dan mendapatkan tidur lebih berkualiti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali mahu menunaikan solat, sudah tentulah kita perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.

Ritual penyucian diri itu wajib dijalankan oleh seorang Muslim bagi mengangkat hadas kecil sebelum menunaikan ibadah tertentu termasuk solat.

Walaupun mungkin kelihatan remeh, namun ia juga mempunyai kebaikan buat kebersihan dan kesihatan tubuh badan dari sudut sains.

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Berwuduk Dari Dalam Gayung? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perlukah Wanita Check Keputihan Setiap Kali Sebelum Solat Walaupun Ada Wuduk?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Boleh Ke Lap Air Selepas Wuduk? Ini Penjelasan Dr Kamilin

Doktor Kongsi Tujuh Kebaikan Berwuduk Dari Sudut Sains

Itulah yang dijelaskan oleh doktor perubatan Dr Bishr Al Dabagh menerusi hantaran di TikTok (@islamwithbishr) baru-baru ini.

Katanya wuduk bukan semata-mata ritual penyucian diri, tetapi merupakan salah satu tabiat harian yang paling sihat seseorang boleh lakukan.

Dia kemudiannya telah berkongsi tujuh kebaikan berwuduk menerusi penjelasan saintifik.

#1. Kawalan Mikrob Pada Tubuh Badan

Apabila mengambil wuduk, antara bahagian tubuh badan yang dibasuh atau diratakan dengan air ialah tapak tangan, muka, mulut, hidung dan kaki.

Dr Bishr berkata kesemua kawasan ini adalah antara yang mempunyai kadar pendedahan kepada bakteria paling tinggi, sekali gus dapat disingkarkan menerusi cucian.

Dia turut berkongsi bahawa kajian mendapati jangkitan dapat dikurangkan antara 30% ke 40% dengan hanya membasuh tangan.

Berdasarkan maklumat oleh US Centers for Disease Control & Prevention (CDC), kebanyakan penyakit dan masalah kesihatan dapat dijangkiti hanya dengan tidak membasuh tangan.

Gambar sekadar hiasan.

#2. Membilas Hidung Tingkatkan Kelegaan Mukosiliari

Membasuh hidung bukanlah perkara yang wajib dilakukan ketika berwuduk, namun ia merupakan suatu sunnah. Apabila membasuh hidung, seseorang akan menyedut sedikit air ke dalam sebelum mengeluarkannya semula.

Dr Bishr menjelaskan bahawa tindakan membilas hidung ini dapat meningkatkan kelegaan mukosiliari, iaitu mekanisme yang membersihkan saluran udara dalam sistem pernafasan.

Katanya, kaedah ini merupakan salah satu daripada saranan pakar telinga, hidung dan mulut (ENT) kerana dapat mengurangkan beban virus serta meredakan simptom alergi.

#3. Sistem Saraf Direset Semula

Di samping itu, Dr Bishr berkata wuduk juga mempunyai kebaikan terhadap sistem saraf menerusi bilasan air sejuk yang berulang kali.

Jelasnya perbuatan ini akan mengaktifkan saraf vagus, seterusnya meningkatkan aktiviti sistem saraf parasimpatetik yang menenangkan jantung, mengurangkan stres dan membantu regulasi emosi.

“Rasa segar selepas wuduk? Itulah penjelasan (dari sudut) neurologi,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

#4. Kesihatan Lapisan Kulit

Tambah Dr Bishr lagi, bilasan ringan secara berulang kali ketika wuduk akan menyingkirkan bahan yang menyebabkan kerengsaan dan peluh tanpa merosakkan kulit.

Keadaan ini dapat membantu dalam mengelakkan timbulnya jerawat, masalah ekzema dan ketumbuhan fungi khususnya pada bahagian tapak kaki, seperti Athlete’s foot.

#5. Kebersihan Mulut

Seperti yang dinyatakan tadi, mulut merupakan salah satu bahagian tubuh badan yang mempunyai paling banyak bakteria.

Dr Bishr berkata berkumur setiap kali wuduk dapat mengurangkan beban bakteria serta risiko penyakit gusi.

Apabila berkumur juga, segala makanan yang terlekat di dalam mulut dan celah gigi juga dapat disingkirkan, sekali gus mengelakkan penghasilan plak.

Gambar sekadar hiasan.

#6. Mengoptimumkan Tidur

Selain mengambil wuduk untuk menunaikan solat, merupakan satu sunnah juga untuk berwuduk sebelum tidur.

Bukan sekadar mendapat pahala sunat, Dr Bishr menjelaskan berwuduk sebelum tidur juga akan menurunkan suhu kulit dan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik.

Keadaan ini dapat membantu seseorang untuk tidur dengan lebih cepat dan lebih nyenyak.

#7. Keprihatinan Diri (Mindfulness)

Tambah Dr Bishr, apabila seseorang berwuduk sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, ia seperti satu ritual psikologi grounding yang disarankan dalam terapi moden.

“Lima kali sehari anda berhenti seketika, membasuh, bernafas dan reset. Wuduk bukan sekadar kerohanian, ia kebaikan biologi yang dibina dalam ibadah,” ujarnya.

@islamwithbishr Science Behind Wudu #islam #muslim #wudu #health #sunnah ♬ original sound – islamwithbishr

Tonton video penuh [DI SINI].

Wuduk Dapat Elak Penyakit Berjangkit Menerusi Sentuhan

Sebelum ini, saintis dan ahli astrofizik Amerika Syarikat, Neil deGrasse Tyson juga telah menceritakan tentang kebaikan berwuduk.

Katanya tindakan berwuduk yang membersihkan anggota badan seperti tangan, kaki, telinga dan hidung setiap hari dapat menghindari diri daripada penyakit berjangkit menerusi sentuhan.

“Dahulu tiada siapa yang mandi pada setiap hari, jika ada penyakit muncul dan ia datang melalui sentuhan, awak dapat sakit tetapi orang Islam tidak,” katanya.

Menerusi kajian yang dijalankan, sememangnya wuduk terbukti dapat mencegah jangkitan kerana patogen memasuki tubuh manusia melalui mulut, hidung dan mata yang disebabkan oleh tangan yang tercemar.

Dalam masa sama, kerap berwuduk juga didapati dapat mengurangkan risiko jangkitan mulut, usus, kulit, mata serta pernafasan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Wuduk Punca Umat Islam Jarang Dijangkiti Penyakit” – Saintis Dari Amerika Syarikat

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ambil Wuduk Dalam Keadaan Bogel, Sah Atau Tidak? Ini Jawapannya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Lima Tips Elak Rasa Liat Untuk Solat 5 Waktu Sehari

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.