Nak Muka Cantik Seperti Remaja? Ini Tips Penjagaan Kulit Yang ‘Confirm’ Buat Korang Tak Menyesal
Selain melakukan rutin penjagaan kulit, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat seperti kaya dengan antiokasidan dan mendapatkan tidur yang cukup serta berkualiti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila usia semakin meningkat tak dinafikan kulit wajah mula menunjukkan perubahan yang ketara.
Malah bagi mereka yang sudah menginjak ke usia 30-an ada segelintir yang sudah mula dapat merasakan perubahan yang tidak menarik pada kulit, sebagai contoh kedutan halus mula kelihatan, pori semakin jelas dan tidak anjal seperti pada usia 20-an.
Namun jangan jadikan ini sebagai pematah semangat anda untuk kekal cantik. Pakar kecantikan turut berpendapat usia 30-an merupakan waktu yang terbaik untuk para wanita memulakan rutin penjagaan kulit yang lebih serius untuk melambatkan proses penuaan, lapor Harian Metro.
Pasti ada yang sudah tidak sabar nak tahu apa tips yang menjadi rahsia untuk kulit cantik seperti remaja, jom kami kongsikan:
#1 Bersihkan wajah 2 kali sehari

Di usia 30-an ini kulit lebih cenderung untuk mengeluarkan minyak tidak sekata.
Oleh itu, anda disarankan untuk membersihkan wajah sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan juga malam.
Pembersihan sebanyak dua kali ini sudah cukup untuk menyingkirkan kekotoran pada wajah tanpa mengeringkan kulit.
Walau bagaimanapun, elakkan daripada menggunakan pencuci muka yang membuatkan wajah anda berasa ketat atau tegang selepas menggunakannya.
#2 Gunakan serum

Selepas mencuci wajah, pastikan anda melakukan rutin penggunaan kulit wajah antarannya adalah serum.
Mereka yang berusia 30-an sangat digalakkan untuk menggunakan serum harian bagi mengekalkan keremajaan kulit.
Antara bahan yang penting di dalam serum adalah:
- Vitamin C – kerana ia bantu mencerahkan kulit daripada radikal bebas.
- Asid Hyaluronik di mana ia dapat memberikan kelembapan pada kulit wajah.
- Niacinamide – ia berfungsi untuk mengecilkan pori pada wajah, mengawal minyak serta mengurangkan cela.
#3 Perkenalkan retinol pada wajah secara perlahan-lahan

Penggunaan retinol pada ketika ini begitu terkenal malah ia juga sangat bersesuaian buat wanita yang berada dalam lingkungan 30-an.
Ini kerana retinol sering dikenali sebagai ‘raja anti-penuaan.’
Anda boleh mula menggunakan retinol secara perlahan-lahan sebagai contoh lakukan dua atau tiga kali seminggu di waktu malam.
Penggunaan retinol ini juga dapat membantu dalam mempercepatkan pembaharuan sel serta merangsang kolagen.
Namun pastikan anda tidak menggunakannya secara berlebihan kerana ia boleh membuatkan kulit kering dan menggelupas.
Oleh itu, pakar kebiasaannya menyarankan agar retinol digunakan secara berperingkat.
Akan tetapi sekiranya anda merancang atau sedang hamil atau menyusukan bayi, anda disarankan untuk tidak menggunakan retinol buat sementara waktu.
#4 Gunakan pelembab

Setiap individu pastinya tidak mahu kulit yang kering kerana ia bukan sahaja membuatkan wajah tidak selesa tetapi gatal.
Malah bagi mendapatkan kulit yang sihat ia haruslah lembab dan mampu menyamaratakan tekstur agar ia kelihatan lebih segar.
Anda perlu memilih pelembab yang mengandungi bahan seperti ‘ceramide’ atau ‘squalane’ khususnya jika sering terdedah pada kawasan yang mempunyai penyaman udara.
Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak pilih pelembab yang ringan dan tidak membuatkan pori tersumbat.
#5 Sunscreen paling penting

Penggunaan pelindung matahari pada wajah adalah sangat penting untuk digunakan oleh setiap individu.
Malah ia dapat membantu dalam mengawal masalah seperti kedutan awal serta jeragat yang kebiasaannya muncul apabila menginjak ke usia 30-an.
Sebaiknya cari pelindung matahari yang mempunyai SPF30 ke atas untuk digunakan setiap hari.
Ini kerana ia membantu melindungi kolagen kulit serta mengelakkan dari berlaku pigmentasi.
#6 Dapatkan tidur yang cukup dan kurangkan stres

Tak dinafikan kehidupan seharian adakalanya membuatkan anda stres, sibuk dan tidak mendapatkan tidur yang cukup.
Rutin tidur yang tak menentu serta stres boleh membuatkan kulit menjadi kusam atau tidak berseri.
Malah ia juga akan menunjukkan tanda-tanda penuaan dengan cepat. Pakar turut mencadangkan untuk mendapatkan tidur selama tujuh jam tidur yang berkualiti untuk membantu proses pembaikan kulit.
#7 Amalkan pemakanan sihat

Jika anda seorang yang sukakan makanan manis dan goreng cuba untuk mengurangkannya sekiranya inginkan kulit yang cantik.
Beralih kepada makanan yang lebih sihat seperti amalkan buah atau sayuran yang kaya dengan antioksidan, ikan berlemak, kekacang serta air yang mencukup untuk mendapatkan kulit yang sihat dari dalaman.
Makanan yang tidak sihat juga boleh mempercepatkan penuaan.
Apa yang penting adalah anda sentiasa konsisten dalam menjaga kesihatan kulit untuk mencegah penuaan.



