Majikan Kongsi Sikap Baik Pekerja, Cuti Kecemasan Tetapi Masuk Pejabat Sekejap Selesaikan Kerja
Kongsi majikan yang dikenali sebagai Shazul, pekerjanya itu jarang mengambil cuti sepanjang bekerja melainkan betul-betul sakit dan mempunyai hal kecemasan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak belakangan ini, seringkali kedengaran luahan individu mengenai masalah di tempat kerja.
Kebiasaannya, pekerja akan meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap majikan mereka sendiri.
Namun ada juga majikan yang turut berkongsi mengenai sikap negatif staf mereka yang kadangkala memeningkan kepala.
Pun begitu, baik majikan ataupun staf, masih ada yang dilihat menghargai mereka yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah.
Staf Minta Cuti Kecemasan Tetapi Tetap Masuk Pejabat Selesaikan Kerja
Semalam (20 November), tular di media sosial hantaran seorang individu mengenai sikap bertanggungjawab pekerjanya.
Menerusi perkongsian yang dibuat di Threads, lelaki berkenaan menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai pekerja yang bertanggungjawab.
Manakan tidak, kongsi majikan yang dikenali sebagai Shazul, pekerjanya itu telah memohon cuti kecemasan bagi membawa bapa untuk berubat.
Namun, pekerjanya itu sanggup datang ke pejabat terlebih dahulu bagi menyelesaikan kerjanya sebelum bercuti.
“Seorang staf nak EL (cuti kecemasan) hari ini sebab nak hantar ayahnya berubat.
“Tetapi subuh-subuh dia WhatsApp nak datang office (pejabat) dulu selesaikan kerja.
“Baru tenang dia nak cuti hari ini katanya. Alhamdulillah dapat pekerja yang baik dan bertanggungjawab,” tulisnya.
View on Threads
Staf Jarang Cuti, Hanya Cuti Bila Sakit Atau Kecemasan
Kongsi Shazul di ruangan balasan, pekerjanya yang seorang itu jarang mengambil cuti melainkan betul-betul sakit dan mempunyai hal kecemasan.
Malah, sikap terpuji staf yang bekerja sebagai pereka (designer) itu menyebabkan Shazul tidak merekod cuti yang diminta.
Terang Shazul lagi, pekerjanya itu tetap datang menyelesaikan kerjanya walaupun telah meminta cuti kecemasan pada awal pagi kerana tiada siapa yang dapat menyelesaikan tugasannya itu.

Ramai Kagum Sikap Pekerja, Siap Ada Yang Minta Majikan Naikkan Gaji
Perkongsian yang telah mendapat lebih 430,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap pekerja terbabit dalam menjalankan amanah dan menyelesaikan kerjanya.
Malah, ada yang turut mencadangkan agar pengguna berkenaan menaikkan gaji pekerjanya itu serta tidak merekodkan cuti yang diminta.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Terbaik! 1 Dalam Sejuta Ni”

“Kalau Tuan Sebagai Majikan Nak Buat Amal, Off Record Jela Cuti Staf Tu, Nak Berubat Untuk Ayah”

“Naik Gaji, Cuti Off Record Semua Ni Letak Tepi Dulu. Dia Pekerja Bertanggungjawab. Dia Tak Susahkan Orang Lain Untuk Bercuti”

“Rezeki Dapat Staf Yang Baik, Semoga Allah Rezekikan Kami Staf Macam Ini Juga Nanti, Ameen”

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Murni Pekerja Stesen Minyak Petronas Isikan Petrol & Bantu Pelanggan OKU Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Sikap Toksik ‘Bos’ Yang Boleh Jadi Sebab Pekerja Letak Jawatan



