fbpx
Now Reading
Exco Kelantan Nasihat Jangan Tinggal Kerja Tetap Demi Dulang Emas

Exco Kelantan Nasihat Jangan Tinggal Kerja Tetap Demi Dulang Emas

Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Rohani Ibrahim turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa mendulang emas di sungai menjelang musim tengkujuh susulan risiko arus deras dan kepala air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Aktiviti mendulang emas di Kelantan kini menjadi semakin popular apabila orang ramai mula menyerbu kawasan sungai demi mencari logam berharga itu.

Ia menjadi satu fenomena selepas Kerajaan Kelantan membuat pengumuman membenarkan rakyat negeri itu mendulang emas secara sah di tanah milik kerajaan.

Perkara itu bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan penduduk tempatan, malah menarik perhatian seluruh negara sehingga ramai yang tampil mengaku ‘kawe ore kelate’.

Exco Kelantan nasihat jangan tinggal kerja tetap demi mendulang emas

Pun begitu, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Rohani Ibrahim menasihati orang ramai agar tidak meninggalkan kerja hakiki hanya kerana ingin mendulang emas.

Memetik Sinar Harian, orang ramai perlu membuat pertimbangan matang jika mahu bergelar pendulang emas kerana ia memerlukan masa, tenaga, ilmu serta sanggup menghadapi cabaran.

“Jangan pula semua pakat tinggal kerja dan pergi mendulang emas. Bukan mudah hendak dapat emas, untuk kerja sampingan mungkin boleh,” katanya berseloroh.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak menghalang aktiviti ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat Kelantan.

“Cuma, sentiasa patuh nasihat pihak berkuasa terutama sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ini,” katanya.

Rohani nasihat berwaspada mendulang emas ketika musim tengkujuh

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa mendulang emas di sungai menjelang musim tengkujuh susulan risiko arus deras dan kepala air.

Jelas Rohani, keadaan cuaca tidak menentu menjadikan aktiviti mendapatkan wang sampingan dengan mendulang emas itu boleh bertukar menjadi bahaya.

“Kami faham mendulang emas sudah menjadi kebiasaan penduduk. Tetapi ketika musim tengkujuh, perlu lebih berhati-hati termasuk bagi mereka yang baru mencuba aktiviti ini,” katanya.

Dulang emas kaedah tradisional masyarakat Melayu sejak lebih seratus tahun lalu

Untuk info, mendulang emas merupakan kaedah tradisional masyarakat Melayu sejak lebih seratus tahun lalu terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Pahang.

Teknik ini menggunakan dulang kayu atau logam untuk memisahkan pasir sungai daripada ketulan emas secara manual.

Aktiviti ini bagaimanapun telah ditelan zaman dan tidak lagi dipedulikan, namun siapa sangka ia kini kembali mendapat sambutan luar biasa.

Di aplikasi TikTok ketika ini, ramai yang berkongsi video-video individu mendulang emas di tepi sungai demi mencari pendapatan sampingan.

@yomie_512 Kelantan draf syarat kebenaran rakyat mendulang emas #yomie_outdoor #NatureEscape #goldmine ♬ bunyi asal – yomie
@amirahrahman24 #fyppppppppppppppppppppppp #mendulangemas #kelantan #guamusang #viral ♬ original sound – ʜᴀꜰɪᴢᴢᴜʟ
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.