Now Reading
“Ultraman Pun Ada Prayer Break” – Wanita Kongsi Diusik Anak Ketika Solat, Ramai Selit Pengalaman Serupa

“Ultraman Pun Ada Prayer Break” – Wanita Kongsi Diusik Anak Ketika Solat, Ramai Selit Pengalaman Serupa

Wanita itu berkata bahawa dia sedang melakukan tahiyat akhir ketika itu sebelum dipakaikan topeng Ultraman oleh anaknya sehingga terbatal solatnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Menunaikan solat lima waktu sehari adalah salah satu rukun iman yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam, tidak kira dalam apa jua keadaan.

Namun bagi ibu ayah, kadang-kadang ‘dugaan’ tetap datang ketika sedang solat dalam cara yang tidak boleh dielakkan sama sekali.

Sambil solat, sambil kena tahan sabar, marah dan ketawa. Ibu ayah mesti boleh relate!

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Menguap, Batuk & Bersin Ketika Baca Al-Fatihah Dalam Solat? Ini Penjelasan UAI

Baca Artikel Berkaitan[Video] Ini Hukum Berdehem Dalam Solat Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Wanita Kongsi Anak Sarungkan Topeng Ketika Sedang Tahiyat Akhir

Itulah yang dikongsikan oleh seorang ibu menerusi platform Threads (@syzsyqn). Jelasnya, dugaan yang dihadapinya ketika sedang solat datang daripada anak lelakinya.

Melihat kepada gambar yang dimuat naik, difahamkan dia sedang duduk tahiyat akhir sebelum si kecil itu menyarungkan topeng Ultraman pada kepalanya.

Dia turut berkongsi perbualan di antara dirinya dan anak lelakinya apabila solatnya telah terbatal dan perlu menunaikan ibadah itu kembali.

“Harraz, ibu dah tahiyat akhir tinggal nak bagi salam je. Dah kena solat balik,” katanya.

“Takpelah ibu. Kan boleh jumpa Allah banyak kali,” balas kanak-kanak itu.

Wanita Sekadar Kongsi Pengalaman, Tiada Niat Persendakan Agama

Wanita itu turut menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk mempersendakan agama dengan perkongsian itu.

“Tak ya, saya pun ingin sentiasa beri didikan yang terbaik dekat anak saya terutama sekali bab agama,” ujarnya.

Katanya lagi memandangkan anaknya masih kecil, tindakan yang dilakukan olehnya sering kali luar daripada kebiasaan.

Dia turut berkata ibu ayah yang mempunyai anak kecil pasti memahami keadaannya dan mereka sememangnya perlu ditegur berkali-kali sebelum memahami sesuatu perkara.

View on Threads

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Hadapi Dugaan Dari Anak Ketika Solat

Menjenguk ke ruangan balas, orang ramai terhibur dengan situasi yang dikongsikan oleh wanita itu dan turut saling berjenaka.

“Insaf tengok Ultraman pun sembahyang,” seloroh seorang warganet.

Ada juga dalam kalangan mereka yang turut berkongsi pengalaman serupa, seperti seorang wanita yang berkata dia dipakaikan permainan topi pekerja kedai makanan segera.

Seorang lagi pula menceritakan anaknya telah mencabut kopiah daripada suaminya, sebelum dipakaikan kepadanya, menyebabkan pasangan itu terpaksa menahan ketawa sehingga selesai solat.

“Anak tujuh tahun saya saja bersembang dengan saya (waktu solat). Dia anggap saya tak jawab tu maksudnya ‘Ya’. Ye la, kan kalau diam tu tanda setuju,” ujar seorang wanita.

Sumber: Threads

Ibu Ayah Boleh Bergerak Sedikit Jika Anak Ganggu Ruangan Solat

Dalam masa sama, seorang individu turut berkongsi bahawa dia akan mengangkat tangan sebagai isyarat buat anaknya agar tidak melintas atau menghampirinya ketika solat.

Katanya, terdapat hadis sahih yang menjelaskan bagaimana ibu ayah boleh mencegah anak atau sesiapa yang mengganggu solat.

Sumber: Threads

Sebelum ini, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus pernah mengingatkan ibu ayah agar tidak memarahi atau mengkasari anak sekiranya mereka mengganggu sewaktu sedang solat.

Sekiranya anak duduk di atas sejadah, UAI berkata seseorang boleh beralih sikit agar mempunyai ruang untuk sujud.

Jika anak duduk di hadapan saat mereka benar-benar mahu sujud, ibu ayah boleh mengangkat sedikit badan ketika sujud.

UAI turut memberi saranan supaya ibu ayah solat di tempat yang berasingan dengan anak, seperti mengunci pintu bilik. Namun pastikan terdapat individu lain yang boleh memerhatikan mereka sementara anda solat.

Baca Artikel Berkaitan: Hati-Hati Ketika Lafazkan Takbiratul Ihram, Solat Akan Batal Jika Salah Sebut

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Suka Hati Batalkan Solat Fardu, Haram Hukumnya Walaupun Kerana Anak Menangis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.