fbpx

“Ujian Selepas Nikah” – Kereta Pengantin ‘Lowered’ Sangkut Bonggol Raih Perhatian Ramai [Video]

Menurut pengantin wanita, kereta yang diubahsuai menjadi ‘lowered’ itu bukanlah kenderaan harian mereka, ia sebaliknya di bawa pada hari bahagia berkenaan untuk sesi bergambar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bergelar raja sehari merupakan saat paling bahagia buat setiap pasangan setelah mengharungi pelbagai cabaran untuk mendirikan rumah tangga.

Pun begitu, tidak dinafikan ada juga sesetengah pasangan yang diuji ketika hari bahagia mereka dengan pelbagai dugaan.

Antara masalah yang sering kita dengari adalah seperti masalah ditipu ‘catering’ atau jurusolek (MUA) yang menghilangkan diri di saat akhir setelah menerima separuh bayaran. Perkara sebegini pasti membuatkan bakal pengantin akan lebih berhati-hati.

Tular pasangan pengantin terkandas tengah jalan gara-gara kereta terlalu lowered

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pasangan pengantin ini apabila seorang wanita berkongsi dia dan suaminya terkandas di tengah jalan gara-gara kenderaan yang dinaiki tersangkut bonggol di sebuah kawasan jalan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok wanita itu, perkara terbabit dipercayai berlaku disebabkan kereta jenis Proton Persona milik suaminya itu telah diubahsuai menjadi rendah (lowered).

“Saya dah biasa hadap masalah ini, lagi-lagi ‘skirting’ (kereta) tercabut tengah jalan. Apa-apa pun saya peminat tegar keretanya,” tulis di kapsyen.

Suami jack kereta dengan berpakaian pengantin

Menurut wanita yang dikenali sebagai Anis itu, dia dan suaminya yang baru sahaja selesai akad nikah tidak pernah melalui kawasan jalan berkenaan.

Kata Anis, suaminya pada ketika itu memandu secara perlahan kerana menyangka telah tersesat sebelum secara tiba-tiba kenderaan mereka tersangkut di bonggol.

Dalam video terbabit, kelihatan suami wanita itu yang lengkap berbusana pengantin sedang mengangkat kereta dengan menggunakan ‘jack’ untuk melepaskan kenderaan berkenaan daripada terus tersangkut di bonggol.

Difahamkan, kenderaan terbabit bukanlah digunakan secara harian, namun ia dibawa pada ketika itu untuk sesi bergambar.

@aniscaga saya dah biasa hadap masalah ni lagi lagi skirt tercabut tengah jalan 🫠 btw im the biggest fan of his car 🤭 (p/s: takpernah datang tempat ni, lepastu bawa slow sebab ingat salah tempat, tiba tiba sangkut) #stance #fypage #carsoftiktok #static #protonpersona ♬ Jelly Fish Jam – Techno Mix – Da Fokin

Netizen terhibur lihat ujian pertama pasangan terbabit selepas bernikah

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur meihat suami wanita itu yang gigih mengangkat kereta dengan menggunakan jack dalam keadaan lengkap berpakaian pengantin serba putih.

Tidak kurang juga yang berseloroh dengan menyatakan sekiranya belum bernikah sudah pasti tok kadi yang berpeluh menunggu mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Axia Susah Jalan Kerana Kereta ‘Lowered’, Netizen Perli Rendahkan Lagi Hingga Cecah Lantai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Wujud Lagi Jenis Ni?” – Kereta Terlalu ‘Lowered’ Hingga Sukar Bergerak Raih Kecaman Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.