fbpx
Now Reading
“Mahal Pengalaman Macam Ni” – Ramai Teruja Lihat Lelaki Jumpa Penguin Di Antartika [Video]

“Mahal Pengalaman Macam Ni” – Ramai Teruja Lihat Lelaki Jumpa Penguin Di Antartika [Video]

Menerusi beberapa video yang dikongsikan oleh lelaki dikenali sebagai Effardy Ghani, dia memaklumkan burung akuatik yang dijumpainya itu adalah jenis Emperor Penguin dan boleh memiliki berat sehingga 50 kilogram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan peluang untuk berkunjung ke luar negara merupakan perkara yang menarik tidak kiralah ia bertujuan untuk bercuti mahupun bekerja.

Ini kerana seseorang itu dapat mempelajari mengenai kehidupan dan budaya masyarakat di sesebuah tempat. Tidak kurang juga ada yang ke luar negara untuk berjumpa dengan haiwan yang sememangnya berasal dari negara itu.

Sebagai contoh apabila ke Australia tidak sah jika kita tidak melihat kangaroo dan ia adalah satu peluang yang menarik jika dapat melihat haiwan liar di sana. Malah ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk melihat haiwan liar di Afrika Selatan.

Lelaki kongsi pengalaman jumpa penguin di Antartika ketika bekerja

Baru-baru ini, seorang lelaki turut menjadi perhatian di media sosial apabila berkongsi momen menarik dapat melihat penguin sewaktu sedang bekerja.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Effardy Ghani di TikTok, awalnya kelihatan dia berada di dapur dan sedang memasak pasta bolognese.

Namun selepas menunjukkan masakannya, dia kemudian keluar daripada dapur berkenaan untuk menunjuk haiwan jenis burung akuatik tersebut sedang berlegar-legar di hadapan khemah mereka.

Penguin sering berjalan di kawasan khemah kerana sifat ingin tahu

Dalam video tersebut kelihatan sekawan penguin di Antartika itu datang dan mereka meluncur bersama-sama.

“Tengah masak-masak ada member (kawan) panggil di luar.

“Dia orang (penguin) memang suka jalan-jalan dekat camp (khemah) kerana dia orang ni sangat curious (ingin tahu). Asal kami jaga jarak okay dah tu.

“Bulu penguin ni ada natural oil (minyak semulajadi) jadi senang dia meluncur di salji dan minyak tersebut membuatkan badan mereka panas serta kalis air,” katanya.

Dapat jumpa Emperor Penguin, berat boleh cecah sehingga 50 kg

Effardy dalam satu lagi video memaklumkan burung akuatik yang ditemuinya itu adalah jenis Emperor Penguin dan mereka sangat besar kerana boleh mencecah berat sehingga 50 kilogram.

Malah Effardy turut menunjukkan caranya mengambil salji di kawasan Antartika tersebut menggunakan satu plastik besar untuk dijadikan sebagai air minuman serta memasak.

“Ambil salji untuk buat air minum dan masak. Kena hati-hati jangan (takut) terambil tahi penguin. Asal ambil salji mesti dia orang datang tengok-tengok.

“Kadang-kadang dia orang makan serpihan salji yang kena korek. Itulah air minum dia orang juga kalau berada di darat.

“Dia orang tidak ‘terbang’ ke langit. Dia orang ‘terbang’ (berenang) dalam laut. Antara perenang yang sangat laju. Paling laju ialah Gentoo penguin (kelajuan 35km/jam) boleh jumpa di semenanjung Antartika.”

Effardy turut menunjukkan bagaimana kehidupannya di sana dari segi pertempatan dan juga kenderaan digunakan untuk berjalan di atas air glacier yang aktif.

@effardyghani

Life in Antarctica 🇦🇶 Season 5 Nda dapat turun mengundi ni kali 🙁 #extremetourism #antarctica #sabahan #tacomadness

♬ original sound – Effardy Ghani – Effardy Ghani

Kerja sebagai cef dan terlibat dalam satu kajian di Antartika

Menerusi ruangan komen, Effardy memaklumkan dia bekerja sebagai cef selepas ada yang bertanya mengapa dia berada di Antartika.

Ada juga pengguna yang bertanya adakah bahaya sekiranya ingin memegang haiwan akuatik berkenaan, Effardy memaklumkan ia tidak bahaya untuk manusia namun memberi ancaman kepada penguin terbabit.

Tidak kurang ramai yang berasa teruja apabila Effardy berpeluang melihat haiwan liar tersebut di tempat asalnya sewaktu sedang bekerja.

Malah ada yang mengatakan ia adalah satu pengalaman yang mahal. Bukan hanya itu, ada juga yang meminta Effardy untuk merakam suara mereka kerana ingin mendengarnya.

Dalam beberapa lagi hantaran, Effardy turut berkongsi perjalannannya sewaktu ke Antartika dengan menaiki pesawat.

Menurut Effardy, mereka ke sana untuk melakukan kajian mengenai pelancongan ekstrem, ekspedisi dan sains Antartika.

Menerusi semakan kami, Effardy juga mempunyai perniagaan produk makanan sendiri iaitu Taco Madness di Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, dia juga seringa berkongsi jenis-jenis masakan yang dibuat sewaktu berada di sana.

Melalui video yang dikongsikan di media sosialnya turut dipercayai anak kelahiran Sabah ini telah beberapa kali berkunjung ke Antartika.

Berikut adalah komen netizen:

“Jauhnya jadi tukang masak, pengalaman yang menarik”

“Fun fact polar bear tak pernah jumpa penguin”

“Mahal pengalaman macam ni, rezeki”

“Mesti yang berdiri tu cakap, masak apa ni? Sedap bau”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.