Confident Boleh Dapat Markah 100% Untuk Subjek Sains, Ayah Terpaksa Bagi RM1,000 Pada Anak [Video]
Menerusi video yang dikongsikan oleh pelakon, Fazren Rafi, kelihatan wajah anaknya begitu teruja menunjukkan kertas peperiksaan subjek sains yang mendapat markah 100%.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu bergelar ibu bapa pasti mahu melihat anak yang disayangi berjaya dalam pelajaran mereka.
Malah hampir semua ibu bapa pasti akan cuba melakukan yang terbaik untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada anak mereka dalam pelajaran. Sebagai contoh ada yang menghantar anak mereka ke kelas tambahan, melakukan latihan pelajaran bersama-sama dan banyak lagi.
Tidak kurang juga ada yang menawarkan ganjaran atau ‘reward’ kepada anak-anak apabila mereka berjaya mendapatkan markah yang baik dalam pelajaran selepas berusaha melakukan yang terbaik dalam peperiksaan.
Bapa terkesima anak dapat markah 100%, janji bagi RM1,000
Baru-baru ini, tular satu video di Threads memaparkan seorang pelajar gembira apabila mendapat RM1,000 daripada ayahnya selepas berjaya mendapatkan markah penuh dalam satu subjek peperiksaannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pelakon lelaki, Fazren Rafi dia memaklumkan dua minggu lalu sewaktu mengambil anak lelakinya yang dikenali sebagai Haq dari sekolah dia telah bertanya mengenai peperiksaan yang diambil pada ketika itu.
Anak lelakinya kemudian menjawab dengan selamba peperiksaan yang dijawab itu mudah dan boleh mendapat markah 100%.
“Cerita dia macam ni dua minggu lepas masa ambil dia orang balik sekolah. Faz tanya dia orang macam mana exam (peperiksaan), Haq dengan selambanya cakap exam senang. Haq boleh dapat 100%, Faz pun dengan yakinnya cakap mengarutlah Haq boleh dapat 100% dengan tak belajarnya.
“Faz pun main cakap je kalau Haq dapat 100%, daddy bagi RM1,000. Haq dengan terujanya cakap sumpah, janji.
“Tak pasal-pasal budak Haq ni dapat RM1,000, lagi menakutkan dia cakap ada lagi dua kertas yang dia yakin dapat 100%. Esok Faz nak kena jumpa cikgu dia suruh ubah markah,” katanya dalam hantaran itu.
View on Threads
Siap tunjuk kertas peperiksaan subjek sains dapat markah 100% sebagai bukti
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan Haq begitu teruja memaklumkan kepada aktor lelaki terbabit dia mendapat markah 100% dan menuntut janji si ayah.
Kelihatan si ibu teruja apabila mengetahui anaknya itu berjaya mendapat markah penuh.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan kelihatan Haq yang merupakan pelajar tahun 1 itu memegang kertas peperiksaannya.
Malah bagi menunaikan janji, Fazren dilihat berkunjung ke bank untuk mengeluarkan wang yang telah dijanjikan dari mesin ATM. Kemudian wang berjumlah RM1,000 itu diberikan kepada Haq.
Haq turut mengucapkan terima kasih kepada ayahnya kerana menunaikan janji tersebut.
View on Threads
Ramai terhibur lihat bapa ‘terkena’ dengan janji sendiri
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat si ayah ‘terkena’ dengan janjinya sendiri dan terpaksa memberikan RM1,000 tersebut.
Malah ada yang turut mendoakan agar Haq mendapat markah 100% untuk dua lagi kertas peperiksaannya.
“Berapa ribu dah melayang tuan?”

“Nada ketawa pun dah lain macam hahahha”

“Akak doakan lagi dua kertas dapat 100%”

“Masak kau bang, kau janji dengan anak confirm dia tuntut wei”

“Mak dia paling gembira ayah dia kena dengan anak”




