Rob Friend Tak Pernah Nafi Dirinya CEO Harimau Malaya
Menurut Rob Friend, beliau hanya menjelaskan mengenai skop penglibatannya sahaja dan bukannya peranan mahupun jawatan dirinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rob Friend hari ini (19 November) tampil menjelaskan dirinya adalah Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Harimau Malaya, skuad bola sepak kebangsaan dan tidak pernah menafikan perkara itu.
Menurut Friend, beliau hanya menjelaskan mengenai skop penglibatannya sahaja dan bukannya peranan mahupun jawatan dirinya.
“Saya CEO. Penjelasan saya hanya mengenai skop penglibatan saya, bukan peranan mahupun jawatan saya.
“Untuk lebih jelas lagi, saya tidak pernah menafikan bahawa saya adalah CEO,” katanya yang dihubungi Astro Arena.
FIFA dedah Rob Friend adalah konsultan FAM
Sebelum ini, menerusi ‘motivated decision’ atau alasan bertulis penuh yang dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada awal pagi semalam (18 November), badan induk dunia itu mendedahkan Friend berperanan sebagai konsultan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Dia menyatakan tugasnya adalah membantu projek tersebut terutamanya dalam aspek penambahbaikan kejurulatihan dan staf teknikal.
“Dia menyatakan semua proses berkaitan naturalisasi pemain diuruskan sepenuhnya oleh FAM di Malaysia dan dirinya ditugaskan untuk membantu sejak ia dibuka pada 22 Ogos 2025.
“Selain itu, dia juga menyatakan tidak mengetahui sebarang salah laku dan tidak terlibat dalam mana-mana proses sebelum tarikh tersebut,” jelas FIFA.
Pendedahan itu menyebabkan ramai pihak tertanya-tanya adakah Rob Friend hanya berfungsi sebagai konsultan dan bukannya CEO Harimau Malaya seperti yang diumumkan sebelum ini.
FIFA dedah secara terperinci alasan menolak rayuan FAM
Terdahulu, FIFA mendedahkan secara terperinci alasan menolak rayuan FAM berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Menerusi alasan bertulis setebal 64 muka surat yang dikeluarkan Jawatankuasa Rayuan FIFA, badan induk dunia itu mengarahkan FAM untuk mendedahkan dalang sebenar di sebalik isu pemalsuan dokumen tujun pemain berkenaan.
FIFA turut mendakwa bahawa para pemain mengakui telah menandatangani dokumen permohonan dan hadir tetapi menafikan membaca mahupun menyedari isi kandungan dokumen yang telah mereka tandatangani.
Baca Artikel Berkaitan: Bukan CEO? Pendedahan FIFA Rob Friend Adalah Konsultan Cetus Tanda Tanya Ramai
Baca Artikel Berkaitan: FIFA Arah FAM Dedah Dalang Sebenar Isu Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan



