fbpx
Now Reading
Pelajar Tingkatan 5 Toreh Bapa Dengan Pisau, Berang Ditegur Tak Pergi Sekolah

Pelajar Tingkatan 5 Toreh Bapa Dengan Pisau, Berang Ditegur Tak Pergi Sekolah

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, pelajar berusia 17 tahun terbabit telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa sangka, seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima tergamak menyerang bapanya hanya kerana dia ditegur.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Setapak, Kuala Lumpur pada Isnin lalu (17 November), remaja terbabit berang selepas bapanya menegur kerana tidak pergi ke sekolah.

Bapa cedera ditoreh anak dengan pisau

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.42 petang.

“Suspek yang merupakan pelajar Tingkatan Lima itu telah mencederakan mangsa berusia 47 tahun akibat salah faham antara mereka.

“Mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian belakang badan dan lengan kiri akibat torehan menggunakan pisau oleh suspek. Lelaki itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Pelajar Tingkatan Lima telah ditahan polis

Menurutnya, suspek yang berusia 17 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama atas kesalahan melakukan ugutan jenayah.

“Permohohan reman terhadap suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah telah dibuat semalam dan reman dibenarkan selama tiga hari bermula 18 November (Selasa) hingga esok (20 November),” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Dunia Ini Palsu, Saya Sudah Menang” – Nota Terakhir Suspek Tikam Pelajar Perempuan Tingkatan 4

Baca Artikel Berkaitan: Hilangkan 1 Juta ‘Point’ Roblox Mungkin Punca Adik Berusia 6 Tahun Dikelar Abang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.