fbpx
Now Reading
Isu Artis Muslim Pakai Mencolok Mata, SENIMAN Sedia Beri Idea Garis Panduan Pemakaian

Isu Artis Muslim Pakai Mencolok Mata, SENIMAN Sedia Beri Idea Garis Panduan Pemakaian

Menurut Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkepentingan mengenai isu penampilan artis beragama Islam, SENIMAN pasti akur dengan garis panduan ditetapkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sedia memberi maklum balas mengenai cadangan membuat semakan semula terhadap garis panduan pemakaian selebriti beragama Islam di negara ini.

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil bagaimanapun berkata, pihaknya kurang arif mengenai kewujudan garis panduan pemakaian selebriti beragama Islam di Malaysia.

“Garis panduan filem dan drama memang ada. Tetapi, untuk etika berpakaian (selebriti beragama Islam) ini, saya tak pernah dengar lagilah,” kata dipetik Berita Harian.

Jika dapat arahan garis panduan berpakaian, SENIMAN pasti akur

Menurut Zed Zaidi, sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkepentingan mengenai isu penampilan artis beragama Islam, SENIMAN pasti akur dengan garis panduan ditetapkan.

“Kalau mungkin kita dapat maklumat ini, dia (pihak berwajib) panggil kita dan kemudian terang serta jelaskan perkara yang sepatutnya, mungkin kita boleh uar-uarkan soal itu.

“Selalunya, siapa yang gubal garis panduan dan undang-undang, dialah kena bekerjasama dengan persatuan supaya kita boleh hebahkan perkara itu kepada ‘adik-adik’ (artis) kita.

“Kalau dia (pihak berwajib) tiada usaha untuk benda (maklumkan tindakan diambil), itu bukan tanggungjawab kita sebagai orang yang kerdil ini untuk tetapkan. Dia kena panggil kita untuk jelaskan perkara-perkara supaya kita boleh terangkan kepada pihak lain,” katanya.

Garis panduan pemakaian perlu ada supaya boleh jadi rujukan SENIMAN

Menurutnya lagi, garis panduan pemakaian bagi artis beragama Islam perlu ada supaya boleh menjadi rujukan persatuan itu.

“Sekarang ini, saya nak rujuk mana? Contoh, kalau saya dalam persatuan, saya ada perlembagaan. Jadi, apa-apa, saya akan rujuk perlembagaan. Dalam perlembagaan, kita ada empat dasar yang kita pertahankan iaitu imej, artis, membela, kebajikan dan sebagainya.

“Jadi, kita akan fokus semua perkara itu. Tetapi, sekarang, kalau benda itu (garis panduan pemakaian artis beragama Islam) kita tidak tahu atau kalau mungkin ada, tetapi tidak diberitahu dan tidak buat ‘engagement’ dengan persatuan, jadi macam mana kita hendak uarkan-uarkan perkara ini?

“Ini yang selalu berlaku masalah apabila garis panduan tidak diberitahu. Sedangkan, inilah tugas dan peranan persatuan untuk bantu kementerian atau agensi kerajaan mengenai apa sahaja garis panduan dalam industri seni,” katanya lagi.

Zed Zaidi juga sebelum ini menyatakan kesediaan persatuan itu untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung perkara terbabit, susulan isu hangat membabitkan penampilan mencolok mata kumpulan Dolla, dalam video muzik (MV) Question.

MV Question ditegur Ustaz Asma’ dan Menteri Agama

Perkara itu mula mendapat perhatian ramai selepas pendakwah Ustaz Asma’ Harun tampil memberi teguran.

MV itu turut mendapat teguran daripada Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang meminta golongan selebriti untuk mengikut peraturan kerana hukum ini memang jelas dari segi aurat dan sebagainya.

Beliau turut memaklumkan sedang membuat penelitian untuk mengenakan tindakan jenayah syariah kepada selebriti beragama Islam yang berpakaian seksi.

Pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang cakna mengenai perkara terbabit kemudiannya mengambil tindakan untuk menurunkan MV berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Tolong La Berubah” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Gaya & Penampilan Dolla Dalam MV Question

Baca Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Puji Tindakan Universal Music Malaysia Turunkan MV Dolla

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.