fbpx

Ustazah Asma’ Puji Tindakan Universal Music Malaysia Turunkan MV Dolla

Jelas Ustazah Asma’ Harun, beliau memahami keputusan menurunkan MV Dolla itu bukan mudah kerana ia melibatkan kos produksi yang besar, masa, tenaga serta kerugian yang bukan sedikit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini muzik video (MV) terbaharu kumpulan Dolla menampilkan lagu berjudul Question telah menjadi bualan ramai apabila ada yang berpendapat pakaian yang digunakan tidak bersesuaian dengan budaya di negara ini.

MV itu turut mendapat teguran daripada Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar yang meminta golongan selebriti untuk mengikut peraturan kerana hukum ini memang jelas dari segi aurat dan sebagainya.

Selain itu beliau memaklumkan sedang membuat penelitian untuk mengenakan tindakan jenayah syariah kepada selebriti beragama Islam yang berpakaian mencolok mata.

Susulan itu, pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UMM) kemudiannya mengambil tindakan untuk menurunkan muvik video berkenaan sebagai langkah yang wajar untuk menjaga keharmonian dan rasa hormat kepada semua pihak.

Ustazah Asma’ Harun puji tindakan UMM turunkan muzik video Dolla

Terbaharu pendakwah bebas, Ustazah Asma’ memuji tindakan berani syarikat rakaman tersebut menurunkan muzik video kumpulan penyanyi wanita berkenaan.

Malah beliau turut mengakui ia bukan satu tindakan yang mudah kerana melibatkan kos produksi yang besar, masa, tenaga serta kerugian.

“Terima kasih kerana memilih jalan yang menghormati sensitiviti masyarakat dan imej negara.

“Saya ingin menyatakan penghargaan dan rasa hormat saya kepada Universal Music Malaysia atas tindakan menurunkan muzik video tersebut daripada semua platform digital.

“Keputusan dan tindakan ini bukan mudah, ia melibatkan kos produksi yang besar, masa, tenaga dan kerugian yang bukan sedikit. Namun pihak syarikat tetap memilih untuk mendengar suara rakyat Malaysia dan bertindak dengan penuh integriti,” ujarnya dalam satu hantaran di Instagram.

Turut beri penghargaan kepada Dolla atas sikap keterbukaan dan profesionalisme yang ditunjukkan

Kata Ustazah Asma’ lagi, beliau berterima kasih dan menghargai kumpulan Dolla atas keterbukaan dalam menerima keputusan tersebut dengan jiwa besar.

Selain itu beliau berharap agar tindakan yang dilakukan oleh UMM menjadi contoh kepada pihak yang terlibat dalam industri seni.

“Tindakan ini mencerminkan profesionalisme, kematangan dan rasa hormat terhadap sensitiviti masyarakat serta nilai negara.

“Semoga langkah terhormat ini menjadi contoh kepada syarikat produksi dan para artis lain yang menjadi perhatian dan kebimbangan masyarakat,” jelasnya.

Ucap terima kasih kepada masyarakat dan Menteri Agama atas keprihatinan dalam isu ini

Dalam masa sama, beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada masyarakat kerana menyuarakan pandangan dengan hikmah serta penuh rasa tanggungjawab.

Ustazah Asma’ turut merakamkan penghargaan kepada Dr Mohd Na’im Mokhtar atas keprihatinan dan respon pantasnya terhadap isu ini.

“Tindakan beliau untuk meneliti semula garis panduan pemakaian artis muslimah, serta memastikan perkara ini diperhalusi dengan cermat dan penuh tanggungjawab, adalah satu langkah yang wajar dipuji dan dihargai.

“Kepekaan dan kesediaan pihak kementerian untuk mendengar pandangan masyarakat membuktikan bahawa suara rakyat diberi tempat dan nilai-nilai agama tetap menjadi asas dalam menilai isu-isu seni dan budaya.

“Semoga setiap keputusan yang mengutamakan nilai dan maruah menjadi pemangkin kepada industri seni yang lebih bermakna dan dihormati.

“Langkah ini memberi harapan bahawa seni negara boleh diarahkan ke ruang yang lebih menghormati jadi diri masyarakat Malaysia. Apabila penerbit, artis, penonton dan pihak berautiriti sama-sama memilih adab sebagai asas, maka Insya-Allah perubahan yang lebih baik akan terus berkembang.”

Beliau berharap agar usaha kecil itu menjadi bukti masyarakat telah berusaha dalam menjaga nilai tatasusila yang menjadi identiti negara Malaysia.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.