fbpx
Now Reading
Pak Cik Grab Bawa Penumpang Sakit Pergi Hospital, Siap Bagi Duit Belanja & Beli Sarapan Raih Pujian

Pak Cik Grab Bawa Penumpang Sakit Pergi Hospital, Siap Bagi Duit Belanja & Beli Sarapan Raih Pujian

Dakwa gadis yang dikenali sebagai Mirza, pemandu Grab tersebut dipercayai merupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) namun dia sendiri tidak pasti kategorinya disebabkan keadaan dirinya yang tidak berapa sihat pada ketika itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai manusia, ada hari kita diuji dengan cabaran dan ujian dalam kehidupan. Pada waktu ini, pertolongan dari ahli keluarga atau rakan terdekat sememangnya amat memerlukan.

Namun, ada ketikanya mereka tidak dapat memberi pertolongan dek kerana halangan tertentu seperti lokasi yang jauh atau hal yang tidak dapat dielakkan.

Pun begitu, bantuan boleh datang dalam keadaan yang tidak disangka khususnya dari individu yang tidak dikenali.

Gadis Menggigil Tak Sihat, Hanya Ada RM30 Untuk Pergi Klinik Terdekat

Itulah yang dialami oleh seorang pengguna Threads apabila mendapat bantuan yang tidak disangka dari seorang pemandu e-haliling.

Kongsi pengguna yang dikenali sebagai Mirza, dia yang berasal dari Perak dan kini menetap di Seremban mengalami masalah kesihatan pada hari Ahad (16 November) lalu.

“Pagi semalam, bangun subuh mula rasa tak sihat sampai menggigil. So turun ke lobi dan tanya orang dekat situ mana klinik yang buka hari Ahad.

“Lepas dia bagitahu lokasi, so saya pun jalan kaki je sebab memang dekat, terketar-ketar la jugak jalan sebab sakit sangat. Dah sampai, klinik tu pula tutup,” kongsinya.

Dek kerana klinik berhampiran tidak beroperasi, dia akhirnya membuat keputusan untuk mencari Grab bagi membawa dia ke klinik berlainan.

Namun pada masa yang sama, dia meluahkan rasa risau kerana hanya mempunyai wang RM30 sementara menunggu gaji pada semalam (17 November).

View on Threads

Pak Cik Grab Bawa Terus Pergi Hospital, Pesan Jangan Risau Tentang Duit

Kongsi Mirza, melihat keadaannya yang sedang menangis teruk, pemandu Grab yang ditempah dan baru sahaja tiba itu terus bertanyakan keadaannya sebelum membawa dia pergi ke klinik berhampiran.

Malangnya, klinik itu juga penuh sehinggakan pemandu Grab yang digelar Pak Cik itu menawarkan kepadanya untuk pergi ke hospital swasta.

Namun, kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi, mereka kemudiannya membuat keputusan untuk pergi ke hospital kerajaan.

“Dipendekkan cerita, bila sampai dekat klinik yang dah set dalam Grab tu, ramai gila orang. Pak cik Grab terus kata, ‘Takpe dik, duit jangan risau, jom pakcik tolong cari tempat lain.’

“Masa tu saya menangis lagi teruk sebab dari awal sakit sampai habis saya asyik teringat ummi ayah. Mulut saya asyik panggil, tapi sosok ummi ayah jauh. Allah gantikan dengan pakcik ni ada tolong saya sepanjang tu.

“Pak cik ni offer nak bawa saya ke hospital swasta. Saya cakap saya tak berani sebab tak cukup duit.

“End up kitaorang ke hospital kerajaan (bahagian) kecemasan. Mulanya tak terus ke kerajaan sebab takut lagi ramai dan lambat. Tapi Alhamdulillah, bila sampai semuanya smooth, tak tunggu lama pun.

Pak Cik Grab Siap Belikan Sarapan & Beri Duit Belanja

Apa yang menyentuh hati gadis berkenaan adalah kebaikan Pak Cik Grab itu yang membelikan dia sarapan malah memberi wang poket untuk belanja.

View on Threads

Bukan itu sahaja, pemandu e-hailing berkenaan turut bertanyakan keadaan semasanya menerusi aplikasi WhatsApp serta menawarkan untuk menyediakan bantuan asas jika gadis berkenaan ditahan di wad.

Tersentuh dengan kebaikan yang dibuat, Mirza menyeru agar orang ramai memberi rate lima bintang jika menggunakan perkhidmatan pak cik itu.

Malah, dia turut mendoakan kebaikan serta rezeki pemandu Grab tersebut dipermudahkan.

Dakwa Mirza lagi, pemandu Grab tersebut dipercayai merupakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) namun dia sendiri tidak pasti kategorinya disebabkan keadaan dirinya pada ketika itu.

View on Threads

Pak Cik Grab Kongsi Dapat Job Mencurah Lepas Tolong Bawa Gadis Pergi Hospital

Dalam hantaran berlainan, Mirza turut berkongsi balasan pak cik Grab yang telah membantunya itu.

Apa yang menjadi perhatian adalah Pak Cik Grab yang dikenali sebagai Shafie mendedahkan dia berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM300 selepas menghantar gadis itu pergi ke hospital.

“Alhamdulillah Allah dah beri ganjaran apa yang pakcik hulurkan lepas turunkan Mirza di hospital.

“Job masuk tanpa henti, pak cik balik petang sebelum Maghrib ada lebih RM300. Alhamdulillah Allah dah atur segalanya. Semoga Mirza bertambah sihat dan dipermudahkan urusan,” kongsi pemandu e-hailing berkenaan.

Malah, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengguna media sosial yang tidak henti memuji serta buat mereka yang memberikan sumbangan kepadanya.

View on Threads

Pengguna Kagum Dengan Kebaikan Pemandu Grab

Perkongsian yang telah mendapat lebih 684,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pemandu e-hailing berkenaan yang ikhlas membantu mereka yang memerlukan.

Pada masa sama, ada yang mendoakan kebaikan serta kemurahan rezeki buat pak cik Grab atas bantuan yang diberikan.

Malah, ada pengguna media sosial yang menyuarakan hasrat mahu menghulurkan bantuan kepada pemandu Grab berkenaan.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Pak Cik Grab Ini Memang Lejen!”

“Alhamdulillah. Saya Pernah Naik Grab Dengan Pak Cik Grab Ni, Dia Memang Baik, Peramah. Rezeki Awak Ditemukan Dengan Dia”

“Tolong Share Nombor Akaun Pak Cik Ini, Saya Nak Sedekah Sikit”

“Semoga Allah Perluaskan Rezeki & Diberikan Pak Cik Kesihatan Yang Baik”

Baca Artikel Berkaitan: Rider Sanggup Batal ‘Order’ Pelanggan Demi Tolong Pakcik Alami Serangan Jantung [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Ingatkan”- Pemandu Grab Beri Nasihat Jangan Lupakan Ibu Bapa Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Rider GrabFood Jujur & Pulangkan Duit Tip RM500 Yang Diterima, Syak Pelanggan Pelupa Serta Kurang Sihat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.