Now Reading
“Awak Lelaki Terbaik” – Luahan Isteri Selepas Jasad Suami Jatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui

“Awak Lelaki Terbaik” – Luahan Isteri Selepas Jasad Suami Jatuh Jambatan Pulau Pinang Ditemui

Isteri mangsa yang dikenali sebagai Nurul Natasha Amyra Ishak dalam satu hantaran di TikTok miliknya menyifatkan pemergian suaminya itu adalah perkara yang paling menyedihkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kejadian seorang lelaki yang dikhuatiri lemas akibat terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad (16 November) lalu, mangsa yang dikenali sebagai Elmi Nur Zamani Aizat Azim yang berusia 25 tahun dipercayai terjatuh di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang, dari Pulau menghala ke Perai.

Mangsa didakwa meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian dan telefon bimbit manakala motosikal Yamaha Y16 miliknya turut ditemui di tepi tembok jambatan.

Walau bagaimanapun, selepas dua hari, mayatnya ditemui pada jam 9.35 pagi tadi berhampiran Jeti Pelayaran Pengkalan Weld iaitu kira-kira sejauh lapan kilometer dari tempat kejadian.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Laut, Batu Uban dan kes diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Isteri Mangsa Sedang Hamil Anak Ketiga Luah Rasa Sedih, Anggap Suami Lelaki Terbaik

Dalam pada itu, isteri mangsa yang dikenali sebagai Nurul Natasha Amyra Ishak menyifatkan pemergian suaminya itu adalah perkara yang paling menyedihkan.

Apatah lagi, Natasha yang berusia 19 tahun dan merupakan ibu kepada dua orang anak itu difahamkan kini sedang hamil anak yang ketiga.

Bukan itu sahaja, Natasha menerusi hantaran di TikTok menganggap suaminya itu adalah seorang lelaki terbaik buat mereka sekeluarga.

“Permergianmu sangat menyayat hati sayang. Tunggu saya dekat sana. Doa saya selalu mengiringi awak cinta.

“Awak tak sakit dah dekat dunia. Allah tahu apa yang awak buat. Awak lelaki yang terbaik. Pergi awak tinggalkan amanah awak sayang, Al-Fatihah,” tulisnya lapor Mingguan Wanita.

Reda Dengan Ketentuan Allah SWT

Dalam hantaran berasingan, Natasha menjelaskan dia reda dengan kejadian yang menimpa dirinya sekeluarga.

“Itu ketentuan Allah. Sebelum nak pergi pun, baba (suami) cakap Allah ada. Percaya sayang. Mama tahu bukan niat awak buat benda macam ini.

“Apa orang nak cakap, mama terima dengan hinaan orang. Orang tak tahu apa yang baba lalui hari-hari. Orang tak akan tahu kecuali tuhan.

“Mama sayang baba. Mama janji dengan baba, tak akan mungkiri awak, sayang,” tulisnya.

Turut Minta Orang Ramai Henti Buat Andaian Buruk Terhadap Suami

Malah sebelum penemuan mayat suaminya, Natasha turut meminta bantuan orang ramai agar tidak membuat sebarang tanggapan yang buruk terhadap suaminya.

“Saya sebagai isteri, hidup sebantal sebumbung pun saya tak tahu apa yang dia rasa. Minta jasa baik kawan-kawan, kita tak duduk tempat dia.

“Tak tahu apa yang dia tengah rasa. Saya sebagai isteri, hidup sebantal sebumbung pun saya tak tahu apa yang dia rasa. Tolong jaga hati, perasaan & mental saya,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, hasil semakan kami mendapati akaun TikTok Natasha telahpun ditetapkan kepada peribadi.

Memetik Berita Harian, Natasha menjelaskan dia menerima makluman mengenai penemuan mayat suaminya kira-kira jam 9.50 pagi.

“Mayat suami saya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat,” kongsinya.

Ahli Keluarga Mohon Henti Maklumat Tidak Tepat Di Media Sosial

Pada masa sama, abang ipar mangsa yang dikenali sebagai Fitri mendedahkan, dia dan isteri tinggal bersama arwah.

“Dia bekerja sebagai pembantu peniaga di pasar malam dan kerap membantu.

“Banyak maklumat tidak tepat di media sosial, saya tidak boleh menyekat tetapi berharap ia dihentikan segera,” jelasnya lagi.

Difahamkan, jenazah Elmi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Penaga, Pulau Pinang.

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Hilang 1 Tapi 2 Nyawa” – Isteri Hamil 8 Bulan Meninggal Dunia Selepas 4 Tahun Tunggu Zuriat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Perempuan Diselamatkan Lepas Terjun Jambatan Pulau Pinang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.