“Sabun Dekat Tandas Sahaja” – Ramai Bengang Lihat Air Terjun Dicemari Buih Syampu
Air yang dipenuhi dengan buih sabun tebal itu berlaku di Air Terjun Kanching, Selangor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setelah berpenatan menghadap urusan dunia yang sibuk, sudah tentu anda mahu meluangkan masa dan merehatkan diri di tempat lebih santai serta nyaman.
Malah, ramai juga pakar menyarankan individu grounding atau lebih dekat dengan alam sekitar sebagai terapi jiwa. Ini termasuklah beriadah di taman, pergi ke pantai, hiking di bukit atau gunung, mandi air terjun dan sebagainya.
Antara kebaikan lain grounding adalah ia boleh mengurangkan tantrum si kecil, mendapatkan tidur yang berkualiti dan jarang mengalami sakit.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Anda Sering Sakit? Kaedah Sunbathing & Grounding Mampu Atasi Masalah Ini
Baca Artikel Berkaitan: Asyik Rasa Sakit Bila Pijak Batu Refleksologi? Cikgu Urut Jelaskan Kaedah Betul
Buih Sabun Buat Pengunjung Air Terjun Kanching Bengang
Namun lain pula pengalaman yang dilalui oleh seorang pengguna Threads dikenali sebagai Lee sewaktu bermandi-manda di Air Terjun Kanching, Selangor.
Dakwa Lee, ada pengunjung yang bertindak mandi menggunakan sabun atau syampu di air terjun berkenaan. Menerusi video perkongsian, kelihatan air di sana dipenuhi dengan buih tebal yang banyak. Malah air yang deras juga membuatkan buih itu semakin banyak.
Perkara tersebut bukan sahaja membuatkan dirinya hilang mood untuk mandi, malah mencemarkan alam semula jadi.
“Kepada sesiapa yang pergi air terjun. Tolong la jangan mandi guna sabun syampu dekat air terjun. Semua orang datang nak merasai alam semula jadi.
“Tiba-tiba masuk bau sabun sangat spoil ya. Dah la park (mandi di aras) atas. Kesian yang bawa anak-anak lagi ramai dekat bawah tu,” tegurnya.
Dalam masa sama, Lee juga mencadangkan agar pihak berkuasa meletakkan papan tanda larangan menggunakan bahan pencuci di kawasan air terjun.
View on Threads
Sea Foam Atau Buih Sabun?
Ada juga warganet yang bertanya sama ada ia sebenarnya Sea Foam (buih laut) atau buih daripada sabun pencuci seperti yang disangka.
Menurut Lee, dia pada awalnya terfikir perkara sama, namun buih berkenaan menghasilkan bau yang wangi seperti syampu.
Untuk info, buih laut merupakan fenomena alam apabila partikel di laut iaitu ombak dan angin bercampur. Ia juga boleh terhasil di sungai dan air terjun ketika air, udara dan bahan organik seperti tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai agen pencuci semula jadi (surfactant).
View on Threads
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Buih Yang Banyak Di Air Terjun
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa berang dengan sikap pengunjung yang tidak mempedulikan tentang orang lain yang mahu bermandi-manda di kawasan tersebut.
“Minggu lepas saya pergi mandi dekat Hulu Langat. Siap bersyampu lepas tu botol syampu dia hanyutkan macam tu je. Beng*ng betul,” kata seorang wanita.
“Motif mandi air terjun pakai syampu untuk apa? Macam la lepas mandi air terjun tak mandi dekat tandas. Pelik-pelik je la manusia ni,” tambah seorang lagi individu.
Malah segelintir individu turut terkejut melihat buih yang begitu meriah di air terjun itu.
“Sebotol ke (syampu) dia pakai? Lain macam buihnya,” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, segelintir individu menasihati orang ramai agar sentiasa peka tentang pencemaran alam sekitar yang semakin menjadi-jadi pada ketika ini.
“Kesedaran pencemaran bahan pencuci ni memang masih rendah dalam kalangan rakyat Malaysia. Syampu, sabuh basuh pinggan tu semua bahan kimia berbahaya kepada ekosistem.
“Air yang mengandunginya perlu ditapis dan dirawat sebelum masuk ke sungai semula. Tolong guna bahan pencuci di dalam tandas sahaja,” kata seorang warganet.








Kesan Buruk Bahan Pencuci Kepada Sumber Air Semula Jadi
Walaupun masih ramai memandang remeh tentang isu ini, namun tanpa mereka sedari pencemaran bahan pencuci boleh memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Antaranya:
- Detergen memusnahkan lapisan mukus luar yang melindungi ikan daripada bakteria dan parasit.
- Bahan pencuci boleh menyebabkan kerosakan serius pada insang ikan.
- Sabun boleh menjejaskan haiwan kecil yang menjadi sumber makanan kepada ikan seperti serangga.
- Menghapuskan lapisan lilin pada tubuh serangga hingga menyebabkan ia mati akibat kehilangan air yang berlebihan.
- Menyebabkan ikan dan hidupan kecil kekurangan udara untuk bernafas.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Awalnya Teruja, Lelaki Mohon Maaf Kerana Promosi Air Terjun Bahaya Di Negeri Sembilan
Baca Artikel Berkaitan: Pencemaran Sungai Damansara Berlaku Selepas Buih Putih & Bau Bahan Kimia Dilihat Di Sekitar Ara Damansara
Baca Artikel Berkaitan: “Kau Kutip Balik!” – Lelaki Berang Ada Pihak Selamba Buang Sampah Dalam Sungai
