fbpx
Now Reading
Penduduk Sepakat Kumpul Duit Sumbangan Untuk Cantikkan Lobi PPR

Penduduk Sepakat Kumpul Duit Sumbangan Untuk Cantikkan Lobi PPR

Menurut Setiausaha Jawatankuasa KRT PPR Pantai Ria Blok B, Sahrul Kamal Sadri penduduk turut bersepakat untuk menambah sumbangan bagi menampung kos keseluruhan untuk mencantikkan lagi lobi tingkat mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Siapa sahaja yang tidak mahu duduk di kawasan kediaman yang cantik, bersih dan selesa. Ia bukan sahaja sedap mata memandang bahkan turut membuatkan suasana menjadi lebih harmoni.

Jika dahulu kediaman seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) sering mendapat tanggapan negatif seperti kotor dan tidak cantik kerana tidak dijaga oleh penduduk.

Namun tidak semua PPR adalah sama, terdapat segelintir darinya yang sudah mula menjaga kawasan perumahan mereka agar ia kelihatan lebih bersih dan selesa untuk diduki oleh penduduk.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Luar Flat Dalam Kondo” – Dekorasi Dalaman Rumah PPR Raih Pujian Ramai [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Luar PPR, Dalam Kondo”- Ramai Teruja Lihat Dekorasi Rumah Flat Nampak Ekslusif [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Konsep Pantai & Moden, Deko Lobi Lif Di Flat PPR Curi Tumpuan [Video]

Penduduk PPR cantikkan lobi setiap tingkat untuk lebih ceria dan selesa

Terbaharu, penduduk rumah PPR di Pantai Ria telah berjaya mengubah dan mencantikkan kawasan lobi tingkat kediaman mereka untuk tampil lebih ceria.

Menurut Setiausaha Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) PPR Pantai Ria Blok B, Sahrul Kamal Sadri, 52, usaha mencantikkan kawasan tersebut selepas mendapat persetujuan dari penduduk yang ingin mengubah imej tingkat kediaman masing-masing.

Jelasnya, di peringkat awal pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memberikan galakan apabila menyalurkan sumbangan sebanyak RM300 untuk setiap tingkat bagi kerja mengecat.

Penduduk kemudiannya bersepakat untuk menambah lagi sumbangan tersebut bagi menampung kos keseluruhan yang sebenarnya memakan kos lebih besar.

“Kos kesuluruhan sebenarnya RM10,000. Sumbangan awal kami ialah RM50 bagi setiap pintu melibatkan 18 rumah yang aktif, kemudian kami tambah lagi RM50 menjadikan jumlah RM100 untuk setiap rumah.

“Kemudian, bila semua tunjukkan komitmen tinggi dan kerjasama yang kuat, ada penduduk menawarkan infak seperti barangan kitar semula dan kemahiran masing-masing.

“Kami dapat jimatkan banyak benda, ada penduduk sumbangkan barangan lama yang masih elok,” ujarnya, lapor Harian Metro.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Masuk Hotel Mewah”- Ramai Puji PPR Bertukar Cantik Hasil Kerjasama Jiran Tertangga [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Terus Jadi Kondo”- Penduduk PPR Bersatu Cantikkan Kediaman Raih Pujian

Ada kelebihan tersendiri sebab ada yang mahir dalam pendawaian & pertukangan

Tambahnya lagi, penduduk di tingkat 12 PPR terbabit ada kelebihan tersendiri. Ini kerana mereka mempunyai penghuni yang mahir dalam bidang kerja seperti pendawaian serta pertukangan.

“Golongan lelaki melakukan gotong-royong mencantikkan apa yang perlu, manakala golongan wanita pula masak bersama-sama menjadikan suasana penuh keakraban.

“Kami tak sangka hasil ini akan tular kerana pada awalnya hanya mahu mencantikkan kawasan kediaman sahaja.”

Pasang CCTV untuk langkah keselamatan

Dalam pada itu, Ketua Tingkat 12 PPR Pantai Ria, Mohd Isrook Saringat yang berusia 62 tahun memaklumkan pihaknya mengambil langkah untuk pencegahan dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh diakses oleh semua penduduk yang berada di tingkat 12.

Jelasnya langkah yang dilakukan itu dapat meningkatkan rasa tanggungjawab serta membuatkan sesiapa sahaja berfikir dua kali sebelum melakukan kerosakan harta.

“Berkenaan stigma masyarakat mengaitkan PPR sebagai kawasan tidak cantik, usaha dilakukan ini sangat bagus kerana memupuk kerjasama dan mengamalkan kebersihan bersama.

“Apabila kawasan sudah cantik, penduduk secara tidak langsung tidak mahu membuang sampah merata-rata dan lebih menjaga kebersihan.

“Kami berharap DBKL boleh menggalakkan usaha seperti ini bagi menggerakkan lebih ramai penduduk PPR lain melakukan perkara sama,” jelasnya lagi.

Keadaan cantik dan teratur dapat tingkatkan imej PPR

Menurut beliau, keadaan berkenaan membuatkan penduduk yang lain akan bersama-sama menjaga kawasan mereka.

Katanya lagi, sekiranya stigma PPR kotor dapat dilenyapkan maka imej serta nama untuk PPR secara tidak langsung dapat ditingkatkan.

Menerusi gambar yang dikongsikan kepada Harian Metro, kelihatan suasananya begitu cantik persis seperti hotel.

Melalui TikTok yang dimuat naik oleh Lia Damia, turut tular satu video memaparkan proses penduduk tingkat 12 PPR itu melakukan kerja-kerja mencantikkan lobi tersebut.

@af_zie22

Renovate hasil gotong royong penghuni level 12.. Alhamdulillah muafakat membawa berkat #renovate #assalamualaikum #af22 #sukasukiaqje #akuadalahaku

♬ bunyi asal – Lia Damia362 – Lia Damia362

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.