Anggota APM Terkejut Ular Sawa Jatuh Dari Siling Besar Macam Anaconda [Video]
Jelas anggota APM, Sarjan Zaiton Mohamed Ali yang mengetuai operasi menangkap ular berkenaan, saiz haiwan reptilia itu sepanjang tiga meter dan seberat 60 kilogram.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ular merupakan salah satu haiwan yang berbisa dan berbahaya kepada manusia. Malah ramai yang akan berasa panik apabila melihat haiwan reptilia ini.
Ini kerana meskipun tidak berkaki namun ia mampu mengundang risiko seperti haiwan ternakan atau diri sendiri menjadi santapannya.
Malah kita juga sering melihat ular khususnya ular sawa sering memasuki kediaman dan mencari tempat tersorok dan sejuk sebagai tempat tinggalnya.
Ular sawa saiz besar seperti anaconda berjaya ditangkap
Baru-baru ini, penduduk di Sungai Petani, Kedah dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa memasuki sebuah rumah di Taman Bandar Baru PKNK berjaya ditangkap oleh Anggota Pertahanan Awam (APM).
Menerusi video yang tular di media sosial, awalnya kelihatan beberapa anggota APM memecahkan siling di bahagian tandas sebelum keluar ular sawa berkenaan.
Duduk atas siling atap sebelum jatuh ke lantai
Dalam video tersebut kelihatan ular yang duduk di atas atap itu begitu besar dan kedengaran suara yang menyifatkan saiznya seperti anaconda.
Kelihatan anggota APM berusaha menarik haiwan reptilia itu sebelum ia masuk semula ke bahagian atap. Tidak lama selepas itu ular sawa terbabit akhirnya jatuh ke lantai.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh anggota terlibat kepada Berita Harian.
“Ketika ular sawa itu jatuh dari siling rumah, saya dan anggota lain masing-masing terkejut kerana tidak menyangka ular itu bersaiz besar seperti anaconda.
“Kamu masing-masing melihat reptilia itu jatuh dan cuba mencari jalan untuk menangkapnya kerana tidak menyangka saiznya besar seperti itu,” ujar Sarjan Zaiton Mohamed Ali yang juga mengetuai operasi menangkap ular sawa berkenaan.
Ular ditangkap pada 12 November lalu sebelum video tular, pemilik rumah pernah buat aduan 3 bulan lalu
Menurutnya ular tersebut telah ditangkap pada 12 November yang lalu sebelum videonya menjadi tular di media sosial sejak semalam (16 November).
Jelas Zaiton sepanjang 18 tahun berkhidmat bersama APM ia adalah kali kedua dia menangkap ular sawa yang besar.
“Berdasarkan pengalaman dan ketua dalam operasi ini, saya mengarahkan anggota supaya menangkap ular sawa itu dengan berhati-hati kerana kita tak tahu keadaannya bimbang tertangkap bahagian kepalanya.
“Kami pernah terima panggilan di rumah penghuni yang sama kira-kira tiga bulan lalu tetapi apabila sampai, ular itu tiada malah kami menjangkakan ia sudah turun dari siling rumah berkenaan.
“Tapi masa operasi Rabu lalu, ular sawa itu akhirnya berjaya ditangkap dan saya menarik bahagian badannya manakala anggota lain masing-masing menarik ekor dan menunggu untuk menangkapnya.”
Anggota APM kongsi pemilik rumah lihat sesuatu seperti kain batik
Zaiton turut menceritakan bagaimana detik penghuni rumah berkenaan menyedari kehadiran haiwan reptilia tersebut.
Katanya sewaktu pemilik rumah ingin memasuki bilik air dia mengesyaki sesuatu yang mencurigakan apabila pintu terbabit tidak boleh ditolak.
Sewaktu menolak pintu bilik air itu, sekeping bahagian siling rumah pecah serta ternampak seperti kain batik. Pemilik kemudian mengesyaki sesuatu sebelum bertindak menghubungi APM sekitar jam 4 petang.
“Ular sawa itu panjang tiga meter, berat kira-kira 60 kilogram (kg) nampak ia seperti anaconda dan ketika jatuh, bunyinya sangat kuat,” jelasnya.
Zaiton turut menyifatkan keadaan ular itu agresif sewaktu ia jatuh ke lantai selain cuba untuk masuk ke mesin basuh.
“Kepala dia masuk di celah mesin basuh itu dan bayangkan mesin basuh yang berat itu berjaya ditolak hingga bergerak.
“Cabaran kami hendak menangkapnya agak sukar kerana saiznya yang besar dan berat tetapi syukur akhirnya berjaya juga ditangkap.”
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






