fbpx
Now Reading
Ramai Geram Lihat Individu Bertengkar Dengan Pemandu Bas Bawa Pelajar Sekolah [Video]

Ramai Geram Lihat Individu Bertengkar Dengan Pemandu Bas Bawa Pelajar Sekolah [Video]

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat keadaan jalan yang agak sesak dan sempit dek kerana terdapat beberapa buah kereta yang diparkir pada bahu jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna jalan raya sering kali diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, mereka perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dan tidak pentingkan diri bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

Namun entah mengapa, ada segelintir yang bersikap ‘selfish’ hingga menyusahkan pengguna yang lain.

Lebih teruk, jika tindakan mereka itu membawa risiko terjadinya kemalangan atau pergaduhan.

Individu ‘Bertekak’ Dengan Pemandu Bas Bawa Pelajar Sekolah

Semalam (13 November), tular di media sosial insiden sekumpulan individu yang bertengkar dengan seorang pemandu bas.

Menerusi video tular yang dikongsikan di TikTok @abeydolklatey4, kelihatan beberapa individu berkenaan berada di tepi jalan sedang menjerit kepada pemandu bas terbabit.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat keadaan jalan yang agak sesak dan sempit dek kerana terdapat beberapa buah kereta yang diparkir pada bahu jalan.

Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang daripada individu berkenaan dilihat terus menuju ke bahagian hadapan di mana pemandu bas berada dan sekali lagi berlakunya pertengkaran.

Bagaimanapun, butiran percakapan mereka tidak dapat didengar dengan jelas.

Bas Bunyikan Hon, Individu Didakwa Baling Batu Ke Arah Bas

Melalui perkongsian itu juga, pemilik video mendakwa ada individu yang membaling batu ke arah bas yang dipercayai membawa pelajar sekolah tahun enam itu.

Difahamkan, bas berkenaan telah membunyikan hon terhadap kereta yang menghalang laluan serta di parkir di tepi jalan berhampiran Pusat Asas Tentera Darat (PUSASDA) Port Dickson, Negeri Sembilan.

Malah, pengguna berkenaan mendakwa ada kanak-kanak yang menangis ketakutan melihat situasi tegang itu.

Memetik Sinar Harian, kejadian dipercayai berlaku pada Rabu (12 November) lalu kira-kira jam 8.30 pagi melibatkan tiga buah bas.

Seorang wanita yang didakwa merupakan guru pelajar terbabit turut berkongsi kronologi kejadian berkenaan menerusi ruangan komen.

“Sampai di depan PUSASDA, bas terpaksa berhenti disebabkan laluan sangat sempit kerana berselisih dengan lori tangki minyak dari arah bertentangan.

“Kemudian bas terpaksa berhenti agak lama kerana ada empat kereta dipakir secara bertindih selain kiri dan kanan bahu jalan penuh dengan kereta,” lapor Sinar Harian.

Kami turut menemui komen kronologi tersebut yang tular di media sosial.

@abeydolklatey4

Ada kanak2 yang menangis ketakutan. Kereta park penuh di tepi jalan kerana sedang berlangsung hari lapor diri askar di PUSASDA.

♬ bunyi asal – AbeyDol klatey – AbeyDol klatey

Tonton video penuh [DI SINI]

Pihak Polis Masih Belum Terima Laporan Berhubung Kejadian

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Maslan Udin menjelaskan pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Ramai Geram Dengan Sikap Individu Marah Pemandu Bas

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.5 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa geram dengan tindakan beberapa individu terbabit terhadap pemandu bas.

Apatah lagi, perbuatan mereka itu dilihat memberikan kesan kepada kanak-kanak yang melihat kejadian berkenaan.

Ada juga pengguna yang berpendapat pihak berkaitan khususnya PUSASDA perlu menjaga kawalan trafik agar dapat berjalan dengan lancar.

Pun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa pihak berkaitan sudahpun menjalankan tugas.

Namun, tindakan pemandu bas membunyikan hon tanpa henti mencetuskan kemarahan orang ramai di sekeliling sehingga berlakunya perbalahan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Anak-Anak Memerhati Tingkahlaku Orang Dewasa Sama Ada Dijadikan Sempadan Atau Ikutan”

“Ada Budak-Budak Dalam Bas, Kalau Ada Cermin Pecah & Kena Budak Tu Macam Mana?”

“Kalau Bas Tu Gesel Juga Kereta Yang Park Tepi Jalan, Salah Bas Juga Ke?”

“Memang Sepatutnya Kereta Tak Boleh Parkir Situ, Saya Pun Pernah Ambil Anak Kursus Tapi Park Jauh Ke Depan, Takut Ganggu Perjalanan”

“Itu Sebab Adab Dulu Baru Ilmu, Kalau Dah Contoh Macam Ini, Macam Mana Nak Jadi Contoh Generasi Akan Datang”

“Pihak PUSASDA Patut Peka Dengan Situasi Hari Untuk Rekrut Baru, Bas Rombongan Ini Pun Tak Tahu Akan Sesak Macam Ini”

“Saya Ada Dekat Sana Semalam, Salah Pemandu Bas Hon Tak Henti”

Baca Artikel Berkaitan: Biker Tunggang Lorong Kanan & Tunjuk Isyarat Lucah Selepas Kena Hon Dengan Lori Cetus Perdebatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Padah Parkir Tepi Jalan, Ativa Calar & Remuk Bergeser Dengan Treler Raih Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Kasi Viral Ini Orang” – Pilot Darat Bengang, Treler Tak Lepas Gara-gara Bezza Parkir Tepi Jalan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.