Tiada Bukti Kaitkan Namewee Dengan Kes Bunuh Influencer Taiwan – Peguam Negara
Menurut Peguam Negara, keputusan membebaskan Namewee dengan jaminan polis dibuat selepas semakan terhadap kertas siasatan polis mendapati tiada unsur dia terlibat dalam pembunuhan influencer Taiwan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada semalam (12 November) menyatakan tiada bukti yang dapat mengaitkan penyanyi rap tempatan, Namewee dengan kematian influencer wanita warga Taiwan, Hsieh Yun Hsi.
Beliau berkata, susulan itu, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee yang berusia 42 tahun akan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini (13 November).
Keputusan dibuat selepas semak kertas siasatan polis
Menurut Mohd Dusuki, keputusan berkenaan dibuat selepas semakan terhadap kertas siasatan polis dan siasatan lanjut telah diarahkan sekiranya terdapat penemuan baharu.
“Kami telah menerima kertas siasatan daripada pihak polis. Selepas menelitinya, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan suspek terlibat dalam pembunuhan pempengaruh dari Taiwan itu,” katanya dipetik The Star.
AGC arahkan siasatan lanjut dijalankan
Menurutnya lagi, Jabatan Peguam Negara (AGC) juga telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.
“Namun, sekiranya terdapat penemuan baharu hasil siasatan lanjut, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Fadil Marsus mengumumkan bahawa polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu dan menyerahkannya kepada AGC.
Malah, sebelum ini juga pihak polis mengesyaki Namewee mempunyai hubungan istimewa dengan Hsieh.
Fadil berkata, siasatan mendapati Namewee disyaki telah bersama mangsa sejak dari luar negara sehingga kedua-dua mereka berada di Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: Namewee & Influencer Taiwan Yang Maut Dipercayai Ada Hubungan Istimewa – Ketua Polis KL
Kes kematian Hsieh diklasifikasi semula sebagai kes bunuh, bukan mati mengejut
Terdahulu, polis telah mengklasifikasikan semula kematian Hsieh sebagai kes bunuh selepas pada awalnya dikategorikan sebagai kematian mengejut.
Hasil siasatan mendapati Namewee merupakan individu terakhir yang dilihat bersama mangsa berusia 31 tahun itu di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur pada 22 Oktober.
Dia kemudiannya ditahan atas dakwaan memiliki dan menggunakan dadah. Namun, dia telah dibebaskan selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dadah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Oktober.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Namewee Di Hotel, Disyaki Miliki & Ambil Dadah
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Wanita Ditemui Mati Dalam Bilik Hotel Bersama Namewee, Polis Klasifikasikan Sebagai Kes Bunuh



