fbpx
Now Reading
Pelancong Mengamuk Tak Diberitahu Burger Dibeli Bukan Vegetarian [Video]

Pelancong Mengamuk Tak Diberitahu Burger Dibeli Bukan Vegetarian [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan pekerja restoran terbabit cuba menenangkan pelanggan itu dan menerangkannya dengan nada yang lembut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap individu tentunya mempunyai jenis diet pemakanan yang tersendiri sebagai contoh ada yang memilih untuk menikmati makanan vegetarian, ada juga yang tidak memakan sesuatu jenis makanan secara spesifik sebagai contoh daging, ayam, atau makanan laut.

Jenis-jenis diet yang menjadi pilihan tersendiri ini adakalanya dilakukan atas beberapa sebab seperti faktor kesihatan, agama dan sebagainya.

Oleh itu apabila merancang untuk makan di luar kebiasaannya individu yang mempunyai diet tersendiri ini akan mencari kedai makanan yang sesuai dengan keperluan mereka atau berhati-hati dalam membuat pemilihan.

Pelancong dari India kecewa tak diberitahu burger dibeli bukan vegetarian

Namun baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang pelanggan yang dipercayai pelancong dari India meluahkan rasa kecewanya apabila makanan yang dibeli tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi video tular itu, kedengaran pelancong wanita itu berada di kaunter dan memaklumkan rasa kurang senang mengenai makanan yang dibeli kepada pekerja restoran makanan segera terkenal tersebut.

Berdasarkan lokasi yang diletakkan oleh pengguna yang memuat naik video tersebut dipercayai insiden berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia.

Kedengaran pekerja restoran cuba mengendalikan situasi dengan baik

Dalam video sama turut kelihatan pekerja restoran terbabit cuba untuk menenangkan pelanggan berkenaan dan menerangkan kepadanya secara baik mengenai menu yang dipesan.

Melalui tulisan di video terbabit, pelanggan berkenaan kecewa kerana tidak diberitahu makan yang dibeli dari restoran itu adalah daging lembu dan bukan untuk vegetarian.

Memetik laporan Kosmo, pelancong berkenaan dan pasangannya berasa kecewa apabila mereka tak diberitahu mengenai daging lembu yang dibeli bersama makanannya.

“Kenapa tidak bagitahu ini ada daging lembu, saya sangkakan hanya ada sayur, saya tidak boleh makan daging,” ujarnya.

Staf bagaimanpun mengatakan mereka tidak sengaja dan menu memang begitu.

“Memang kebiasaannya ada daging, kami bukan sengaja. Menu memang begitu.”

Didakwa lempar burger ke lantai

Turut kelihatan wanita terbabit seperti mengesat air mata sebelum video ditamatkan.

Menerusi kapsyen pemilik video, dia mendakwa pelancong terbabit melemparkan kotak burger ke lantai sebelum berhadapan dengan staf restoran terbabit.

“Seorang pelancong India melemparkan kotak burgernya ke lantai dan menemui staf kedai makan, kerana tak diberitahu burger dibeli bukan untuk golongan vegetarian,” tulisnya.

@young.lost6

An Indian tourist threw her burger box on the floor and confronted a MacDonald staff over not being told that the burger she bought is not vegetarian. Your thoughts on this incident? #travel #india #tourist #macdonalds #thoughts

♬ original sound – Young & Lost – Young & Lost

Ramai tertanya-tanya ada ke burger vegetarian dijual

Melihat di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya mengapakah pelancong berkenaan berkunjung ke restoran makanan segera terbabit kerana mereka bukan berada di India di mana restoran di bawah jenama sama ada menyediakan burger vegetarian.

Tidak kurang ada yang tertanya-tanya adakah ada menu burger vegetarian disediakan oleh restoran makanan segera terbabit.

Selain itu ada yang berpendapat seseorang itu perlu bertanggungjawab untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu makanan, dan ia bukan tanggungjawab restoran untuk memberitahunya jika individu itu tidak bertanya.

Ada yang turut mengecam individu berkenaan kerana pelancong tersebut berada di luar negara dan sudah tentunya menu hidangan restoran tidak sama seperti di negara sendiri.

Sememangnya ada menu burger vegetarian dijual di India

Menerusi semakan kami pada menu hidangan restoran tersebut di India mendapati terdapat beberapa menu burger vegetarian yang dijual.

Menerusi diskripsinya, burger tersebut menggunakan sayur-sayuran seperti kentang sebagai patty bersama bawang, salad, roti bun dan sebagainya.

Berikut adalah komen netizen:

“Ada ke burger vegetarian dijual di restoran makanan segera itu di India?”

“Jika awak adalah vegetarian, awak periksa terlebih dahulu sebelum makan. Bukan tanggungjawab restoran untuk beritahu jika awak tak tanya.”

“Di India restoran makanan segera itu ada menjual pilihan burger vegetarian. Dia mungkin fikir ia sama di tempat lain

“Nampak sabar staf restoran tu. Jumpa pelanggan yang pelik-pelik dan high demand memang pening. Sabar jelah”

“Ini adalah Malaysia puan dan tiada burger vegetarian di Malaysia. Tiada guna awak bergaduh dengan staf, awak sepatutnya bertanya terlebih dahulu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.