Pelajar Cari Tempat Internship Tapi Hanya Muat Naik Transkrip Akademik Undang Pelbagai Reaksi
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan semula di Threads, pelajar diploma dari bidang pengajian muamalat itu sedang mencari tempat latihan industri untuk tempoh dua bulan di Kelantan di kumpulan Facebook berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan program pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) mewajibkan pelajar menjalani latihan industri (internship) sebelum menamatkan pengajian.
Ia penting bagi mendedahkan mereka dengan situasi sebenar dunia pekerjaan khususnya berkaitan dengan bidang yang diambil.
Kebiasaannya, pelajar akan dibantu oleh pusat kerjaya IPT dalam mendapatkan tempat. Namun ada juga yang lebih senang memilih tempat praktikal dengan cara mereka tersendiri.
Kadangkala, cara yang digunakan oleh segelintir pelajar dilihat tidak sesuai sewaktu membuat permohonan apatah lagi ada perkara yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
Pelajar Muat Naik Transkrip Akademik Mohon Tempat Untuk Latihan Industri
Semalam (12 November), tular di media sosial tangkap layar hantaran seorang pelajar universiti tempatan yang sedang mencari tempat untuk latihan industri di satu kumpulan Facebook.
Menerusi tangkap layar yang dikongsikan semula di Threads, pelajar diploma dari bidang pengajian muamalat itu sedang mencari tempat latihan industri untuk tempoh dua bulan di Kelantan.
Apa yang menjadi perhatian adalah dia dikatakan hanya memuat naik transkrip akademik yang memaparkan gred bagi setiap subjek yang diambil sepanjang tempoh pengajian.
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat dia berjaya memperoleh gred yang baik iaitu hanya A dan B bagi kesemua subjek berkenaan.
Pengguna Media Sosial Kritik Tindakan Pelajar Hanya Muat Naik Transkrip Akademik
Walau bagaimanapun, tindakannya itu nyata mendapat kritikan dan kecaman pengguna media sosial.
Menerusi tangkap layar berasingan, terdapat beberapa pengguna media sosial mengkritik tindakannya itu.
Malah ada yang berpandangan perbuatannya yang hanya memuat naik transkrip akademik dianggap pemalas dan ‘mudah’ hingga ada yang mencadangkannya untuk membuat permohonan dengan cara yang betul iaitu dengan mengemukakan resume atau cv.
View on Threads
Pun begitu, pengguna media sosial di Threads mempunyai pandangan masing-masing berkaitan hantaran berkenaan.
Ada yang mempunyai pendapat sama seperti pengguna di Facebook namun ada juga yang melihatnya ia bukanlah menjadi satu isu untuk pelajar berkenaan memuat naik transkrip akademik.
Pada masa sama, ada segelintir yang meluahkan rasa risau kerana tindakan pelajar itu dilihat mendedahkan butiran peribadi di media sosial.
Semakan kami di kumpulan Facebook berkenaan bagaimanapun tidak menemui hantaran asal berkenaan dipercayai telah dipadam.
Walau bagaimanapun, kumpulan Facebook itu sememangnya menjadi platform bagi kebanyakan pelajar untuk mencari tempat latihan industri dengan cara memuat naik resume atau CV.
Kami juga tidak mengetahui sama ada pelajar berkenaan tersilap memuat naik dokumen.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Sepatutnya Kalau Bab Intern Ni, Pensyarah Dah Ajar Cara Apply Resume & Apply Kerja Bagai, Aku Pun Macam Tu Sebelum Masuk Intern”

“Properla Sikit, Apa Jadah Minta Macam Tu Je? Ingat Group Taman Ke?”

“Transkrip Ni Biasanya Diberi Bila Pihak Syarikat Yang Minta, Apa Yang Awak Perlu Buat Adalah Dengan Beri Resume Atau CV”

“Sebenarnya Okay Je, Tapi Result Tu Tak Perlu, Nama Pun Group Internship Jadi Patut Dia Tulis Formal Sikit”

Baca Artikel Berkaitan: “Hi Saya Nak Apply Job” – Cara Individu Mohon Kerja Macam Order Burger Undang Kritikan
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Tak Sakit Tapi Takde Mood Kerja” – Wanita Berang, Dakwa Staf Gen Z Kaki Ponteng
Baca Artikel Berkaitan: Lebih Separuh Gen Z Tak Mampu Berdepan Dengan Tekanan Kerja, Alami ‘Burnout’
Baca Artikel Berkaitan: Enggan CV ‘Di Tong Sampahkan’, Lelaki Menyamar Jadi Penghantar Donut Selit Dokumen Kepada Majikan



