fbpx
Now Reading
“Kalau Kereta Pecah Saya Tak Tau” – Zhiddin Kongsi Lelaki Minta Duit Parkir RM15, Siap Beri Ugutan Halus [Video]

“Kalau Kereta Pecah Saya Tak Tau” – Zhiddin Kongsi Lelaki Minta Duit Parkir RM15, Siap Beri Ugutan Halus [Video]

Ulat parkir dipercayai warga asing ituu mendakwa kononnya lesen untuk mengutip duit parkir di Bukit Bintang diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Di Malaysia, ada sesetengah kawasan parkir terbuka akan dikenakan caj, hal ini kerana tanah tersebut adalah milik pihak tertentu seperti majlis bandaraya, syarikat swasta dan sebagainya.

Pun begitu, ada pula segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mengenakan caj parking kepada orang awam di kawasan yang tidak sepatutnya.

Masalah ulat parkir di negara ini telah lama berlaku, malah sehingga hari ini masih ada individu yang sesuka hati meminta bayaran parkir di kawasan tempat letak kenderaan awam dengan kadar bayaran yang tidak masuk akal.

Baca Artikel Berkaitan: Tular 2 Individu Kutip Parkir Secara Haram Di Kawasan Tempat Letak Kereta Awam [Video]

Tular Zhiddin diminta RM15 duit parkir di Bukit Bintang

Baru-baru ini, tular pula di media sosial satu video memaparkan influencer Zhiddin Aziz telah diminta oleh seorang lelaki dipercayai ulat parkir untuk membayar RM15 di sebuah kawasan tempat letak kenderaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Zhiddin di akaun TikTok miliknya, dia enggan membayarnya dan mempersoal lelaki dipercayai warga asing itu siapakah yang memberi lesen kepadanya untuk mengutip duit parkir di kawasan terbabit.

“Parkir di kawasan Bukit Bintang ini, kalau ada yang menagih bayaran, jangan dihulur tangan. Jangan layan, jangan biar kerakusan berpesan. Andai dibiar, bersimaharajalela tanpa sempadan,” tulisnya dalam video.

Lelaki dakwa DBKL bagi lesen kutip parkir, siap beri ugutan halus jika tak bayar

Lelaki terbabit kemudian mendakwa kononnya lesen untuk mengutip duit parkir diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mendengar jawapan lelaki itu, Zhiddin kemudiannya ketawa sinis sambil berkata bahawa DBKL tidak memberi lesen kepada warga asing untuk mengutip duit parkir.

Lebih mengejutkan, lelaki terbabit juga seakan memberi ugutan halus dengan menyatakan dia yang menjaga kawasan parkir terbabit tidak akan bertanggungjawab sekiranya kereta Zhiddin mengalami sebarang kerosakan kerana tidak membayar parkir.

“Saya jaga sini, nanti saya tak tau lah kalau awak punya kereta ‘pecah’ ke apa,” kata lelaki itu.

Lelaki itu kemudiannya terpaksa akur selepas Zhiddin dilihat tetap menegaskan bahawa dia tidak akan membayar duit parkir seperti yang diminta.

@zhiddinazizz

♬ original sound – zhiddinaziz

Netizen mahu pihak berkuasa ambil tindakan tangani masalah ulat parkir

Memindai ke ruangan komen, kelihatan ramai pengguna media sosial yang memandang serius mengenai masalah ulat parkir di negara ini.

Kebanyakan mereka meminta agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan DBKL mengambil tindakan tegas terhadap golongan-golongan ini.

Rata-rata netizen berpendapat bahawa masalah ulat parkir ini bukan sahaja mendatangkan rasa ketidakselesaan orang ramai, sebaliknya boleh mengancam keselamatan apabila ada yang menerima pelbagai ugutan sekiranya enggan membayarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.