Genting Malaysia Sahkan Akan Kenakan Bayaran Untuk Pengguna Jalan Genting Highlands
Jalan Genting Highlands yang dibina secara persendirian oleh Genting Malaysia di kawasan berbukit yang sukar dan mencabar ini menyediakan laluan yang selamat ke Resorts World Genting serta destinasi pergunungan selain Genting Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Genting Malaysia Bhd mengesahkan akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Genting Malaysia menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial berkata, perkara itu akan diumumkan sebaik sahaja butiran lanjut mengenai bayaran bagi jalan persendirian ini (Caj Jalan Persendirian) tersedia.
Menurut Genting Malaysia, bayaran bagi menggunakan jalan persendirian itu adalah perlu memandangkan peningkatan ketara dalam kos penyelenggaraan jalan sepanjang 24 kilometer serta cerun ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut sejak tahun 1960-an.
Jalan Genting Highlands yang dibina secara persendirian oleh Genting Malaysia di kawasan berbukit yang sukar dan mencabar ini menyediakan laluan yang selamat ke Resorts World Genting destinasi pergunungan selain Genting Malaysia.
“Penggunaan jalan yang tinggi telah menyebabkan tahap kehausan dan kerosakan yang besar, dan kerja penyelenggaraan berterusan amat diperlukan bagi memastikan keselamatan para pengguna jalan raya.
“Berdasarkan prinsip ‘pengguna membayar’, caj jalan persendirian ini merupakan kaedah paling berdaya maju untuk menampung kos penyelenggaraan, pembaikan, penjagaan serta kejadian tidak dijangka yang mungkin berlaku.”
Tegas Genting Malaysia. langkah ini penting bagi memastikan jalan tersebut kekal selamat untuk semua pengguna, serta terus menyediakan akses kepada keseluruhan komuniti Genting Highlands, perniagaan, jutaan pelancong dan orang awam dari seluruh negara.
Tambah syarikat itu lagi, ini adalah inisiatif swasta di jalan persendirian di atas tanah persendirian.
“Genting Malaysia menggalas tanggungjawab untuk menjaga keselamatan jalan raya dan cerun dengan serius.
“Menjalankan kerja di kawasan pergunungan adalah mencabar, berbahaya dan mahal, tetapi ia penting untuk memastikan keselamatan jalan raya dan lereng untuk penambahbaikan berterusan bagi semua pengguna,” katanya.
Selain itu, syarikat juga menempatkan pasukan di pertengahan dan puncak bukit dalam keadaan bersedia sepanjang masa untuk sebarang kemungkinan luar jangka dengan pasukan tindak balas kecemasan terlatih sekiranya berlaku kemalangan dan kecelakaan.
Genting Malaysia menegaskan jalan ini penting dalam memangkinkan industri pelancongan di sini, sekali gus menyumbang peluang untuk perusahaan dan pekerjaan, mewujudkan ekonomi tempatan yang rancak dan menyumbang kepada ekonomi negeri Pahang serta ekonomi negara.
Jalan Genting Highlands juga telah menyediakan peluang kepada kewujudan destinasi pergunungan lain selain daripada yang diurus kumpulan Genting Malaysia, menyumbang kepada industri pelancongan yang dinamik.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.


