fbpx
Now Reading
Dulu Reject Negara Sendiri, Kini Cikgu Malaysia Di Jepun Disuruh Balik Ke Tempat Asal

Dulu Reject Negara Sendiri, Kini Cikgu Malaysia Di Jepun Disuruh Balik Ke Tempat Asal

Menerusi tangkap layar posting lama cikgu berkenaan, dia berkata lega telah meninggalkan Malaysia serta mendakwa dirinya bukan lagi rakyat Malaysia ketika bertekak dengan seorang individu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seseorang yang bergelar sebagai pendidik perlulah menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik.

Ini kerana mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar pelajar bahkan turut menjadi contoh dalam menunjukkan tingkah laku yang baik tidak kira di sekolah mahupun menerusi media sosial.

Apatah lagi jika hantaran-hantaran yang dimuat naik dalam media sosial sering menjadi perhatian orang ramai.

Cikgu Malaysia di Jepun buat laporan polis selepas terima ancaman xenofobia

Baru-baru ini seorang guru Bahasa Inggeris yang merupakan warga Malaysia telah tampil membuat laporan polis selepas menerima ancaman xenofobia di Jepun.

Laporan itu dibuat selepas dia menerima ‘risalah anti-pendatang.’ Guru yang dikenali sebagai @banden_tong di Threads telah menjadi sasaran apabila terdapat risalah anti-imigran yang ditampal di hadapan pintu rumah dan kenderaannya di bandar Yokohama. Insiden itu dilaporkan berlaku pada 11 November lalu.

Sebelum ini kritik Malaysia sehingga mencetuskan tuduhan hipokrit

Walau bagaimanapun selepas kisahnya itu mula mendapat perhatian di media sosial, tangkap layar komen lamanya yang mengkritik Malaysia mula tular sehingga ada yang menggelarkannya sebagai hipokrit.

Menerusi komen bertarikh 5 Februari, guru itu mengatakan “Ya saya gembira meninggalkan negara yang itu” serta “Apa pun saya bukan lagi rakyat Malaysia” sewaktu berbahas tentang isu perkauman di Malaysia.

“Kali terakhir anda membalas mesej saya berkaitan orang Islam di Jepun, anda kata anda gembira meninggalkan Malaysia kerana menyalahkan orang Islam Malaysia adalah racist. Jadi adakah anda gembira sekarang (kena tindakan racist oleh golongan sayap kanan Jepun di sini)? Dikatakan bersifat racis oleh sayap kanan Jepun di sini,” kata seorang pengguna, merujuk kepada hantaran lamanya.

“Lelaki itu kata dia bekas rakyat Malaysia, benci Malaysia dan tidak mahu kembali. Saya harap dia tidak lagi menggunakan pasport Malaysia,” kata seorang lagi pengguna.

Polis lakukan siasatan, guru dinasihatkan padam hantaran untuk keselamatan

Kontroversi tersebut bermula selepas guru tersebut berkongsi imej risalah kebencian yang dijumpai di kawasan perumahannya di media sosial.

Risalah tersebut memintanya untuk keluar daripada Jepun dan mereka tidak mengalu-alukannya.

“Sila keluar dari Jepun! Anda tidak dialu-alukan. Jepun tidak memerlukan pendatang!” risalah berkenaan turut ditandatangani oleh ‘Puak Konservatif Bandar Yokohama.’

Pada 13 November, guru terbabit mengesahkan polis akan menyiasat serta meningkatkan rondaan di kawasan tersebut.

Namun polis Jepun dalam masa sama turut menasihatkan untuk cikgu berkenaan memadam catatannya demi keselamatan dirinya sendiri. Oleh itu, cikgu berkenaan mengarkibkan catatan itu.

Dalam hantaran awal, dia telah meluahkan rasa cintanya sepanjang hayat terhadap budaya Jepun serta menyatakan dia bekerja keras untuk membeli rumah dan kereta di Yokohama sebelum memulakan kerjaya sebagai seorang guru bahasa Inggeris.

Hantaran tentang anti warga asing menghantui guru tersebut

Sebelum ini, hantaran-hantaran cikgu itu banyak menunjukkan corak xenofobia yang membimbangkan.

Dalam catatan pada April 2025 di Threads, guru itu memuat naik video pelancong sedang bercakap di dalam kereta api Tokyo— yang menurutnya melanggar etika ‘senyap’ dalam pengangkutan di Jepun.

Bukan hanya itu, dia turut mengelar pelancong tersebut yang ‘tidak boleh memahami keadaan sekeliling’ untuk ‘diharamkan secara kekal dari Jepun’— walhal dirinya sendiri adalah warga asing.

Sikap tiada toleransi yang dipamerkannya terhadap negara asal atau warga asing lain menyebabkan dia kini dikecam dari kedua-dua pihak.

Menerusi semakan kami media sosial guru itu juga telah diprivasikan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.