Waris Sampai Terpaksa Meminjam, Masjid Di Kedah Minta Bayaran Untuk Solat Jenazah Dikecam
Menurut Mr Wan Cai Official, isu itu sudah beberapa kali dibangkitkannya kerana berpendapat menetapkan bayaran untuk solat jenazah adalah satu perkara yang tidak masuk akal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang hidup pasti akan mati, begitulah lumrah kehidupan manusia di muka bumi ini yang tidak selamanya kekal dan abadi.
Kematian tidak mengira waktu dan usia di mana segala harta serta pangkat yang ada di dunia ini akan ditinggalkan begitu sahaja kerana yang dibawa ke alam barzakh hanyalah amalan semata-mata.
Namun, bersediakah kita untuk berdepan dengan kematian? Bukan hanya dari segi amalan, tetapi juga dari segi kewangan supaya keluarga tidak terbeban termasuk sewaktu menguruskan jenazah.
Baca Artikel Berkaitan: Tak Cukup RM300, Tak Boleh Urus Jenazah Bayi
Waris terpaksa meminjam gara-gara masjid kenakan bayaran untuk solat jenazah
Pun begitu, baru-baru ini tular pula di media sosial mengenai sebuah masjid di Kedah yang didakwa mengenakan bayaran untuk solat jenazah sehingga menyebabkan waris si mati terpaksa meminja bagi menampung kos berkenaan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Mr Wan Cai Official, isu mengenai amalan pemberian upah bagi solat jenazah bukanlah perkara baharu.
Menurut Wan Cai yang juga Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), isu berkenaan juga telah beberapa kali dibangkitkan dan disuarakan olehnya kerana berpendapat menetapkan bayaran untuk solat jenazah adalah satu perkara yang tidak masuk akal.
Amalan yang patut ditinggalkan
Wan Cai berpendapat bahawa perkara itu hanyalah menguntungkan satu pihak sahaja kerana ianya membebankan waris si mati.
“Bagi saya, adat yang tidak bermanfaat harus ditinggalkan. Menguruskan jenazah seharusnya dilaksanakan atas dasar tanggungjawab dan ihsan sesama Muslim.
“Dari sudut hukum, solat jenazah merupakan fardu kifayah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam terhadap saudara seagama yang meninggal dunia.
“Tidak seharusnya solat jenazah disyaratkan dengan bayaran tertentu. Manusia kian kehilangan pedoman. Duit lebih penting daripada ganjaran pahala,” tulisnya.
Pemerhatian kami pada foto yang dikongsikan, jelas perkhidmatan solat jenazah dipercayai melibatkan 100 jemaah dicaj sebanyak RM5 sekepala menjadikan keseluruhannya bernilai RM500.
Ramai kecam dan persoal tindakan masjid kenakan bayaran untuk solat jenazah
Melihat ke ruangan komen, perkongsian mengenai perkara itu telah meraih perhatian ramai, di mana rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan pihak pengurusan masjid terbabit yang mengenakan upah bagi solat jenazah.
Kebanyakan netizen juga menyatakan bahawa upah pengurusan jenazah sememangnya perlu dibayar, namun tidak masuk akal hingga solat jenazah pun dikenakan bayaran.
Tidak hanya itu, ramai juga yang mempersoal ke manakah perginya duit masjid hasil kutipan derma dan sedekah orang ramai sehingga perlu mengambil upah bagi solat jenazah.




Baca Artikel Berkaitan: “Khas Buat Warga Wilayah Persekutuan” – Jawi Sedia Khidmat Pengurusan Jenazah Secara Percuma



