Tangisan Gembira Ibu Bapa Lihat Anak Tamat Pengajian Buat Ramai Sebak [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan ibu dan ayah kepada graduan, Nor Hasya sebak dan mengalirkan air mata apabila anak mereka berjaya menamatkan pengajian dan membawa segulung ijazah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sesiapa sahaja yang bergelar ibu bapa pasti sentiasa berdoa dan mahu melihat kejayaan anak dalam kehidupan mereka.
Malah mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan dapat membesarkan dan memberikan pelajaran yang terbaik buat anak sehingga ke menara gading.
Tak dinafikan melihat setiap kejayaan yang dicipta oleh anak adalah perkara yang paling bahagia buat mereka.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hidap Kanser Limfoma & 22 Kali Kemoterapi, Wanita Tak Putus Asa Tamatkan Pelajaran Jadi Cikgu [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Dr Asyraf Wajdi Tawar Anak Pakcik Jual Air & Jaga Isteri Strok Masuk GiatMARA Belajar Bakeri [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kekurangan Bukan Alasan Untuk Berjaya, Ramai Bangga Lihat Graduan OKU UniSZA Tamat Belajar [Video]
Ibu bapa sebak lihat anak berjaya genggam ijazah
Baru-baru ini sepasang suami isteri sebak apabila melihat anak perempuan mereka berjaya menamatkan pengajian ijazah dengan jayanya.
Menerusi video yang dikongsikan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di TikTok, awalnya kelihatan si ayah yang memakai baju batik mengesat air matanya sewaktu berada di dalam dewan.
Apabila keluar sahaja daripada dewan usai majlis penyerahan sijil kepada pelajar kelihatan anak perempuannya, Nor Hasya Najwa Ayob memeluk ayah yang masih menangis kegembiraan melihat kejayaan anaknya.
Ibu turut kongsi cabaran dihadapi ketika anak masuk belajar
Si ibu turut mengucapkan kata syukur dan menceritakan serba sedikit cabaran yang dihadapi sewaktu Hasya melanjutkan pelajaran.
“Alhamdulillah. Masa mula-mula dapat tahu dia diterima masuk UMPSA kita memang gembira lah. Mak mana yang tak suka anak dapat masuk universiti kan. Sewaktu dia (Hasya) masuk ia adalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) jadi belajar daripada rumah.
“Adalah dalam sebulan dia cuba belajar dari rumah, online. Lepas tu dia rasa down, dia putus asa. Dia nak keluar daripada UMPSA, saya puas pujuk dia. Sebulan dia tak keluar rumah, makan tak, semua tak.
“Saya pujuk jangan jadi seperti ibu, ibu nak belajar tak boleh sebab ibu orang susah. Saya pujuk habiskan belajar,” katanya.
Tak nak anak jadi seperti ibu, mahu lebih berjaya dan tamat belajar
Malah si ibu turut mengatakan dia tidak mahu Hasya menjadi sepertinya yang bekerja kilang dengan gaji bulanan yang rendah.
Katanya dia bersyukur apabila anak meneruskan pengajian kerana dia dan suami boleh mencari rezeki untuk menanggung anak belajar.
Bukan hanya itu, si ibu turut menceritakan kerisauannya terhadap kesihatan Hasya disahkan positif Covid-19 apabila kembali masuk ke kolej. Malah sebagai ibu bapa mereka membekalkan pelbagai jenis ubat yang diperlukan oleh si anak.
Si ibu turut menyifatkan dia berasa lega apabila akhirnya graduan dari Fakulti Kejuruteraan Teknologi Awam itu berjaya menamatkan pengajian dan bergelar jurutera.
Ayah tak dapat habiskan belajar kerana faktor kewangan
Si ayah turut mengatakan dia juga datang daripada keluarga yang susah dan tidak dapat meneruskan pengajian kerana faktor kewangan. Katanya dia hanya dapat belajar sehingga ke tingkatan enam.
Jelas si ayah dia pernah memasuki universiti sebagai pelajar diploma pengajian Islam namun tidak dapat menghabiskannya kerana menggunakan wang sendiri.
“Tangisan ibu dan ayah mengiringi kejayaan Hasya, graduan Fakulti Teknologi Awam apabila cinta hati mereka kini bergelar jurutera.
“Bertambah sayu mengingatkan cita-citanya yang pernah terhenti di tengah jalan akibat kemiskinan. Namun kini impian seorang ayah akhirnya menjadi kenyataan apabila anaknya berjaya menggenggam sekeping ijazah aset paling berharga sebagai bukti kegigihan dan usaha keras menuntut ilmu di menara gading untuk dikongsi bersama insan tersayang,” kata UMPSA di ruang kaspyen.
@umpsamalaysia Tangisan ibu dan ayah mengiringi kejayaan Nor Hasya Najwa binti Ayob, graduan Fakulti Kejuruteraan Teknologi Awam, apabila cinta hati mereka kini berjaya bergelar jurutera. Bertambah sayu mengingatkan cita-citanya yang pernah terhenti di tengah jalan akibat kemiskinan. Namun kini, impian seorang ayah akhirnya menjadi kenyataan apabila anaknya berjaya menggenggam sekeping ijazah aset paling berharga sebagai bukti kegigihan dan usaha keras menuntut ilmu di menara gading untuk dikongsi bersama insan tersayang. #KonvokesyenUMPSA #MKK20 #umpsamalaysia #fyp #ibuayah
♬ original sound – UMPSA Malaysia – UMPSA Malaysia
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Bagi Jambangan Duit Untuk Ibu Bapa Ketika Konvokesyen Kerana Ingin Balas Jasa [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Tabik Hormat Ibu Bapa Selepas Tamat Latihan Polis Buat Ramai Sebak [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Graduan Anggarkan Gaji ‘Fresh Graduate’ Sekitar RM3,000-3,500 Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Ramai sebak dan ucap tahniah
Melihat di ruangan komen, ramai yang turut berasa sebak apabila melihat tangisan gembira ibu dan ayah Hasya dengan kejayaan dikecapi anaknya.
Tidak kurang juga ada yang memberikan nasihat agar Hasya bekerja dengan baik dan membahagiakan ibu serta ayahnya.
Ada juga yang menyifatkan tangisan ibu bapa atas kejayaan yang dikecapi adalah perkara yang boleh dibanggakan.
“Lihatlah wahai anak-anak kebahagian yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Mak ayah dulu yang paling gembira bila melihat anak dia naik ke pentas menerima segulung ijazah”

“Jangan pernah lupa kita sampai tahap ni semua atas pengorbanan ibu bapa dan doa ibu bapa. Jadi bahagiakan lah ibu ayah dan diri sendiri dulu”

“Alhamdulillah tahniah dik banggakan ibu ayah”




