fbpx
Now Reading
Pelancong China Dikecam Gara-gara Lukis Panda, Rupanya Pencipta Mural Sudah Beri Kebenaran

Pelancong China Dikecam Gara-gara Lukis Panda, Rupanya Pencipta Mural Sudah Beri Kebenaran

Menurut pelukis mural, Zhou Huaxing, beliau sendiri yang menjemput pelancong itu, Shen Shishi untuk melukis panda pada mural terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, seorang pelancong dari China telah mencetuskan kemarahan ramai selepas tular di media sosial satu video yang memaparkan wanita itu melukis seekor panda pada mural terkenal ‘Girl on Scooter’ di Jeti Chew, Pulau Pinang.

Kebanyakan orang beranggapan wanita terbabit tidak menghormati hasil seni tersebut dan melukisnya tanpa kebenaran pemilik asal mural.

Susulan daripada perkara itu, pencipta mural berkenaan telah tampil memberi penjelasan mengenai insiden tersebut dan menjelaskan bahawa ia hanyalah satu salah faham.

Owner mural yang jemput wanita terbabit untuk lukis panda

Menurut WeirdKaya yang memetik Sin Chew Daily, pelukis mural berkenaan, Zhou Huaxing berkata, beliau sendiri yang menjemput pelancong itu, Shen Shishi untuk melukis panda pada mural itu.

“Saya ternampak hasil karya Shen di Xiaohongshu dan mendapati ia kreatif, jadi saya menjemputnya untuk menambah sentuhan gayanya pada mural itu.

“Saya sebenarnya seorang peniaga kereta, tetapi saya mempunyai minat yang mendalam terhadap seni dan saya juga memberitahu Shen bahawa dia patut menumpukan pada lukisan panda bagi membina reputasinya,” katanya.

Tambahnya lagi, sebelum Shen pulang semula ke tanah airnya, mereka sempat makan malam bersama dan berkongsi idea seni.

Kakak Zhou tak tahu adik ada ‘deal’ dengan Shen untuk lukis panda pada mural

Kakak Zhou turut memberi penjelasan dari pihaknya, dengan mendedahkan bahawa dia tidak mengetahui tentang persetujuan antara adiknya dan wanita dari China itu.

“Seorang jiran memaklumkan bahawa ada seseorang sedang melukis di dinding, dan saya segera menghubungi abang saya. Namun, dia memberitahu supaya saya membiarkan Shen meneruskan.

“Akhirnya, kami menyelesaikan insiden itu dengan baik dan Shen menghadiahkan saya serta abang saya magnet peti sejuk berbentuk panda sebagai cenderamata,” katanya lagi.

Zhou pada masa sama turut mengakui tidak menyangka ia akan menimbulkan kontroversi berhubung penularan video berkenaan.

Susulan itu, beliau menyeru agar netizen berhenti mengkritik Shen sambil menegaskan bahawa ia hanyalah salah faham selain menyatakan bahawa lukisan panda yang dibuat oleh wanita itu sebenarnya telah menarik lebih ramai pengunjung ke sana.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.