Ibu Terkejut Jumpa RM767 Dalam Beg Sekolah, Rupanya Anak Kumpul Duit Belanja Diberi
Difahamkan, wang berkenaan telah dikumpul oleh kanak-kanak terbabit selama setahun di mana setiap hari ibunya akan memberi duit belanja sebanyak RM15.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak kecil lagi, kebanyakan daripada kita sudah dilatih untuk belajar menabung dan berjimat cermat agar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab terhadap wang.
Malah, amalan menabung juga melatih anak merancang masa depan dan mencapai matlamat kewangan.
Jadi tidak hairanlah jika generasi hari ini juga sudah mula belajar menabung dengan menyimpan baki lebihan wang perbelanjaan sekolah yang diberikan oleh ibu bapa mereka.
Ibu terkejut, anak rupanya kumpul duit belanja dalam beg sekolah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang wanita terkejut selepas mengetahui anaknya menyimpan wang perbelanjaan yang diberinya selama ini di dalam beg sekolah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Jeannie Soo mendapati sejumlah duit syiling dan wang kertas RM1, RM5, RM10, dan RM20 disimpan pada poket berzip di bahagian tepi beg sekolah berkenaan.
Dia kemudiannya mengambil wang-wang tersebut yang berada dalam keadaan tidak tersusun untuk menyusun dan mengira jumlahnya.
Wang dikumpul anak berjumlah RM767
Apa yang mengejutkan, nilai terkumpul ‘tabungan’ anaknya yang selama ini tidak diketahui itu berjumlah RM767.
Difahamkan, wang berkenaan telah dikumpul oleh kanak-kanak terbabit selama setahun di mana setiap hari ibunya akan memberi duit belanja sebanyak RM15.
“Tabung kecil anak saya, duit belanja harian RM15, Setahun dan simpan begitu banyak. Setiap hari bawa RM767 ke sekolah,” tulisnya di kapsyen.
Netizen puji sikap kanak-kanak itu pandai menabung
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap kanak-kanak itu yang pandai menabung dan berjimat cermat pada usia yang masih kecil.
Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang terkejut dengan wang perbelanjaan kanak-kanak itu sebanyak RM15 sehari.
Bagi mereka, jumlah tersebut agar besar jika dibandingkan dengan wang saku yang pernah diterima mereka sewaktu di bangku sekolah dahulu.
Namun, sebahagian individu berpendapat bahawa nilai RM15 itu tidak lah terlalu besar dengan mengambil kira harga makanan dan minuman pada masa kini.






