fbpx
Now Reading
Maybank Hadkan Akses Pengguna, Hanya Android 13 & iOS 18 Ke Atas Dapat Ciri Penuh MAE

Maybank Hadkan Akses Pengguna, Hanya Android 13 & iOS 18 Ke Atas Dapat Ciri Penuh MAE

Menurut Maybank, versi pelayar web dan OS yang lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan penting menjadikannya lebih terdedah kepada risiko seperti kebocoran data, malware dan akses tanpa kebenaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Maybank akan mula mengehadkan akses secara berperingkat ke laman sesawang dan aplikasinya bagi pelayar web dan sistem operasi mudah alih (OS) yang tidak lagi disokong.

Menerusi satu kenyataan pada 7 November lalu, Maybank berkata langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan mereka untuk memberikan para pelanggan pengalaman perbankan dalam talian (online) yang selamat dan lancar.

Laman web dan aplikasi tersebut adalah:

  • Maybank2u
  • MAE
  • M2U Biz
  • M2E

Pelayar web dan OS lama tak lagi terima kemas kini keselamatan penting

Menurut Maybank, versi pelayar web dan OS yang lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan penting menjadikannya lebih terdedah kepada risiko seperti kebocoran data, malware dan akses tanpa kebenaran.

“Bagi memastikan pengalaman perbankan dalam talian anda kekal selamat dan tidak terganggu, kami amat menggalakkan anda untuk mengemas kini pelayar web serta OS kepada versi terkini yang disokong.

Berkongsi lanjut, bank berkenaan berkata pelaksanaan kemas kini akan dijalankan secara berfasa bermula dengan versi pelayar web dan OS bagi memastikan peralihan berjalan lancar.

Hanya Android 13 dan iOS 18 ke atas dapat akses penuh

Menurutnya lagi, hanya telefon pintar yang memiliki sistem OS versi Android 13 dan iOS 18 ke atas akan menikmati akses penuh di aplikasi MAE, M2U Bizz serta M2E.

Manakala peranti bagi versi Android 11, Android 12, iOS 16 dan iOS 17 akan terus mendapat akses aplikasi MAE, namun untuk keselamatan tambahan, had transaksi harian yang lebih rendah akan dikenakan.

Akses akan dihentikan pada peranti yang menjalankan sistem OS versi Android 9 dan iOS 15 ke bawah.

Akses ke laman sesawang Maybank2u, M2U dan M2E juga akan dihentikan pada versi pelayar lama di bawah:

  • Opera Version 116 dan ke bawah
  • Microsoft Edge (Windows) versi 133 dan ke bawah
  • Chrome (Windows) versi 133 dan ke bawah
  • Mozilla Firefox (Windows) versi 134 dan ke bawah
  • Safari (Apple) versi 17 dan ke bawah
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.