fbpx
Now Reading
Kerap Main Phone Antara Penyebab! Pakar Kongsi Punca Anak Lemah Matematik [Video]

Kerap Main Phone Antara Penyebab! Pakar Kongsi Punca Anak Lemah Matematik [Video]

Menurut pakar psikologi Amirul Ramli, seseorang perlu mempunyai memori kerja (working memory) yang kuat untuk hebat dalam subjek matematik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

“Mata pelajaran kegemaran saya Matematik!”

Amat jarang sekali untuk kita mendengar ayat ini daripada murid sekolah. Selalunya bila ditanya, subjek matematik mesti antara yang paling kurang digemari.

Subjek ini juga yang biasanya akan diambil di kelas tambahan atau tusyen sebab susah betul nak dapat gred A!

Kadangkala ibu ayah sendiri angkat bendera putih nak ajar anak-anak matematik, apatah lagi dengan pelbagai jalan kerja dan formula berbeza yang harus dihafal.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mahu Kanak-Kanak Power Matematik, Pelakon Ungku Ismail Bangunkan Aplikasi Power Congak

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Cipta Sejarah Di Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa 2024, Kesemua Wakil Negara Terima Pingat

Baca Artikel Berkaitan: “Lain Macam Craving” – Ibu Hamil Nak Join Kelas Matematik Buat Tutor Ini Terkejut

Working Memory Kuat Penting Untuk Selesaikan Masalah Matematik

Tapi kenapa sebaliknya, ada pula individu yang betul-betul pandai menyelesaikan masalah matematik? Petik jari sahaja terus siap.

Menurut pakar psikologi Amirul Ramli, mempelajari subjek matematik sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan fungsi mental individu.

Menerusi hantaran di TikTok (@amirul.ramli), dia turut berkongsi satu video yang tular sebelum ini apabila seorang bapa berasa kecewa kerana anaknya gagal matematik walaupun setelah dia mengajar sendiri selama hampir setahun.

Katanya untuk seseorang hebat dalam subjek matematik, dia perlu mempunyai memori kerja (working memory) yang kuat.

“Bahagian otak ini yang simpan nombor dan operasi sementara anda tengah buat langkah seterusnya,” jelasnya.

Memori Kerja Terkait Dengan Tahap Dopamin Dalam Otak

Tambah Amirul lagi, memori kerja yang lemah pula akan membuatkan seseorang berasa bingung ketika menyelesaikan masalah matematik, walaupun topik itu baru sahaja dipelajarinya.

Memetik satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature Communications, dia menjelaskan bahawa individu dengan tahap dopamin pada bahagian striatum otak (striatal dopamine) tinggi mampu menggunakan memori kerja dengan lebih pantas.

Keadaan ini juga dapat membantunya untuk berusaha dalam menyelesaikan tugasan yang mencabar seperti masalah matematik.

Di samping itu, kajian sama juga mendapati striatal dopamine dapat meningkatkan pembelajaran pengukuhan (reinforcement learning).

Gambar sekadar hiasan.

Pendedahan Kepada Kandungan Digital Boleh Buatkan Anak Susah Fokus

Amirul bagaimanapun berkata murid sekolah mahupun pelajar institusi pendidikan tinggi pada masa kini telah mengalami kerosakan dopamin akibat stimulasi digital yang berterusan.

“Main game, skrol media sosial. Rangsangan kenikmatan tu nak cepat. Tengok anime, drama, filem berjam-jam, itu semua hijack sistem dopamin,” ujarnya.

Oleh yang demikian, otak mereka akan dibanjiri dopamin (dopamine overload) yang disebabkan oleh keseronokan segera atau ganjaran jangka masa pendek yang diterima.

Situasi ini kemudiannya akan menyebabkan tahap dopamin jatuh menjunam (dopamine withdrawal) dan memberi kesan buruk terhadap memori kerja, sekali gus membuatkan otak sukar untuk fokus.

“Bila belajar benda-benda yang perlahan macam matematik ni, tambah pula kurang aktiviti fizikal, tahap asas (baseline) dopamin ni pun menurun. Akhirnya anak mula give up,” katanya.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Kenal Pasti Tanda-Tanda ‘Dopamine Overload’ Pada Anak

Sebenarnya, dopamine overload boleh dikenal pasti menerusi tanda-tanda yang ditunjukkan oleh seseorang.

Jika anak anda kerap terdedah kepada media sosial, awasi tanda-tanda berikut:

  • Sukar untuk fokus.
  • Kerap mencari stimulasi baharu.
  • Susah rasa puas hati dengan perkara mudah.
  • Terlalu banyak fikir (overthinking) dan kegelisahan (anxiety).
  • Tidur tidak berkualiti.
  • Malas lakukan aktiviti yang produktif.
  • Mengalami ‘mood swing’ melampau.

Masalah dopamin berlebihan bukan sahaja boleh mengganggu fokus dan produktiviti anak-anak, tetapi juga emosi dan kegembiraan mereka.

Kadar dopamin tidak dikawal juga boleh menyebabkan seorang individu tersekat dalam satu kitaran untuk terus mencari stimulasi.

Antara Punca Lain Kanak-Kanak Lemah Matematik

Selain daripada masalah berkaitan fokus, sesetengah kanak-kanak juga mungkin sukar mempelajari matematik kerana mengalami masalah yang dikenali sebagai diskalkulia.

Menurut pakar psikologi pendidikan Dr Julie Safri, kanak-kanak yang mengalami diskalkulia sukar memahami konsep asas nombor dan masih keliru walaupun setelah melakukan banyak latihan.

Apa yang membezakan kanak-kanak diskalkulia dengan mereka yang lemah matematik adalah penghidap diskalkulia tidak nampak hubungan antara nombor atau berdepan kesukaran mengenal susunan nombor/ simbol dalam soalan.

Di samping itu, memetik American Academy, pakar psikologi kognitif dan perkembangan Dr Daniel Berch berkata terdapat juga faktor luaran yang boleh menyebabkan kanak-kanak lemah matematik. Antaranya:

  • Kerap tidak hadir ke sekolah.
  • Kerap berpindah sekolah.
  • Kekangan bahasa.
  • Masalah di rumah.

Dan jangan tak percaya, ada juga individu yang mengalami masalah kegelisahan matematik (math anxiety) atau dalam bahasa mudahnya rasa cemas ketika menyelesaikan masalah matematik.

Menurut Centre for Neuroscience in Education, University of Cambridge, mereka yang mempunyai masalah ini akan berasa tertekan sehingga mengganggu keupayaan untuk menyelesaikan masalah matematik sama ada di sekolah ataupun kehidupan harian.

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Tonton Media Sosial? Awasi Tujuh Tanda ‘Dopamine Overload’ Ini

Baca Artikel Berkaitan: Anak Sukar Fokus Belajar? Ibu Ayah Boleh Tukar Kepada Teknik Diamalkan Pelajar Cina Ini!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Psikologi Jelaskan Kenapa Ramai Remaja Masa Kini Gagal Kawal Emosi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.