Ingatkan Gas Bocor, Bomba Datang Rumah Selepas Rakyat Malaysia Makan Durian Dalam Apartmen Di Paris [Video]
Menurut wanita berkenaan, bomba turut memanggil individu daripada syarikat yang menyalurkan gas di bangunan itu untuk membuat pemeriksaan sekiranya ada kebocoran gas berlaku.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Di Malaysia durian digelar sebagai raja buah dan ia sering mendapat tempat istimewa di hati kebanyakan masyarakat.
Walaupun durian mempunyai rasa yang berbeza-beza seperti lemak, manis, dan pahit mengikut jenisnya tersendiri namun apabila tiba sahaja musimnya pasti ramai yang akan mencari buah ini.
Bukan hanya itu ada juga yang sanggup berhabis ratusan ringgit demi mendapatkan durian yang berkualiti dan rasa yang sedap.
Meskipun sedap namun buah durian ini dilarang dibawa di segelintir tempat seperti hotel, tempat penginapan, di dalam kapal terbang dan banyak lagi. Ini kerana durian mempunyai bau gas yang kuat dan boleh mengganggu individu lain.
Rakyat Malaysia kongsi momen makan durian di Paris
Baru-baru ini, pasangan suami isteri rakyat Malaysia yang menetap di Paris di telah berkongsi momen melucukan ketika mereka menikmati buah tempatan tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Faroy di TikTok, awalnya kelihatan si suami membuka satu bungkusan buah durian yang sudah siap dikupas isinya.
Kelihatan mereka menikmati durian tersebut dengan pulut berserta santan yang juga merupakan salah satu cara orang Malaysia menikmati buah berkenaan.
Bukan hanya itu, si suami turut dilihat meletakkan sedikit gula pada hidangan pencuci mulut itu sebelum menikmatinya.
Sebaik memasukkan makanan tersebut ke dalam mulut kelihatan dia begitu menikmati kesedapan rasa makanan itu.
Tiba-tiba bomba datang kerana bimbang ada kebocoran gas
Namun apa yang mencuri tumpuan, tidak lama selepas mereka menikmati durian tersebut secara tiba-tiba muncul anggota bomba di rumah mereka.
Bomba berkenaan bertanya adakah mereka ada terbau gas di dalam rumah terbabit bahkan anggota itu turut memasuki pintu rumah untuk membuat pemeriksaan.
“Bomba terus mencari mana datang macam gas dekat tingkat rumah kita orang ni. Maaf lah jiran-jiran ku,” kata Faroy.
Bau gas yang dicari itu dipercayai bau datang daripada durian yang dinikmati oleh mereka.
“Kecoh satu bangunan bila orang Malaysia makan durian dalam rumah. Satu pasukan bomba datang cari mana datang punca bau gas (durian),” ujarnya di ruang kapsyen.
@faroy Kecoh satu bangunan bila org malaysia makan durian dlm rumah… satu pasukan bomba dtg nk cari mne dtg punca bau gas (durian) 😅 #fyppppppppppppppppppppppp #durian #viral #malaysia
♬ original sound – FroyJall – FroyJall
Siap panggil syarikat gas untuk buat pemeriksaan kebocoran gas kerana berbau
Di ruangan komen, Faroy memaklumkan selepas bomba tidak menjumpai punca bau gas tersebut, mereka memanggil syarikat yang menyalur gas pada bangunan terbabit untuk membuat semakan.
Hasil semakan menggunakan alat meter gas menunjukkan kosong bermaksud tiada kebocoron gas dan sebagainya.

Di ruangan komen, turut ada yang bertanya siapakah yang membuat laporan mengenai perkara itu, Faroy memaklumkan jiran di tingkat enam kerana mereka duduk di tingkat dua.
Tidak kurang ada yang berkongsi pernah berdepan dengan situasi sama sewaktu berada di Perancis apabila jiran sebelah rumah membuat laporan selepas dia membakar belacan di dapur. Mereka mengatakan terdapat bau mayat busuk.
Ada yang bertanya dari mana mereka dapat membeli buah durian kerana berada di Paris, Faroy memaklumkan ia ada dijual di kawasan China Town.
Pada 2018, hampir lima ratus orang pelajar dan pensyarah di sebuah kolej di Melbourne, Australia terpaksa dipindahkan selepas orang ramai panik dengan bau gas yang tiba-tiba muncul.
Difahamkan tindakan itu diambil atas faktor keselamatan kerana perpustakaan di dalam universiti popular itu menyimpan banyak bahan kimia yang berbahaya.
Namun bau gas tersebut sebenarnya hanyalah bau durian.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh…Bau Durian Disangka Gas Bocor
BACA ARTIKEL BERKAITAN: 12 Orang Jatuh Sakit Di Jerman Gara-Gara Terbau Durian
“Teringat kes dulu dekat France, tengah bakar belacan dekat dapur. Jiran sebelah rumah buat laporan, katanya ada bau mayat busuk. Padahal member tengah bakar belacan. Bahaya betul.”

“Sebenarnya gas Liquid Petroluem Gas (LPG) atau gas memasak asalnya tak ada bau. Kalau ada kebocoran gas susah nak kesan, tahu-tahu meletup macam kes dekat Putra Height. Jadi untuk keselamatan LPG akan dicampur dengan compound yang berbau dan bau compound tu sama macam bau durian musang king”

“Lepas ni pek pulut dengan santan makan dekat luar kak picnic makan pulut durian. Agaknya kalau masak bubur kacang hijau dengan durian lagi bau semerbak satu taman”

“Pernah dulu naik bas nak balik kampung dari Johor Bahru ke Muar. Entah mana dia belajar bawa durian dalam bas. Sudahnya ramai yang pening siap ada yang termuntah sekali sebab mabuk bau durian dalam bas. Akhirnya pemandu bas berhenti dekat tepi mujur belum masuk lebuh raya..”




