“Teh Ais Sampai RM7?!” – Harga Minuman & Makanan Mahal Di Food Festival Jadi Topik Hangat Netizen
Betul ke pengunjung di food festival semakin berkurangan sebab harga makanan dan minuman yang mahal?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kalau anda perasan, sesetengah penduduk tempatan sangat gemar menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pada setiap hujung minggu sebagai contoh acara preloved, jualan car boot, pesta buku, ekspo kucing dan lain-lain.
Antara event popular yang ‘wajib’ dianjurkan termasuklah food festival memandangkan ramai rakyat Malaysia sangat menggemari makanan.
Bagaimanapun, budaya food festival kini semakin kurang diminati ramai atas beberapa faktor tertentu.
Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Dekat Mall” – Netizen Persoal Harga Makanan Di Food Festival Sangat Mahal
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dulu Sate, Kini Nasi Lemak Jadi Rebutan Pengunjung Food Festival Di China
Baca Artikel Berkaitan: “Mana Pergi Snek Murah?” – Wanita Nigeria Kecewa Makanan Di Pasar Malam Malaysia Semakin Mahal
Lelaki Tak Nak Support Food Festival Kerana Minuman Yang Didakwa Mahal
Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Shafiq menerusi hantaran di laman Threads telah meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui harga minuman yang dijual di sebuah festival makanan.
Jelasnya, harga secawan teh ais yang mencecah RM7 adalah terlampau mahal.
“Merepek food festival ni air teh ais sampai RM7?! Maaf tak mampu nak support lokal.”
Kebiasaannya, anda boleh dapatkan secawan teh ais berharga dalam lingkungan RM2-RM5 di restoran biasa ataupun dari kedai mamak.
View on Threads
Ramai Setuju Harga Minuman Di Food Festival Mahal
Hantaran tersebut kemudiannya telah mendapat perhatian ramai pengguna Threads.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Syafiq bahawa makanan dan minuman dijual di food festival adalah sangat mahal dan kadangkala tidak berbaloi dengan harganya.
“RM6 pun mahal. Air dah la tawar. Lepas tu iklan kata teh ais ‘kaw kaw’. Tak ‘kaw’ pun,” kata seorang wanita.
“Air RM10, tapi ceroi (cair),” ujar seorang lagi individu.
“Pasar malam RM3 je,” ujar seorang warganet.
Malah jenama luar seperti Mixue dan Ai Cha jauh lebih murah.
“Lepas tu bila kita beli Mixue, Ai Cha, mula la ada peniaga kata tak sokong lokal. Air dekat sana semurah RM3 dah boleh dapat. Beli RM6 dapat dapat dua cawan,” tambah seorang lagi individu.

Sumber: Facebook
Baca Artikel Berkaitan: Harga Sebekas Gula-gula Kenyal RM57 Di ‘Food Festival’ Raih Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: “Dia Jual Angin Ke!?” – Gula-gula Paras Suku Cawan Harga RM8.40 Buat Ramai Tergamam
Makanan Pelik Pun Jadi Punca Orang Ramai Mula Boikot Food Festival
Sementara itu, ramai juga yang berkata mereka sudah berhenti menjejakkan kaki ke mana-mana penganjuran food festival disebabkan faktor berkenaan.
“Pernah pergi food festival sekali je. Ingat nak beli makanan banyak-banyak. Tapi akhirnya tak jadi beli apa-apa pun. Air pun sampai RM7. Nak beli nasi ayam berempah sampai RM27. Last-last pergi kedai mamak, kenyang juga,” luah seorang gadis.
Makanan yang kurang berkhasiat juga antara punca mengapa orang ramai tidak lagi mengunjungi pesta makanan ini.
“Mari kita berhenti sokong food festival macam ni. Entah apa-apa semua benda nak letak keju. Makanlah makanan sebenar demi kenyang dalam tempoh masa lama dan berkhasiat,” ujar seorang lelaki.
Baca Artikel Berkaitan: PHM Gesa Hentikan Trend Makan ‘Cheese Leleh’, Perangkap Yang Boleh Jejaskan Kesihatan
Peniaga Terpaksa Letak Harga Mahal Kerana Caj Tapak Tinggi?
Namun begitu, ada juga segelintir individu berpendapat bahawa sesetengah peniaga mengenakan harga tinggi kerana kos sewa tapak perniagaan yang dikatakan mahal oleh pihak pengurusan.
“Pernah tanya beberapa peniaga food festival, sewa tapak tiga hari bayar RM2,000-RM5,000. Kalau khemah panjang tu RM1,200 sehari,” dakwa seorang netizen.



Baca Artikel Berkaitan: Harga Kopitiam Tradisional Dijangka Meningkat Bermula 1 Januari 2022
Harga Pasar Malam Juga Didakwa Sudah Semakin Mahal
Ada yang berkata pasar malam adalah lebih baik berbanding food festival. Tetapi betul ke kenyataan itu?
Sebelum ini, seorang content creator Nigeria yang tinggal di Malaysia dikenali sebagai Claire berkongsi pandangannya tentang situasi pasar malam di negara ini. Jelasnya, ‘vibe’ dan budaya pasar malam ini sudah berubah dengan ketara berbanding dengan dahulu yang jauh lebih murah.
Selain itu, suasananya sudah tidak setaraf dengan konsep pasar malam yang sepatutnya meriah, santai dan mesra poket bagi semua lapisan masyarakat.
“Harga barangan pula melampau, seakan-akan seperti di pasar raya. Coklat dan kek keju (cheesecake) perlahan-lahan gantikan karipap. Shawarma pula gantikan roti,” luah Claire.

Sumber: Gem Car
Apa pendapat korang?
Baca Artikel Berkaitan: “Mana Pergi Snek Murah?” – Wanita Nigeria Kecewa Makanan Di Pasar Malam Malaysia Semakin Mahal



