fbpx
Now Reading
“Saya Nak Minta Maaf” – Lelaki Dipuji, Tampil Mengaku Pernah Baling Telur Dekat Tomok [Video]

“Saya Nak Minta Maaf” – Lelaki Dipuji, Tampil Mengaku Pernah Baling Telur Dekat Tomok [Video]

Lelaki terbabit mengakui bahawa dia dahulu tidak menggemari Tomok semasa penyanyi itu menjadi vokalis kumpulan New Boyz.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai seorang manusia, kita semua tidak akan pernah dapat lari daripada melakukan kesilapan terutamanya ketika muda atau remaja.

Namun, sudah menjadi lumrah kebanyakan orang akan mula menyedari kesilapan lampau dan berubah menjadi insan yang lebih baik setelah dewasa.

Malah, ada juga yang sanggup memberanikan diri bertemu dengan seseorang yang pernah dia berbuat salah suatu ketika dahulu untuk memohon maaf.

Lelaki berani tampil mengaku pernah buat silap kepada Tomok

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berani tampil di atas pentas dan mengakui kesilapannya dahulu kepada penyanyi Tomok disaksikan para penonton.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mevent4, lelaki itu dipercayai dibawa naik ke pentas kerana keriuhannya semasa Tomok sedang membuat persembahan di My Event Food Fest di Melaka pada 8 November lalu.

Ketika Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail menanyakan beberapa soalan kepada lelaki itu di atas pentas, timbul pula satu pendedahan yang dibuat oleh lelaki berkenaan.

Lelaki itu antara individu terlibat dalam tragedi Tomok dibaling telur, tampil mohon maaf

Lelaki terbabit mengakui bahawa dia dahulu tidak menggemari Tomok semasa penyanyi itu menjadi vokalis kumpulan New Boyz.

Malah dia turut menyatakan bahawa dia adalah antara individu yang terlibat dalam tragedi Tomok dibaling telur semasa melakukan persembahan di Mahkota Parade, Melaka lebih 25 tahun yang lalu.

“Saya mengaku saya sebenarnya penentang Tomok. Itu dulu, dulu, masa (Tomok) ada rambut dan di Mahkota (Mahkota Parade) sayalah orangnya, jadi saya nak minta maaf hari ini,” kata lelaki itu.

Dulu benci Tomok sekarang support Tomok

Menurut lelaki itu, isterinya merupakan salah seorang daripada peminat tegar Tomok dan dia amat menghormatinya. Susulan itu, dia membawa isteri serta anak-anaknya ke acara berkenaan untuk memberi sokongan kepada pelantun lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ itu.

Untuk info, band New Boyz pada awal kemuculan dahulu amat digilai oleh para wanita sehingga menyebabkan ada segelintir lelaki yang berasa cemburu dan sanggup membuat perbuatan khianat seperti membaling batu dan telur semasa kumpulan itu membuat persembahan.

Tomok pada masa sama turut menerima permohonaan maaf lelaki berkenaan dan mengakui bahawa kejadian berkenaan adalah sejarah hitam dalam hidupnya.

“Tapi bagi saya, saya jadikan ia sebagai satu kenangan lah. Benda dah lepas dan kita pun semakin berumur. Saya pun nak minta maaf jika ada melukai hati abang (waktu itu),” ujar Tomok.

@myevent4 Tahniah bang kerana Berani untuk mengaku pernah baling telur di kepala Tomok satu masa dulu sebb Tomok handsome sgt ramai perempuan minat.🤣🤣 Apapun tu satu kenangan dan telah dimaafkan.. #myevent #GempakMelaka #lotuschengmelaka #FestivalMakanan #padu ♬ original sound – MY EVENT

Ramai puji keberanian lelaki itu akui salah dan mohon maaf

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji keberanian lelaki berkenaan untuk mengakui kesilapannya dan memohon maaf di hadapan Tomok.

Tidak hanya itu, ada juga beberapa pengguna TikTok yang mendakwa mereka juga berada di tempat kejadian semasa insiden itu berlaku.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.