Ramai Kagum Lihat Lelaki Hasilkan Potret Sultan Kedah Atas Kain Songket, Siap Bertatahkan Swaroski [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pelukis membuat potret Sultan Kedah dengan penuh teliti sehingga ia dilihat seperti foto sebenar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Seni melukis bukanlah satu kemahiran yang mudah untuk dimiliki, sebaliknya bakat setiap individu yang memilikinya perlu diasah.
Namun latihan yang dilakukan sentiasa dengan melukis perkara yang disukai pastinya tidak akan mengkhianati hasilnya apabila lukisan semakin hari menjadi semakin cantik dan membuatkan orang ramai kagum.
Bahkan ada yang menjadikan bakat dan kemahiran dalam lukisan sebagai pekerjaan dan mendapat ribuan ringgit serta penghargaan hasil daripada lukisannya.
Lukisan potret Sultan Kedah raih perhatian
Baru-baru ini seorang pelukis yang dikenali sebagai Wisyi atau nama penuhnya, Muhammad Darwisyi Mustafani telah menjadi perhatian di media sosial apabila berkongsi perjalanannya menyiapkan lukisan portret di atas kain songket.
Menerusi video yang dikongsikan di Thread, awalnya kelihatan Wisyi menggunakan kain songket berwarna hitam emas untuk melakar potret Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Dalam video itu kelihatan Wisyi awalnya menggunakan warna seperti putih di atas kain berkenaan untuk mewarnakan susuk tubuh potret berkenaan sebelum mula melukis wajah serta pakaian.
Kelihatan Wisyi melukis potret baginda Sultan Kedah lengkap dengan baju istiadat sambil memegang keris pada tangannya.
Apa yang menjadi perhatian, potret yang dilukis memaparkan wajah yang seiras persis seperti di dalam gambar.
Bahkan setiap ‘detail’ pada wajah dan baju dilukis dengan penuh teliti dan terperinci agar ia menghasilkan potret yang cantik.
Siap letak butiran swarovski pada lukisan, nampak ekslusif
Apa yang lebih menarik, Wisyi turut menghias kain songket tersebut dengan butiran swarovski yang secara tidak langsung menjadikannya begitu ekslusif.
Menurut Wisyi, lukisan potret itu merupakan lukisannya yang ketiga masuk ke dalam Istana.
“Lukisan saya yang ke-3 masuk ke dalam Istana. Saya lukis potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah atas songket bertatahkan swaroski.
“Menjunjung kasih KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah. Semoga lukisan patik ini dapat menghiasai dinding Istana Negeri Kedah,” katanya.
Pernah hasilkan lukisan potret Agong dan Raja Permaisuri serta Bunga Tanjung untuk Sultan Selangor
Sebelum ini, Wisyi juga pernah tular apabila melakarkan potret Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Selain itu, satu lagi lukisan memaparkan Bunga Tangjung turut menghiasi dinding Istana Alam Shah, Selangor.
Jelasnya lukisan Bunga Tanjung merupakan bunga rasmi negeri berkenaan. dan ia turut dihasilkan di atas songket sutera.
Selain itu, Wisyi turut menunjukkan hasil kreativitinya dengan bermacam jenis lukisan seperti pemandangan Kuala Lumpur, potret dan banyak lagi.
Malah kreativitinya itu tidak hanyar dizahirkan menerusi kain sebaliknya turut menjadikan cermin mata, televisyen sebagai kanvas dalam menghasilkan seninya.
Ramai puji dan kagum lihat lukisan potret seperti gambar sebenar
Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan bakat dan kecantikan lukisan potret yang dihasilkan oleh Wisyi.
Malah ramai yang memujinya dan menyifatkan ia satu bakat yang hebat dimiliki oleh Wisyi.
Ada juga menyifatkan lukisan tersebut dilihat seperti gambar sebenar dan seninya begitu halus.
“Gila, ultra realistic weh”

“Wah dasyatnya bakat dia.. Speechless lawa”

“Wisyi ni memang another level bah. Terus masuk istana tu”

“Fuh.. goosebumps!! MasyaAllah ni orang kata midas touch”




