Now Reading
Kes Pekerja Bertengkar Sebelum Disimbah Air Kopi, Ini Respon Zus Coffee

Kes Pekerja Bertengkar Sebelum Disimbah Air Kopi, Ini Respon Zus Coffee

Menurut Zus Coffee, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang sikap atau perilaku yang tidak menghormati komuniti kami.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak semalam (9 November) kecoh di media sosial video pertengkaran seorang barista syarikat kopi terkenal, Zus Coffee yang bertengkar bersama seorang pelanggan sebelum disimbah dengan air kopi.

Penularan video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan sikap biadap pelanggan berkenaan.

Namun apa yang mencuri tumpuan apabila tular dakwaan yang kononnya pekerja tersebut dibuang kerja sehingga timbul ugutan dan seruan untuk memboikot Zus sekiranya ia benar-benar berlaku.

View on Threads

Seorang wanita kemudiannya tampil menafikan yang Zusrista tersebut telah dibuang kerja. Sebaliknya dia masih bekerja di kafe berkenaan.

Malah seorang lagi wanita memaklumkan pekerja itu mengambil cuti rehat untuk membuat laporan polis.

Zus Coffee akan lakukan siasatan menyeluruh, sentiasa bersama pekerja

Terbaharu Zus Cofffee tampil memaklumkan pihaknya sedar mengenai insiden yang berlaku di salah sebuah cawangannya, semalam (9 November).

“Di Zus Coffee, semua kakitangan dan komuniti kami adalah nadi utama dalam setiap hal yang kami lakukan.

“Kami sedar akan kewujudan sebuah video yang tular di media sosial, melibatkan interaksi yang berlaku di salah sebuah cawangan kami semalam,” jelasnya.

Ekoran daripada insiden itu, pihak Zus Coffee telah mengambil tindakan sewajarnya untuk melakukan siasatan secara menyeluruh selain akan sentiasa bersama pekerjanya.

“Kami telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh dan sentiasa berada di sisi Zurista kami. Bekerja dalam industri perkhidmatan bukan mudah, dan perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku.

“Kita hanyalah manusia mencuba yang terbaik.”

Zus Coffee dalam masa sama turut menggesa semua pihak untuk:

  • Menghormati privasi mereka yang terbabit serta mengelakkan diri dari berkongsi mahupun menyiarkan semula video yang memaparkan individu yang terlibat tanpa kebenaran.
  • Mengelakkan diri dari menyebarkan kenyataan palsu untuk memastikan proses siasatan dilakukan secara telus dan adil.

Zus Coffee maklum pekerja tular sedang berehat dan pulihkan diri

Pihaknya turut memaklumkan pekerja yang tular itu sedang berehat serta memulihkan diri dari insiden yang berlaku.

“Kami berharap semua pihak dapat memberi ruang dan masa, sementara kami meneliti perkara ini dengan penuh perhatian.

“Di Zus, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang sikap atau perilaku yang tidak menghormati komuniti kami.

“Kami akan terus komited bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk semua,” katanya lagi.

Terdahulu tular video memaparkan pelanggan bertindak melemparkan air kopi ke arah kaunter sehingga menyebabkan kaunter kotor dan terkena pada pekerja yang sedang bertugas serta meninggikan suara.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.