Kenapa Kuku Jari Tangan Lagi Cepat Tumbuh Berbanding Di Kaki? Doktor Kongsi Sebabnya [Video]
Buat korang yang belum tahu, kuku kaki akan tumbuh sekitar 1.62 milimeter (mm) per bulan manakala kuku tangan pula tumbuh sekitar 3.47 mm per bulan jika normal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kuku merupakan antara bahagian pada tubuh badan yang penting terutamanya di tangan. Malah, daripada kuku juga boleh melihat tahap kesihatan seseorang.
Kebanyakan daripada kita juga amatlah menitik beratkan soal kebersihan kuku dengan memotongnya setiap seminggu atau dua minggu sekali agar tidak terlalu panjang.
Pun begitu, jika korang perasan, kuku jari tangan lebih cepat tumbuh dan kerap dipotong berbanding kuku di kaki. Mesti ada yang pernah terfikir dan tertanya-tanya sebabnya bukan?
Doktor jelaskan sebab kenapa kuku tangan lebih cepat tumbuh berbanding kaki
Susulan itu, seorang influencer dan pakar perubatan yang dikenali sebagai Dr. Kenneth Wong tampil berkongsi sebab mengapa kuku di tangan lebih cepat tumbuh berbanding di jari kaki.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Kenneth berkata, kuku di tangan dan kaki adalah daripada jenis protein yang sama iaitu keratin.
Kalau korang nak tahu, keratin ini ialah sejenis protein semula jadi yang membentuk komponen utama rambut dan kulit selain daripada kuku. Ia berfungsi untuk melindungi dan menguatkan bahagian-bahagian ini.
Jari tangan banyak bergerak dan saluran darah baik antara sebab kuku cepat tumbuh
Menurut Kenneth, sebab pertama adalah kerana saluran darah pada kuku tangan adalah lebih baik berbanding kuku kaki.
Jelasnya lagi, pergerakan yang kecil pada jari-jari tangan juga merangsang pertumbuhan kuku.
Beliau pada masa sama turut berkongsi bahawa faktor usia atau penyakit seperti kencing manis, tiroid atau kekurangan zat besi dan protein boleh memperlahankan pertumbuhan kuku.
@dr.kennethwongcf Kuku tangan tumbuh laju! #drkenneth #doktortiktok #keratin #kukukaki #kencingmanis ♬ original sound – Dr Kenneth Wong
Kuku jari kaki jarang terdedah trauma berbanding kuku jari tangan
Sementara itu, memetik laman web Hello Doktor pula, kuku jari kaki lambat panjang adalah kerana ia kurang terdedah kepada trauma berbanding kuku tangan.
Tabiat tidak sihat segelintir individu menghisap dan menggigit kuku tangan akan menyebabkan berlakunya trauma yang akan mempercepatkan proses pertumbuhan kuku.
“Ini adalah disebabkan kekerapan berlakunya trauma kepada kuku yang lantas akan jadi punca kadar sirkulasi darah di sekitar jari itu lebih laju berbanding kebiasaan,” tulisnya.
Kadar pertumbuhan kuku setiap bulan
Buat korang yang belum tahu, kuku kaki akan tumbuh sekitar 1.62 milimeter (mm) per bulan manakala kuku tangan pula tumbuh sekitar 3.47 mm per bulan jika normal.
Jika kuku pada jari kaki korang tercabut atau tertanggal, maka ia akan mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk tumbuh, 3 kali lebih lambat daripada kuku tangan.
Baca Artikel Berkaitan: Ini Bahaya Berkongsi Pengetip Kuku Yang Ramai Orang Tak Tahu
Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Cara Ketahui Jenis Penyakit Melalui Warna & Kondisi Kuku








