fbpx
Now Reading
“Ia Bukan Medan Pergaduhan” – Penganjur Mohon Maaf Atas Kekeliruan, WWC 2025 Akan Diteruskan

“Ia Bukan Medan Pergaduhan” – Penganjur Mohon Maaf Atas Kekeliruan, WWC 2025 Akan Diteruskan

Menurut penganjur, Yusuf Azmi WWC 2025 bukan medan pergaduhan, sebaliknya sebuah platform seni tempur profesional yang menekankan nilai disiplin, kawalan diri dan semangat kesukanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kejohanan Dunia Warzone 2025 (WWC 2025) yang dijadualkan berlangsung di di N9 Arena, Nilai, Negeri Sembilan pada 6 dan 7 Disember ini akan tetap diteruskan mengikut jadual.

Penganjur WWC 2025 menerusi satu kenyataan media berkata pihaknya menghargai perhatian diberikan pihak media dan masyarakat terhadap acara tersebut dan memohon maaf secara terbuka berhubung kekeliruan dan salah faham yang timbul sejak kebelakangan ini.

Menurut penganjur, kelemahan dalam komunikasi dan promosi awal telah menimbulkan persepsi negatif kepada WWC. Justeru itu, WWC mengambil tanggungjawab penuh dan telah melaksanakan langkah segera bagi memperbetulkan keadaan serta memastikan mesej sebenar acara ini difahami dengan jelas.

WWC bukan medan pergaduhan tapi platform seni tempur profesional – Penganjur

Tegasnya, WWC 2025 bukan medan pergaduhan, sebaliknya sebuah platform seni tempur profesional yang menekankan nilai disiplin, kawalan diri dan semangat kesukanan.

“Semua kategori pertandingan dijalankan secara tersusun mengikut struktur sukan tempur sah, diselia oleh panel juri dan wasit profesional daripada pelbagai disiplin dengan sistem pemarkahan berpandukan piawaian antarabangsa.

Sudah hantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan untuk pendaftaran

Bagi memastikan pematuhan kepada undang-undang dan garis panduan sedia ada, pihak penganjur WWC juga telah menghantar surat rasmi kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) untuk tujuan pendaftaran.

“Proses permohonan berjalan lancar dan dijangka akan mendapat kelulusan dalam masa terdekat. Selain itu, siri perbincangan bersama agensi berkaitan dan pihak keselamatan tempatan turut diadakan bagi memastikan setiap aspek penganjuran berjalan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan. WWC ingin menzahirkan terima kasih atas keprihatinan Kementerian Belia dan Sukan serta pihak berkuasa lain yang terbabit.”

Tegas penganjur lagi, keselamatan peserta dan penonton juga menjadi keutamaan utama mereka.

Sehubungan itu beberapa langkah-langkah keselamatan akan diambil termasuk:

  • Pemeriksaan kesihatan wajib bagi peserta
  • Kehadiran pasukan paramedik di lokasi
  • Kawalan keselamatan di pintu masuk
  • Pelaksanaan Protokol Sukan Selamat (Safe Sport Protocol) secara rapi bagi melindungi semua yang terlibat

“Fokus Warzone adalah untuk membentuk jati diri dan semangat kesukanan, bukan kekerasan.

“Warzone World Championship 2025 mengekalkan semangat ‘Medan Disiplin, Keberanian dan Kesukanan’ sebagai asas penganjurannya. Pihak penganjur yakin bahawa dengan bimbingan pihak berkuasa serta sokongan media dan masyarakat, acara ini mampu menjadi platform sukan tempur profesional yang selamat, beretika dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Penganjur sekali lagi memohon maaf kepada masyarakat, peserta dan semua pihak yang mungkin terkesan dengan kekeliruan yang berlaku. Warzone World Championship 2025 komited untuk terus bertindak dengan penuh ketelusan, profesionalisme dan tanggungjawab, serta memastikan acara ini menjadi kebanggaan negara sebagai simbol keberanian, disiplin dan semangat kesukanan sebenar.”

Hannah yeoh sahkan WWC 2025 sudah hantar permohonan

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengesahkan penganjur WWC sudah menghantar permohonan kepada PJS pada 6 November.

Menurut Hannah PJS akan memproses permohonan itu sama seperti mana penganjur lain.

“Kita ada tempoh 30 hari untuk proses dan selepas itu kita melihat sama ada mereka dapat kebenaran daripata persatuan sukan kebangsaan mereka.

“Kita juga lihat sama ada mereka memenuhi ciri-ciri keselamatan serta tidak boleh melibatkan kanak-kanak di bawah 15 tahun selepas pengumuman,” kata Hannah dipetik Bernama.

Tiada kategori Junior

Penganjur WWC, Yusuf Azmi kemudiannya memaklumkan bahawa kategori junior tidak akan dipertandingkan untuk kejohanan itu bagi mematuhi pekeliling baru KBS.

“Untuk makluman, WWC pada awalnya mempunyai kategori khas (Junior) itu yang tidak melibatkan perla anan fizikal berisiko tinggi, sebaliknya memberi tumpuan kepada aspek seni, teknik dan disiplin bela diri. Penilaian berdasarkan kemahiran teknikal, disiplin dan etika sukan, bukan kemenangan dalam perlawanan.

“Kami ingin menegaskan bahawa WWC menolak sebarang bentuk eksploitasi atau pendedahan berlebihan terhadap kanak-kanak dalam aktiviti berisiko,” katanya kepada media.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.