Cikgu Urut Kongsi Cara Sebenar Pijak Batu Refleksologi Supaya Kaki Tak Sakit
Dalam masa sama, dia yang merupakan perawat bertauliah Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan (KKM-TCM) mengingatkan mereka yang mengalami kencing manis agar berhati-hati jika memijak batu refleksologi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selalunya bila kita ke taman, mesti ternampak batu-batu kecil yang disusun menjadi bentuk laluan untuk tujuan refleksologi kaki.
Ada orang yang berasa teruja dan terus membuka kasut untuk memijak batu-batu tersebut, tetapi ada juga yang takut melakukannya kerana yakin tapak kaki mereka akan terasa sakit.
Sebenarnya, nak pijak batu refleksologi ini ada kaedahnya yang betul. Kalau salah buat memang akan sakit tapak kaki!
Baca Artikel Berkaitan: Ibu Jari Kaki Kelihatan Pelik? Mungkin Salah Satu Simptom Bunion
Baca Artikel Berkaitan: “Bleeding Non-stop”- Wanita Kongsi Kisah Ngeri Kaki Tertusuk Plug 3 Pin
Perawat Bertauliah Jelaskan Terdapat Peringkat Ketika Pijak Batu Refleksologi
Itulah yang dikongsikan oleh seorang perawat bertauliah Perubatan Tradisional dan Komplementari Kementerian Kesihatan (KKM-TCM) yang dikenali sebagai Cikgu Urut menerusi hantaran di TikTok (@cikguurut8).
Katanya, orang ramai biasanya akan terus membuka kasut dan memijak pada batu refleksologi.
“Sebenarnya cara ini salah. Sebab tu bila pijak batu, baru pijak je dah sakit dah,” ujarnya.
Sebaliknya, dia menjelaskan terdapat beberapa peringkat ketika memijak batu refleksologi.
Mulakan Dengan Memijak Batu Refleksologi Bersaiz Besar Terlebih Dahulu
Jadi macam mana cara untuk pijak batu refleksologi ini yang sebenarnya?
Cikgu Urut berkata aktiviti itu perlu dimulakan dengan memijak batu refleksologi yang bersaiz besar terlebih dahulu.
Selepas kaki sudah berasa cukup selesa, barulah beralih ke batu-batu yang sederhana dengan jarak yang sedikit jarang antara satu sama lain.
Akhirnya setelah kaki tidak terasa begitu sakit, anda boleh memijak pula batu refleksologi yang paling kecil dan berjarak jauh.

Pakar Ingatkan Penghidap Diabetes Agar Berhati-hati Memijak Batu Refleksologi
Di samping itu, Cikgu Urut turut menjelaskan bahawa aktiviti memijak batu refleksologi sesuai dilakukan setiap hari oleh mereka yang mempunyai masalah seperti sakit saraf dan kebas kaki.
Namun pada masa sama, dia turut mengingatkan individu yang mengalami kencing manis agar berhati-hati apabila memijak batu tersebut.
“Kalau boleh pakai stokin untuk elak kaki terluka atau tercedera,” katanya.
@cikguurut8 Cara betul pijak batu reflexology. #cikguurut ♬ original sound – CikguUrut
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Skin Tag’ Pada Kulit Boleh Jadi Petunjuk Masalah Diabetes
Terapi Batu Refleksologi Lancarkan Peredaran Darah & Tingkatkan Fungsi Organ
Betul ke memijak batu refleksologi ini mempunyai banyak kebaikan?
Berdasarkan artikel oleh Berita Harian, ia merupakan sejenis terapi semula jadi bagi menjaga kesihatan tubuh badan.
Apabila seseorang memijak pada susunan batu refleksologi kecil, titik-titik tekanan pada tapak kaki akan dirangsang.
Terdapat ratusan saraf dan titik refleksi pada tapak kaki yang mempunyai hubungan dengan organ penting termasuk jantung, buah pinggang, hati, dan paru-paru.
Rangsangan daripada batu refleksologi itu dipercayai dapat membantu kesihatan tubuh badan seperti melancarkan peredaran darah, meningkatkan fungsi organ dalaman, meningkatkan fleksibiliti kaki dan mengurangkan tekanan.
Malah ia juga dikatakan dapat mengurangkan kelihatan selepas seharian sibuk serta meningkatkan keseimbangan badan dan postur.
Selain memijak batu, orang ramai juga boleh mendapatkan urutan refleksologi daripada pakar.

Dapatkan Nasihat Pakar Untuk Lakukan Refleksologi Jika Ada Masalah Kesihatan Tertentu
Pun begitu, jika anda terasa sakit yang melampau apabila memijak batu refleksologi, segera berhenti dan dapatkan nasihat pakar.
Menurut Healthline, dapatkan saranan pakar terlebih dahulu jika anda mempunyai isu kesihatan seperti:
- Masalah peredaran darah di kaki.
- Darah beku atau bengkak pada urat kaki.
- Gout.
- Ulser kaki.
- Jangkitan kulat pada kaki.
- Luka pada kaki.
- Masalah tiroid.
- Epilepsi.
- Kiraan darah platelet rendah atau masalah darah lain yang boleh menyebabkan senang lebam atau berdarah.
Tambahnya lagi, terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa terapi refleksologi boleh merangsang wanita hamil untuk bersalin awal. Oleh itu elakkan atau dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Urut Kongsi Teknik Untuk Keluarkan Angin Dalam Badan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jangan Urut Leher Terlalu Kuat, Boleh Sebabkan Strok