Lelaki Cipta Laman Web Yang Dapat Bantu Orang Ramai Buat Poster Takziah Dengan Mudah & Pantas!
Proses untuk menjana poster takziah amatlah mudah dan pantas dengan hanya mengisi beberapa maklumat sahaja pada bahagian yang telah disediakan termasuk memuat naik gambar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Jika berlakunya kematian seseorang, pasti ahli keluarga serta kenalan akan berkongsi poster arwah dengan ucapan takziah berserta doa bukan?
Selain untuk menyampaikan perkhabaran duka itu, perkara terbabit juga dilakukan bagi meminta orang ramai mendoakan si mati agar ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Pun begitu, membuat poster terbabit secara manual bukan lah mudah, bahkan mengambil masa yang agak lama terutamanya bagi individu yang pertama kali melakukannya.
Lelaki cipta laman web ‘takziah poster generator’ secara vibe coding
Susulan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Alif telah tampil membina laman web yang dapat menjana poster takziah secara automatik menerusi projek TAKZIAH yang dilakukannya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya, Abu berkata projek TAKZIAH itu dibina secara ‘vibe coding’.
“Lepas ini dah tak perlu guna Canva lagi ya, dah boleh terus buat poster secara terus,” tulisnya di kapsyen.
Orang ramai boleh buat poster takziah dengan mudah dan pantas
Menerusi semakan kami di laman web terbabit, proses untuk menjana poster takziah amatlah mudah dan pantas dengan hanya mengisi beberapa maklumat sahaja pada bahagian yang telah disediakan termasuk memuat naik gambar.
Berikut langkah mudah yang perlu dilakukan:
- Muat naik gambar
- Nama penuh
- Jawatan atau gelaran
- Tarikh lahir
- Tarikh meninggal dunia
- Nama organisasi (yang menyampaikan ucapan takziah)
- Mesej tambahan (contoh, takziah kepada keluarga tersayang..)
Setelah kesemua bahagian diisi, poster takziah mengenai arwah akan dihasilkan secara automatik dan terpapar di sebelah kanan. Korang hanya perlu menekan butang ‘muat turun poster’. Sangat mudah bukan?

Pernah kehilangan ahli keluarga, namun tak sempat buat poster
Menurut Abu, dia mencipta laman web ini kerana pernah kehilangan ahli keluarga dan tidak sempat untuk membuat poster terbabit.
“Pernah juga hampir kehilangan orang tersayang. Masa itu menggelabah nak buka Canva dan nak cari gambar,” katanya.
Berkongsi lanjut, Abu berharap agar projek laman web takziah.com yang dibina olehnya ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai.
View on Threads
Abu turut bina laman web yang boleh kira berapa hari lagi menjelang bulan Ramadan
Selain laman web takziah.com, Abu turut membangunkan satu lagi laman web yang dapat mengira berapa hari lagi menjelang bulan Ramadan di bawah projek RAMADAN COUNTDOWN.
Korang boleh tengok berapa hari lagi yang ada untuk melakukan persiapan diri menjelang bulan suci terbabit.
“Ini status terkini projek RAMADAN COUNTDOWN yang juga dibina secara ‘vibe coding’ sahaja. Sekarang dah boleh akses di 1ramadan.com,” katanya.
View on Threads