Kes Borak Lucah Ketika Live: Influencer Mohon Maaf, Wanita Rusia Buat Laporan Polis [Video]
Dalam pada itu, wanita Rusia yang merupakan seorang model telah membuat laporan polis selepas tular rakaman video yang memaparkan dirinya dalam sesi live pempengaruh lelaki semalam (6 November).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (6 November), kecoh di media sosial video rakaman sesi siaran langsung (live) yang dilakukan oleh seorang influencer lelaki di sebuah restoran.
Apa yang menjadi perhatian adalah kedengaran pempengaruh itu mengeluarkan kata-kata lucah ketika sesi live berlangsung tentang seorang wanita warga asing yang duduk bersebelahan meja.
Pada mulanya, lelaki itu yang sedang menikmati makanan bersama isteri memuji kecantikan wanita berkenaan sebelum menggunakan perkataan tidak senonoh sehingga kedengaran dia berbual mengenai bahagian sensitif seperti alat sulit wanita terbabit.
Video tersebut nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam tindakan pempengaruh yang dilihat tidak menghormati wanita.
Malah, ada yang mahu wanita terbabit membuat laporan polis sekiranya video tersebut tular di media sosial miliknya.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Dikecam Cakap Lucah Pasal Wanita Tak Dikenali Di Restoran Ketika Buat Live
Influencer Sembang Lucah Di Restoran Tentang Wanita Sebelah Meja Mohon Maaf
Terbaharu, influencer lelaki berkenaan dalam satu video telah memohon maaf susulan tindakannya dalam sesi siaran langsung yang berbual unsur lucah terhadap seorang wanita warga Rusia, lapor Kosmo.
Carian kami kemudiannya menemui video permohonan maaf tersebut yang dimuat naik di akaun @markyen_60.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok dipercayai miliknya, pempengaruh itu mengakui kesilapan dan menegaskan bahawa dia tidak berniat menganggu privasi atau menjatuhkan maruah individu terlibat.
“Saya memohon seribu kemaafan semua yang menonton video saya semasa di restoran itu malam tadi. Saya terikut terbaca komen-komen (netizen) yang minta macam-macam.
“Ini semua silap saya, tak apalah. Anggap jelah dalam video itu satu kesilapan. Kita manusia tak pernah tak buat silap. Ini adalah kesilapan pertama kali saya. Saya minta maaf pada semua sekali,” katanya.
Malah, dia turut menjelaskan bahawa isterinya yang berada di situ pada waktu itu sebenarnya bukanlah ketawa pada perkara yang sedang dibualkan.
Jelas pempengaruh berkenaan, pasangannya itu sedang melihat dan mentertawakan perkara lain.
“Siapa nak komen atau kecam, saya terima. Cuma, isteri saya ketawa dalam video itu bukan kerana isu tersebut, tapi hal lain.
“Saya sekali lagi memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya lagi.
@markyen_60 Kepada owner pon sy mintak maaf..dan seluruh rakyat malaysia…
♬ original sound – Hazren Rich Empire – markyen_60
Tonton video penuh [DI SINI]
Wanita Warga Rusia Buat Laporan Polis
Dalam pada itu, seorang wanita warga Rusia telah membuat laporan polis selepas tular rakaman video yang memaparkan dirinya dalam sesi live pempengaruh lelaki semalam (6 November).
Menerusi satu hantaran di Threads Alice Kasimova, mangsa yang merupakan seorang model mengambil tindakan tersebut selepas menerima nasihat daripada pengguna media sosial yang bimbang akan keselamatannya.
Melalui hantaran itu juga, Alice atau nama sebenarnya Alisa Kasimova yang berusia 26 tahun turut berkongsi salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada awal pagi tadi (7 November).
View on Threads
Luah Rasa Kesal Dengan Tindakan Lelaki, Zahir Ucapan Terima Kasih Tentang Keprihatinan Orang Ramai
Menerusi hantaran berasingan, wanita itu turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pempengaruh berkenaan yang bercakap mengenai wanita lain di hadapan isterinya sendiri.
Malah bagi Alice, lelaki itu telahpun menerima ‘hukuman’ iaitu perasaan malu akibat perbuatannya sendiri.
“Penjara mungkin terlalu berat. Dia sudah pun menerima hukuman sebenar, rasa malu.
“Sangat menyedihkan melihat seorang lelaki bercakap begitu tentang wanita, lebih-lebih lagi di hadapan pasangannya sendiri. Itu bukan lawak. Itu bukan tanda kekuatan.
“Saya mahu hidup dalam dunia di mana lelaki melindungi wanita, bukan sebaliknya,” tulisnya.
View on Threads
Alice turut menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan orang ramai khususnya rakyat Malaysia terhadap dirinya itu.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Caprice ‘Sekolahkan’ Netizen Yang Persoalkan Tindakan Individu Rakam Momen Kena Gangguan Seksual [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Rider Dedah Terima Gangguan Seksual Ketika Hantar Makanan Pelanggan [Video]



