Farah Lee & Childrity Bangunkan Perkampungan Malaysia Di Afghanistan [Video]
Projek MyKampung Baghlan, Afghanistan ini dibangunkan atas tanah wakaf yang diserahkan kepada Childrity, dengan pembinaan 20 buah rumah kekal sebagai fasa pertama.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pertubuhan Kebajikan F L atau Childrity yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Farah Lee, kini dalam proses membangunkan projek MyKampung Baghlan, Afghanistan di wilayah Baghlan, sebagai usaha menyediakan tempat tinggal yang selamat dan selesa kepada keluarga yang hidup dalam serba kekurangan.
Projek ini dibangunkan atas tanah wakaf yang diserahkan kepada Childrity, dengan pembinaan 20 buah rumah kekal sebagai fasa pertama.
Childrity menerusi satu kenyataan media berkata, setiap rumah yang dibina menggunakan bahan berkualiti dan reka bentuk yang tahan terhadap bencana seperti gempa bumi dan banjir, bagi menjamin keselamatan serta keselesaan jangka panjang penghuni.
Tambah pertubuhan itu lagi, lawatan ke tapak MyKampung ini dijalankan bersempena misi kemanusiaan Childrity di Afghanistan, yang baru-baru ini dilanda gempa bumi besar.
10 buah rumah sudah siap, 10 lagi dalam masa terdekat
Walaupun fokus utama misi tersebut adalah bantuan kecemasan kepada mangsa bencana, pasukan Childrity turut meninjau perkembangan projek MyKampung yang kini menunjukkan kemajuan sangat positif, lebih 50% telah siap, dan dijangka siap sepenuhnya sebelum Ramadan tahun hadapan.

Perkara tersebut dan foto kemajuan projek turut dikongsikan Childrity dan Farah Lee menerusi satu hantaran kolaborasi di Instagram.
Farah Lee berkata, projek ini bukan sekadar pembinaan rumah, tetapi usaha membina kehidupan baru yang lebih baik dan stabil. Ramai keluarga sebelum ini terpaksa tinggal dalam khemah atau rumah tanah liat di bawah paras bumi bagi menahan sejuk dan panas. Melalui projek ini, mereka akhirnya akan memiliki tempat berteduh yang selamat, kukuh dan lebih manusiawi.
Sehubungan itu, Childrity menyeru rakyat Malaysia, individu, syarikat korporat dan para dermawan untuk berkongsi sedikit nikmat dan kegembiraan dengan mereka yang sedang berjuang meneruskan kehidupan di bumi Afghanistan.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.



