Aksi Polis Trafik Tegur Kereta Berhenti Di Petak Kuning Buat Ramai Puas Hati [Video]
Difahamkan, kenderaan-kenderaan berkenaan tidak sempat melepasi persimpangan ketika lampu isyarat masih hijau, menyebabkan mereka tersangkut di dalam petak kuning tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bukan satu perkara baharu, tetapi kesesakan jalan raya sekitar bandar terutamanya Kuala Lumpur (KL) dan Selangor telah membuatkan sesetengah individu ‘burn out’ dan keletihan.
Seperti sebelum ini, ramai golongan pekerja meluahkan rasa stres kerana perlu menghadap trafik sesak hampir setiap hari semasa pergi dan pulang dari pejabat.
Kepadatan penduduk dan pembangunan dah satu masalah kini timbul pula individu-individu tidak bertanggungjawab yang kerap melanggar peraturan jalan raya sehingga menyusahkan orang lain.
Baca Artikel Berkaitan: “Nak Nangis Tiap Hari Macam Ni” – Orang Ramai Luah Rasa Penat Hadap Trafik Di Bandar KL & Selangor
Banyak Kereta Berhenti Di Petak Kuning Persimpangan Lampu Isyarat
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@Abam_Trafficman) apabila seorang anggota polis trafik dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) dikenali sebagai Ery Wahab sedang menunjukkan situasi dirinya mengawal lalu lintas sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Ery dengan segera memberhentikan motosikalnya sejurus melihat beberapa buah kereta berhenti di petak kuning semasa lampu isyarat berwarna merah.
Seperti yang kita tahu, setiap kenderaan perlu berhenti di belakang garisan putih sementara menunggu lampu bertukar hijau.
Untuk info, perbuatan memberhentikan kenderaan di hadapan garisan putih adalah dilarang dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sebanyak RM2,000.
Dalam video sama, kelihatan setiap pemandu yang melakukan kesalahan tersebut mematuhi arahan dan mengundur kereta masing-masing secara perlahan selepas Ery menuding jarinya.
“Terima kasih sebab dengar arahan, tapi lebih bagus kalau ikut peraturan,” tegur polis trafik berkenaan di ruangan kapsyen.
@erywahab Terima kasih sebab dengar arahan, tapi lebih bagus kalau ikut peraturan.
♬ sonido original – Naruto_uzumaki
Tonton video penuh [DI SINI].
Warganet Bengang Dengan Sikap Pemandu Berhenti Di Petak Kuning
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berpuas hati melihat para pemandu yang ditegur oleh polis trafik.
“Puas hati tengok. Padan muka jenis tak sabar dekat trafik light ke Bukit Bintang,” kata seorang individu.
“Talk to my hand,” seloroh seorang pengguna TikTok.
Segelintir individu pula berkata sesetengah pemandu di bahagian belakang mendesak suruh laju bagi mengejar lampu isyarat sebelum bertukar merah.
“Selalu tahan diri daripada masuk dekat petak kuning tapi orang belakang pula tak sabar-sabar nak hon semua. Geram pulak aku,” ujar seorang lelaki.
“Paling menggelabah kalau masuk sini. Kita dah berhenti belakang barisan sebab jam lepas tu orang belakang duk hon suruh jalan. Bila jalan tersangkut pulak (dekat petak kuning). Tambah pulak gelabah lagi lampu nak merah. Benci,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai turut berpendapat bahawa sikap sebegitu akan membuatkan aliran trafik semakin teruk ataupun tersangkut dalam situasi ‘gridlock’.
“Zaman sekarang, petak kuning dah tak ada yang kisah. Ikut suka je berhenti dalam kawasan petak kuning ni. Kadang-kadang perangai macam ni la buat bertambah jam. Halang kenderaan lain nak lalu, rasanya boleh dah letak kamera untuk saman yang berhenti petak kuning,” tambah seorang netizen.






Baca Artikel Berkaitan: “Jalan Lah Bod*h” – Dia Yang Halang Laluan, Orang Lain Dimaki, Rider Berhenti Di Petak Kuning Dikecam Ramai [Video]
Berhenti Di Petak Kuning Boleh Didenda Hingga RM500
Memetik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula, petak kuning berfungsi bagi memastikan laluan lancar dan agar tiada halangan kepada kenderaan yang sedang bergerak.
Kenderaan yang bergerak menuju ke hadapan perlu berhenti sebelum petak kuning bagi memberi ruang kepada mana-mana pemandu yang sedang menunggu untuk keluar atau masuk ke simpang.
Jika pemandu bertindak sebaliknya iaitu memberhentikan kenderaan di dalam petak kuning, anda boleh dikenakan denda maksimum RM500. Hal ini kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Facebook Chris Lee Chun Kit
Baca Artikel Berkaitan: “Selfish Duduk Dekat Petak Kuning” – Trafik Sesak Di Lampu Isyarat Sekitar KL Jadi Tumpuan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lori Langgar Lampu Merah &



