“Makin Berani” – Tular 3 Lelaki Selamba Pecahkan Jalan, Didakwa Curi Kabel Bawah Tanah [Video]
Dalam rakaman itu, kelihatan ketiga-tiga individu itu cuba menghancurkan tar berdekatan ‘manhole’ dengan menggunakan tukul. Malah salah seorang daripada mereka dilihat seakan memegang kunci ‘manhole’ terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kes kecurian kabel di Malaysia bukan lah sesuatu yang baru, bahkan sehingga kini ia masih lagi berlaku meskipun pelbagai langkah telah diambil.
Tidak dinafikan, perbuatan mencuri kabel ini boleh menjejaskan perkhidmatan penting seperti elektrik, komunikasi dan pengangkutan, sekali gus menyusahkan ramai orang.
Difahamkan, individu-individu yang tidak bertanggungjawab mencuri kabel akan menjual logam bernilai seperti tembaga.
Tular 3 lelaki selamba curi kabel tengah jalan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan tiga lelaki didakwa mencuri kabel bawah tanah di tengah-tengah jalan raya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @samdol515, kejadian dipercayai berlaku pada waktu tengah malam ketika jalan berkenaan kosong tanpa kehadiran kenderaan lain.
“Geng curi kabel yang menyusahkan pengguna jalan raya, tengah jalan pun kau korek, nasib kau baik hari ini,” tulis dalam video.
Pecahkan tar guna tukul, siap ada kunci manhole?
Dalam rakaman itu, kelihatan ketiga-tiga individu itu cuba menghancurkan tar berdekatan ‘manhole’ dengan menggunakan tukul.
Malah, turut kelihatan dalam video terbabit salah seorang lelaki seakan memegang kunci ‘manhole’.
Ketiga-tiga mereka dipercayai menaiki satu kereta Mazda jenis sedan yang diparkir berdekatan kawasan kejadian itu.
Polis cuba kejar tapi tak dapat
Pemilik video turut berkongsi satu lagi rakaman berasingan menunjukkan kenderaan yang dinaiki oleh ketiga-tiga pencuri kabel itu dikejar oleh pihak polis.
Pun begitu, dakwanya pihak polis tidak berjaya menahan kenderaan terbabit kerana suspek menggunakan alat pemadam api yang disembur pada kereta polis serta jalan yang dilalui mereka.
@samdol515 #kutugguharimalangmu ♬ original sound – MAC 43
Ramai kecam, mahu tindakan lebih tegas diambil terhadap pencuri kabel
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tiga individu yang mencuri kabel itu kerana perbuatan mereka boleh mendatangkan kesusahan kepada ramai orang.
Segelintir netizen juga mendakwa individu-individu yang mencuri kabel itu bukan lah orang biasa, sebaliknya mereka sememangnya mahir mengenai selok-belok kabel yang ada di bawah tanah.
Tidak kurang juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pencuri-pencuri kabel agar kejadian sebegini tidak terus berleluasa.







