fbpx
Now Reading
Lelaki Dikecam Cakap Lucah Pasal Wanita Tak Dikenali Di Restoran Ketika Buat Live

Lelaki Dikecam Cakap Lucah Pasal Wanita Tak Dikenali Di Restoran Ketika Buat Live

Tindakan lelaki berkenaan bercakap lucah tentang wanita dipercayai dari Eropah itu semasa bersiaran secara live menggunakan platform awam turut dikritik oleh orang ramai dan disifatkan sebagai satu bentuk gangguan seksual justeru patut dikenakan tindakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tindakan merakam gambar atau video individu tak dikenali secara tanpa izin sudah menjadi satu kebiasaan buat segelintir pihak.

Malah apa yang menjadi perhatian apabila gambar atau video tersebut dikongsikan di media sosial untuk tujuan meraih tontonan orang ramai namun ada sebahagiannya yang berbentuk negatif.

Perkara ini secara tidak langsung boleh mengundang fitnah serta kecaman pada individu berkenaan apabila gambar dan video memaparkan diri mereka ditularkan tanpa izin dan memalukan.

Lelaki dikecam kerana cakap lucah tentang wanita tak dikenali di restoran

Terbaharu, seorang lelaki turut dikecam apabila mengeluarkan kata-kata lucah mengenai seorang wanita di tempat awam sewaktu membuat ‘live’ di media sosial.

Menerusi video yang tular di media sosial, awalnya kelihatan lelaki berkenaan membuat siaran lansung di sebuah restoran sambil menjamu selera bersama isterinya.

Dalam paparan video terbabit turut kelihatan seorang wanita dipercayai warga Rusia berada di meja bersebelahan lelaki berkenaan sedang menikmati makanannya.

Namun apa yang menjadi perhatian apabila lelaki tersebut mula bercerita mengenai wanita yang duduk di sebelahnya itu dengan ungkapan kata-kata berbaur lucah.

Awalnya puji comel sebelum keluar kata-kata lucah

Dia pada mulanya memuji wanita itu comel sebelum mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh mengenai wanita terbabit sewaktu sedang bersiar secara langsung dipercayai di TikTok.

Bukan hanya itu, dalam video sama lelaki tersebut turut menyentuh topik berkenaan alat sulit wanita terbabit.

“Kalau dia sporting kan, datang dari belakang dakap (peluk) letak tangan sini (dada),” katanya dalam video terbabit.

Malah dia turut mendakwa wanita terbabit tidak memakai pakaian dalam (bra) sehingga boleh menampakkan bahagian sensitif pada badannya.

Tindakan lelaki berkenaan bercakap lucah tentang wanita dipercayai dari Eropah itu semasa bersiaran secara live menggunakan platform awam turut dikritik oleh orang ramai dan disifatkan sebagai satu bentuk gangguan seksual justeru patut dikenakan tindakan.

Ramai kecam dan harap pihak berkuasa ambil tindakan

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam dan berharap agar video tersebut muncul pada feed media sosial wanita berkenaan agar dia dapat membuat laporan polis dan tindakan lanjut boleh diambil.

Tidak kurang juga ada meminta pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

Bukan hanya itu, ramai yang menyifatkan tindakan lelaki tersebut sebagai sesuatu yang memalukan dan menjijikan kerana berkata lucah.

Selain itu ada yang mengatakan ia bukan suatu perkara yang baik untuk merakam individu tak dikenali dan mengeluarkan kata-kata berbaur lucah.

Tonton video di sini.

Ambil gambar atau video tanpa izin langgar hak privasi individu

Untuk makluman tindakan mengambil atau merakam gambar individu tanpa izin telah melanggar hak privasi dan ia boleh dianggap sebagai satu kesalahan undang-undang.

Sebelum ini seorang peguam yang terkenal di media sosial, Aminahtul Mardiah turut menjelaskan mengenai undang-undang tersebut.

“Mahkamah telah memutuskan perbuatan ini (tindakan merakam dan menyebarkan video tanpa kebenaran) adalah bertentangan dengan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang mana sekiranya anda didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” jelasnya.

Perkongsian gambar atau video tanpa izin ini secara tidak langsung boleh mengundang kepada salah anggap pengguna media sosial. Malah ia juga boleh membuka kepada ruang kecaman sekiranya insiden yang berlaku adalah sebaliknya.

Sebelum ini seorang ibu turut meluahkan rasa kecewanya apabila video memaparkan dirinya dan anak kecil sewaktu di sebuah acara melibatkan makanan dan muzik dirakam tanpa izin dan disebarkan.

Video itu kemudian mendapat perhatian ramai, sehingga si ibu terpaksa tampil untuk menjelaskan hal sebenar selepas ada yang meninggalkan komen negatif terhadapnya dan anak.

Bagi kesalahan mengeluarkan kata-kata lucah ketika bersiar secara langsung di media sosial pula, seseorang boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Memetik Bernama, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) di bawah Seksyen 211 (Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) ada peruntukan yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas perkhidmatan aplikasi kandungan atau individu yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan untuk memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau mengganggu mana-mana orang.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada akta ini terpakai memandangkan perkataan berbaur lucah berkenaan tidak disedari oleh wanita itu memandangkan interaksi tersebut hanya melibatkan lelaki berkenaan dan penonton siaran langsung terbabit.

Berikut adalah komen netizen:

“Kepa wanita yang sedang makan di meja sebelah. Saya harap video lalu di media sosial awak dan buat laporan polis. Tindakan lelaki ini boleh dianggap sebagai gangguan seksual..”

“Ini adalah gangguan seksual. Merakan wanita itu tanpa kebenaran dan menyebarkannya..”

“Tolonglah buat laporan polis.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.