fbpx
Now Reading
Graduan Reda, Dapat Berita Pemergian Ayah Tersayang 3 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen [Video]

Graduan Reda, Dapat Berita Pemergian Ayah Tersayang 3 Jam Sebelum Majlis Konvokesyen [Video]

Kongsi graduan, Siti Ruqyah Adnan, bapanya yang berusia 76 tahun itu berada dalam keadaan sihat malah sempat menghantar dia menaiki bas untuk menghadiri majlis konvokesyen pada 26 Oktober lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tanyalah kepada mana-mana individu, setiap hari bahagia pastinya mahu diraikan bersama keluarga tersayang khususnya ibu bapa tercinta.

Lebih-lebih lagi buat mereka yang baru berjaya mengenggam segulung ijazah, pastinya kejayaan ini mahu dikongsi bersama yang tersayang.

Namun jika sudah namanya manusia, siapalah kita untuk menolak takdir dan ketentuan daripada Yang Maha Esa seperti kehilangan insan tersayang?

Walaupun dalam keadaan sedih dan perit untuk diterima, hidup tetap perlu diteruskan seperti biasa.

Graduan Perubatan Dapat Berita Bapa Meninggal Dunia 3 Jam Sebelum Majlis Graduasi

Itulah yang dihadapi oleh graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) Kuala Ketil, Kedah, Siti Ruqyah Adnan apabila mendapat berita pemergian ayah tercinta, Adnan Yasin tiga jam sebelum mendapat skrol di majlis konvokesyen pada 2 November lalu.

Walaupun sedih dengan berita tersebut, bakal doktor yang berusia 24 tahun itu tetap tabah dan reda dengan ketentuan dari Illahi.

“Saya menangis dalam kereta selepas dapat berita abah meninggal dunia, tapi kuatkan hati naik pentas kerana cita-cita melihat anak menjadi doktor adalah hasrat arwah,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Arwah Bapa Dalam Keadaan Sihat, Sempat Hantar Graduan Naik Bas

Kongsi Siti Ruqyah yang menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan, bapanya yang berusia 76 tahun itu berada dalam keadaan sihat malah sempat menghantar dia menaiki bas untuk menghadiri majlis konvokesyen pada 26 Oktober lalu.

“Pagi hari konvokesyen, saya sibuk bersiap dan tak sempat periksa telefon, sehingga dapat panggilan daripada salah seorang kakak memaklumkan abah sudah tiada pada jam 7 pagi.

“Kalau ikutkan saya mahu terus balik ke kampung tetapi atas nasihat rakan dan mengingatkan impian jadi doktor adalah hasrat arwah abah, saya teruskan sehingga tamat majlis sebelum pulang ke kampung dihantar pihak pengurusan universiti,” jelasnya.

Arwah Bapa Pernah Bagitahu Tak Dapat Hadir Ke Majlis Konvokesyen

Kongsi Siti Ruqyah lagi, bapanya itu ada memaklumkan kepadanya bahawa dia tidak dapat menyertai hari graduasinya kerana terpaksa menjaga ibu Siti Ruqyah yang telah enam tahun menderita penyakit angin ahmar.

Malah ketika kejadian, terdapat abangnya yang menjaga arwah bapa dan ibu di kediaman mereka yang terletak Kampung Sri Aman, Pasir Puteh, Kelantan manakala adik beradik yang lain telah datang ke Kedah bagi meraikan hari istimewanya itu.

“Abang maklumkan selepas solat subuh, ayah mengaji seperti rutin hariannya, tetapi pagi itu, abah mengadu sakit dada sebelum dimaklumkan meninggal dunia selepas arwah dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh.

“Memang sedih dan terkejut dengan pemergian abah, tetapi kami redha,” katanya lagi.

Malah, Siti Ruqyah akan tetap meneruskan cita-cita menjadi doktor seperti yang diimpikan oleh arwah bapanya yang merupakan bekas pengetua sekolah.

Pada masa yang sama, Siti Ruqyah yang merupakan anak bongsu dari 10 beradik itu berharap agar memperolehi peluang pekerjaan di Kelantan bagi menjaga ibunya yang kini bergantung kepada lampin dan susu khas.

@helmikhalid7

“Sebelum ke Kedah untuk konvo hari ini, saya sempat peluk, cium..arwah ayah” Menurut graduan Ijazah Kedoktoran Unishams, Ruqyah Adnan, kegembiraannya untuk menerima segulung ijazah hari ini direntap berita kehilangan buat selamanya ayah tercinta. Anak bongsu daripada 10 adik beradik-adik yang berasal dari Kelantan menerima berita pilu ini dengan penuh redha. Menurutnya lagi, ibu mereka dalam keadaan uzur akibat serangan angin ahmar sejak beberapa tahun lalu. Jenazah dijadual disolatkan selepas solat Asar petang ini. Pihak HEP UniSHAMS memaklumkan pihak mereka akan mengurus perjalanan pulang Ruqyah ke Kelantan sebaik majlis konvokesyen selesai tengahari ini.

♬ suara asli – ⛔Tuanmuda88🎼EDITORMUDA⛔ – ⛔🅃🅄🄰🄽𝓜𝓾𝓭𝓪04🎗️STORIES⛔

Tonton video penuh [DI SINI]

Kisah Siti Ruqyah Dapat Perhatian Menteri Besar Kedah

Sebelum ini, kisah Siti Ruqyah mendapat perhatian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi menzahirkan ucapan takziah ketika majlis konvokesyen berkenaan yang dimuat naik oleh pegawai khas beliau, Helmie Khalid.

@sanusimdnor

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zaim Ikhwan bin Muhammad Fauzi, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan dan Perbankan Islam dengan kepujian (ANUMERTA). Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin. Turut dirakamkan takziah kepada anakanda Siti Ruqyah binti Adnan, daripada Kuliah Perubatan dan Sains Perubatan dan keluarga, atas pemergian ayahanda tercinta. Semoga Allah memberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada keluarga dalam menerima ujian yang berat ini. Semoga segala amal kebaikan menjadi pemberat di sisi Allah dan segala urusan keluarga dipermudahkan. Al-Fatihah.

♬ original sound – Muhammad Sanusi Md Nor – Muhammad Sanusi Md Nor

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Graduan UniSZA Terima Berita Bapa Meninggal Dunia 15 Minit Sebelum Terima Skrol

Baca Artikel Berkaitan: Graduan Pilu Bapa Meninggal Dunia 6 Jam Sebelum Terima Ijazah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.