“Datang Naik Kereta, Balik Guna LRT” – Lelaki Serah Honda City Hatchback Kerana Tak Lagi Mampu Bayar [Video]
Lelaki terbabit menyerahkan Honda City Hatchback itu kepada individu lain untuk sambung bayar selepas dia tidak lagi mampu menanggung bulanan kenderaan tersebut setelah tiga tahun menggunakannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, kenderaan seperti kereta atau motosikal amat lah penting untuk memudahkan urusan perjalanan seharian terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai pengangkutan awam.
Tidak kisah kenderaan baru atau terpakai, yang penting boleh dipandu dengan selamat ke destinasi ditujui. Namun, kebanyakan orang terutamanya golongan muda lebih gemar membeli kenderaan baru berjenama.
Jika mampu menanggungnya, maka tidak menjadi masalah. Tetapi ujian kewangan boleh melanda tanpa diguna menyebabkan ramai orang yang akhirnya terpaksa melepaskan kenderaan kesayangan.
3 tahun pakai, lelaki tak mampu lagi bayar Honda City Hatchback
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki terpaksa ‘melepaskan’ Honda City Hatchback tahun 2022 miliknya selepas dia tidak lagi mampu membayar kereta terbabit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @afiqcarmotor, lelaki terbabit telah memakai kenderaan itu selama tiga tahun sebelum memutuskan untuk menyerahkannya kepada individu lain.
“Datang naik kereta, balik naik LRT,” tulis di dalam video.
Difahamkan, pada awalnya lelaki berkenaan ingin menjual Honda City itu, namun dia tetap perlu menanggung baki hutang yang ada meskipun selepas dijual nanti.
Beri kereta kepada individu lain untuk sambung bayar
Susulan itu, lelaki terbabit akhirnya menyerahkan kenderaan itu kepada pemilik video yang dikenali sebagai Afiq untuk menguruskan urusan sambung bayar kepada individu lain.
Difahamkan, Afiq yang menetap di Shah Alam, Selangor menjual kenderaan sewa beli berdeposit.
“Owner (pemilik Honda City Hatchbak) nak jual kereta tapi kena ‘top up’ (baki hutang), jadi untuk elak blacklist owner serah dekat Afiq,” tulisnya di kapsyen.
@afiqcarmotor OWNER NAK JUAL KERETA TAPI KENA TOP UP. JADI UNTUK ELAK DARI BLACKLIST. OWNER SERAH DEKAT AFIQ. #kurangcommitment #fyppppppppppppppppppppppp #foryoupage #fyp #tunggak ♬ suara asli 🥀 – Vibes lyrics only
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang ragu-ragu dengan proses sambung bayar
Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.
Ada yang berminat untuk menyambung bayar kenderaan itu dan ada pula yang memberi pandangan sebaliknya.
Tidak kurang juga pengguna TikTok yang ragu-ragu dengan proses sambung bayar kerana bimbang pemilik kereta akan meminta kenderaannya semula sebaik sahaja bayaran penuh pinjaman sudah diselesaikan.
Kebanyakan netizen juga menasihati orang ramai agar ‘mengukur baju di badan sendiri’ terlebih dahulu sebelum membeli sebuah kenderaan baru.
Sebagai info, jual beli kereta secara sambung bayar adalah salah di sisi undang-undang. Memetik PDRM, Akta Sewa Beli 1987 ada peruntukkan yang membolehkan tindakan diambil terhadap sesiapa yang menjual barang-barang yang dibeli secara perjanjian sewa beli tanpa kebenaran daripada pemunya di bawah Seksyen 38.
Pemunya yang dimaksudkan di sini merujuk kepada bank selagi mana pinjaman kereta tersebut belum habis dibayar.







