fbpx
Now Reading
Suami Isteri Direman, Disyaki Rendam Tangan Anak Angkat Dalam Air Panas & Cucuh Guna Pemetik Api

Suami Isteri Direman, Disyaki Rendam Tangan Anak Angkat Dalam Air Panas & Cucuh Guna Pemetik Api

Suspek turut ada menceritakan kepada isteri pengadu dia menyiram tangan anak angkatnya itu dengan air panas kerana geram selepas budak lelaki itu menghilangkan pensel warna di sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Ibu bapa atau penjaga merupakan antara individu yang dipercayai oleh kanak-kanak. Bukan sahaja dibesarkan malah anak-anak tahu ia adalah insan yang melindungi mereka.

Bahkan ada segelintir anak kecil memberikan sepenuh kepercayaan kepada ibu bapa dan penjaga kerana mengetahui individu berkenaan adalah insan yang bertanggungjawab sekiranya sebarang perkara berlaku kepadanya.

Namun sebagai manusia ada segelintir ibu bapa yang mengkhianati kepercayaan itu apabila melakukan penderaan dan sebagainya sehingga mengundang risiko kesihatan mental dan fizikal kepada si kecil.

Suami isteri ditahan reman, didakwa dera anak angkat hanya kerana hilangkan pensel warna

Terbaharu sepasang suami isteri di Melaka ditahan reman selepas dipercayai mendera anak angkat yang berumur sembilan (9) tahun.

Dua individu itu didakwa mencucuh kanak-kanak berkenaan menggunakan pemetik api serta merendam tangannya di dalam air panas hanya kerana menghilangkan pensel warna.

Menurut Kosmo yang memetik sumber, perbuatan yang dilakukan oleh dua individu yang berusia 24 serta 27 tahun berkenaan diketahui pada 30 Oktober yang lalu.

Suspek cerita pada isteri pengadu siram tangan anak angkat dengan air panas sebab geram

Ianya selepas abang suspek berkunjung ke rumah pasangan tersebut di Batu Berendam dan terlihat kesan melecur pada jari kanan dan juga parut pada kaki kanak-kanak lelaki terbabit.

“Suspek wanita menceritakan kepada isteri pengadu dia menyiram tangan anak angkatnya itu dengan air panas kerana geram selepas kanak-kanak itu menghilangkan pensel warna di sekolah.

“Kaki mangsa juga pernah dicucuh dengan pemetik api oleh suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori. Wanita itu yang terkejut segera memaklumkan kejadian tersebut kepada suaminya (pengadu) ketika dalam perjalanan pulang,” ujarnya.

Abang dan bapa datang rumah suspek beri alasan nak bawa mangsa jalan-jalan

Jelas sumber itu lagi, susulan isu berkenaan abang suspek pada keesokkan hari bersama bapanya telah datang ke rumah suami isteri terbabit dengan alasan ingin membawa kanak-kanak berkenaan keluar bersiar-siar.

Suspek kemudian bersetuju dengan syarat mangsa dihantar pulang segera.

“Ketika berada di rumah bapa pengadu, mangsa mengadu dia sering dipukul oleh pasangan tersebut. Mangsa mendakwa jarinya direndam dalam air panas hingga melecur kerana menghilangkan pensel warna, manakala parut di kaki pula akibat dicucuh pemetik api pada Ogos lalu.”

Pengadu yang kemudiannya tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek lalu tampil membuat laporan di Balai Polis Batu Berendam pada 2 November lalu.

Kata sumber lagi, sepasukan anggota dan pegawai Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah Melaka menahan kedua-dua suspek itu pada tengah hari 4 November (semalam).

Direman 6 hari untuk bantu siasatan

Suami isteri berkenaan direman selama enam hari untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Perintah reman bermula pada hari ini (5 November) sehingga 10 November itu telah dibenarkan oleh Majistret Uthman Abd. Ghani di Mahkamah Majistret Melaka pada hari ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.