Kekurangan Bukan Alasan Untuk Berjaya, Ramai Bangga Lihat Graduan OKU UniSZA Tamat Belajar [Video]
Menerusi video yang dikongsikan oleh graduan, Zulfaqar kelihatan dia begitu gembira dan mengakui ia adalah satu momen yang sukar dilupakan sepanjang berada di UniSZA.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap individu pastinya mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran sehingga ke menara gading dan berjaya dalam hidup.
Tidak kiralah apa cabaran yang perlu dilalui sekali pun, selagi impian itu belum dicapai pasti apa sahaja sanggup dilakukan.
Bahkan kejayaan yang ingin dicapai bukanlah untuk orang lain tetapi untuk potensi dan masa depan diri sendiri yang mahukan kehidupan yang selesa dan lebih baik.
Pelajar OKU tamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda
Baru-baru ini seorang graduan Orang Kurang Upaya (OKU) dari sebuah universiti tempatan turut membuktikan dirinya mampu berjaya seperti orang lain meskipun mempunyai kekurangan fizikal.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zulfaqar Aslam di TikTok, awalnya kelihatan dia berkongsi momen indahnya sewaktu Majlis Konvokesyen di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Dalam video itu kelihatan pada mulanya Zulfaqar berdiri di hadapan dewan dengan memakai jubah konvonya sambil melambai ke arah kamera.
Akui rasa berdebar ketika diiring naik ke pentas untuk ambil sijil
Sewaktu ingin mengambil sijil di atas pentas, kelihatan dia diiringi oleh petugas untuk membantunya. Zulfaqar turut menyifatkan saat menunggu detik untuk mengambil sijil tersebut turut membuatkannya rasa berdebar.
“Bila naik atas pentas dah rasa lain. Tak sangka semua pengurusan tertinggi UniSZA mendekati saya,” katanya.
Kelihatan semua pihak yang berada di atas pentas menyambutnya dengan penuh mesra untuk meraikan kejayaan Zulfaqar pada hari penuh bermakna itu. Bahkan mereka turut mengambil gambar beramai-ramai di atas pentas tersebut.
Zulfaqar telah berjaya menamatkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial dengan Kepujian.
Sempat berjumpa dan bergambar dengan penyelia
Sewaktu turun dari pentas dia sekali lagi disambut mesra oleh beberapa individu di bawah pentas dengan penuh ceria. Malah dia sempat bergambar dengan pensyarah yang menjadi penyelia ketika latihan industri sebelum kembali ke tempat duduk.
“Ini momen sukar dilupakan sepanjang empat tahun di UniSZA. Alhamdulillah saya mampu bertahan sehingga hari ini,” katanya di ruangan kapsyen.
Menerusi profil di TikTok Zulfaqar memaklumkan dia merupakan OKU fizikal serta cerebral palsy dan mempunyai pengikut yang sangat ramai iaitu 112.3 ribu.
@ak_aslamm ini moment sukar dilupakan sepanjang 4 tahun di UniSZA alhamdulillah saya mampu bertahan sehingga hari ini #unisza #oku
♬ Terus Berjuang – Jemari Besi
Sering kongsi video aktiviti di UniSZA dan pelbagai informasi lain
Selain itu, Zulfaqar turut dilihat seorang pelajar yang aktif di universiti dan sering tampil mempromosikan program yang dilakukan oleh Kelab Siswa Istimewa UniSZA.
Tidak hanya itu, dia juga sering berkongsi informasi seperti isu mengenai Sumud Flotilla dan bermacam-macam lagi kandungan yang bermanfaat.
Melihat di ruangan komen, ramai yang bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh Zulfaqar dan mendoakannya terus berjaya.
Tidak kurang juga ada yang berasa sebak melihat Zulfaqar berjaya mencapai cita-citanya setelah pelbagai cabaran dilalui untuk ke menara gading.
Kekuatan dan positiviti yang dikongsikan terus menjadi inspirasi buat orang ramai untuk tidak mengalah dalam apa yang dilakukan.
@ak_aslamm saya sertai fun run Convo sempena konvokesyen yang dianjurkan oleh @pusatsukanunisza . @mpp_unisza #oku #unisza #cerebralpalsy
♬ original sound – Zulfaqar Aslam – Zulfaqar Aslam
@ak_aslamm tengah fikir aktiviti sepanjang PKP. #infoasyraf #kitaupsamasama #tiktokmalaysia #TDbff #fyp #fypシ #POV #newbie #okutapiok #berfikir
♬ Sunny Day – Ted Fresco
@ak_aslamm jualan sempena konvokesyen UniSZA daripada mahasiswa OKU UniSZA sendiri #oku #unisza
♬ original sound – Zulfaqar Aslam – Zulfaqar Aslam
“Tiba-tiba makcik nangis. Entah kenapa, semoga anak ini selalu dalam dakapan Allah. Ikhlas dari makcik rasanya seperti mendoakan untuk seorang anak”

“Tahniah dik. Salute, berjurai air mata ini”

“Saudara, anda hebat. Semoga saudara terus sihat, berjaya, kaya dan bahagia dunia akhirat.”




