fbpx
Now Reading
“Tester Memang Sedap Lain Macam” – Ramai Terhibur Wanita Lunch Dengan Hidangan Tester Di Mydin [Video]

“Tester Memang Sedap Lain Macam” – Ramai Terhibur Wanita Lunch Dengan Hidangan Tester Di Mydin [Video]

Dia sebelum ini juga pernah ‘makan malam’ di Mydin dengan menjamah pelbagai hidangan tester yang disediakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila berkunjung ke pasar raya, boleh dikatakan pasti ada sahaja produk yang diberi sebagai tester kepada pelanggan.

Walaupun sikit, tapi cukuplah untuk sekadar merasa. Kadang-kadang dapat biskut, kopi, malah aiskrim pun ada!

Tapi selalunya rasa segan pun ada. Rasa macam kalau dah cuba tester dia, tak sah kalau tak beli produk yang dijual.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Nak Buat Baja” – Telatah Ibu Fokus Kutip Kulit Bawang Di Pasar Raya Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Troli Pasar Raya Di Putrajaya Siap Ada ‘Scanner’ Buat Orang Ramai Teruja

Wanita Cuba Pelbagai Tester Di Mydin, Dah Macam Lunch!

Buat seorang wanita, mencuba hidangan tester di pasar raya sudah cukup sebagai makan tengaharinya.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok (@itsnanyrahman), dia telah ‘menjamah’ bermacam-macam jenis hidangan tester ketika berkunjung ke pasar raya Mydin.

“Sambil habiskan MySARA, sambil makan tengahari sekali,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dia bukan sahaja dapat merasai makanan seperti mi segera, kerepek kentang, dumpling dan roti canai, malah turut mencuba pelbagai minuman termasuk susu pisang, jus oren dan teh tarik.

Wanita itu juga siap dapat menjamu pencuci mulut iaitu aiskrim coklat dan yogurt perisa beri biru.

Walaupun segala hidangan tester itu dalam bentuk ‘bite-size’ sahaja, namun boleh dikatakan kenyang juga kalau cuba semua yang ada!

@itsnanyrahman Replying to @p_- Sambil habiskan MySARA sambil lunch sekali 😋 #eating #samples #mydin #sampling #malaysiafoodie ♬ Not Like Us – Kendrick Lamar

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Segan Nak Cuba Hidangan Tester, Promoter Pula Lagi Suka Cepat Habis

Video yang dikongsi itu sememangnya mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.3 juta tontonan dan lebih 73,000 tanda suka.

Mereka kagum melihat pasar raya tersebut yang menyediakan pelbagai jenis tester buat pelanggan.

Dalam kalangan mereka, ada juga yang berasa malu untuk mencuba hidangan tester tersebut kerana menganggap perlu membeli produk yang dijual.

“Bagi saya siapa yang makan kena beli. Jadi saya elakkan,” kata salah seorang.

“Kalau nak ambil sample ni selalu buat-buat tanya barang dia. Segan nak ambil macam tu je,” kata seorang lagi.

Namun menurut beberapa orang promoter, mereka lebih gemar jika orang ramai mencuba tester di booth. Cepat habis, cepat rehat!

Di samping itu, ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mencuba hidangan tester. Sampai kenyang sebab dapat makan banyak.

“Tester memang sedap dia lain macam. Beli makan kat rumah tak best pula. Ingat kena belilah mangkuk tester tu. Makan dalam tu kot jadi sedap,” seloroh seorang warganet.

Sumber: TikTok

Wanita Pernah ‘Dinner’ Dengan Makanan Tester Di Mydin Juga!

Bukan setakat makan tengahari sahaja, wanita itu juga pernah berkongsi pengalaman ‘makan malam’ di sana.

Menonton video lain, dia telah mencuba mi segera, kopi, popcorn ayam, kentang putar, tempura nuget, ayam panggang dan minuman coklat. Kuih raya pun ada!

Yang menariknya, dia telah menjamah pelbagai hidangan tester itu di pasar raya Mydin juga, dipercayai lokasi sama.

Siapa nak cuba macam-macam tester, mungkin boleh singgah ke Mydin lepas ni.

@itsnanyrahman Dinner done ✅😂 #eating #samples #mydin #sampling #malaysiafoodie #dinner #fyp ♬ Not Like Us – Kendrick Lamar

Tonton video penuh [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Mydin: Bagaimana Dari Sebuah Kedai Runcit Kecil Menjadi Pasar Raya Terkenal Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Berjangkit Kutu..” – Ibu Ayah Biarkan Anak Guna Sikat Di Pasar Raya Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Geli Ke?” – 2 Gadis Makeup Guna Tester Di Watsons Undang Perhatian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.