Ramai Suka Lihat Rakan Hadiahkan Mesin Basuh Untuk Pengantin, Siap Tulis Ucapan [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan rakan-rakan kepada pengantin lelaki turut menuliskan ucapan tahniah pada mesin basuh tersebut bersempena perkahwinannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Tak dinafikan setiap individu pasti akan berasa bahagia apabila ada rakan yang memaklumkan ingin menamatkan zaman bujang dan berkahwin dengan pilihan hati mereka.
Bahkan sebagai kawan kita juga teruja untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka kerana ingin bersama-sama meraikan hari istimewa tersebut.
Malah ada yang tidak datang dengan tangan kosong apabila turut membawa hadiah sebagai tanda ingatan kepada pasangan mempelai.
Rakan-rakan jadi perhatian belikan mesin basuh untuk kawan yang berkahwin
Baru-baru ini, sekumpulan rakan-rakan lelaki menjadi perhatian ramai apabila menghadiahkan mesin basuh kepada sahabat yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Kamanurshu di TikTok, awalnya kelihatan mereka telah bertanya kepada pengantin lelaki apakah barangan yang dimahukan sebagai hadiah perkahwinan.
Pengantin lelaki kemudian secara bergurau meminta mereka untuk membeli hadiah yang besar seperti mesin basuh atau penyaman udara.
Namun tanpa diketahui pengantin lelaki, gurauan itu kemudiannya menjadi kenyataan apabila rakan-rakan membelikan sebuah mesin basuh jenama Midea sebagai hadiah.
Siap tulis ucapan pada mesin basuh yang dibeli
Apa yang lebih menarik mereka turut menulis ucapan tahniah kepada pasangan pengantin pada mesin basuh berkenaan.
Bukan hanya itu, mereka juga membawa mesin basuh tersebut menggunakan kereta untuk dibawa ke majlis perkahwinan rakannya itu.
Sebaik sampai ke majlis perkahwinan, kelihatan mereka mengangkat mesin basuh itu beramai-ramai untuk diberikan kepada pengantin lelaki.
Untuk makluman dalam kumpulan mereka, pengantin lelaki merupakan antara individu yang terakhir berkahwin.
“Untung kahwin masa kawan-kawan semua dah stabil, mintak apa dapat,” kata Kamanurshu di ruang kapsyen.
@kamanurshu Untung kahwen time membe membe semua dah stable.. mintak apa dapat🤣🤣 Congrats Pak & Alia #kawansekampung #buddy
♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian
Ramai terhibur dan suka lihat gelagat kawan-kawan belikan mesin basuh untuk pengantin
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan gelagat rakan pengantin dan ada yang mengatakan ia adalah rezeki mereka.
Ada juga mengatakan ia adalah sesuatu perkarra yang seronok apabila mendapat rakan yang memenuhi permintaan seperti itu.
Tak kurang ada yang berseloroh ingin berkahwin lambat agar boleh mendapat hadiah yang mahal dari rakan-rakan.
“Untung kawin paling last! Aku kata dah kawan-kawan dah stabil dah, tu untung”

“Sama lah. Kahwin lambat, kawan-kawan semua datang bagi mesin basuh, microwave. Lengkap semua”

“Memang best kahwin paling akhir, last geng sekolah, last geng matrik, last geng universiti dan last geng kawan kerja. Pehh banyak sponsor dan hadiah best-best”




